Aking Publish time 31-1-2021 07:43 PM

Bomba Selamatkan Lelaki Jatuh Dalam Lubang - AKT

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1dfwQQ.img?h=769&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Bomba menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke lubang sedalam 4.57 meter di kawasan belukar, di tepi Lebuhraya Pasir Gudang - Perling, Johor Bahru.- Foto NSTP/Ihsan JBPM

Berita Harian

Nurul Amanina Suhaini
bhnews@bh.com.my

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila terjatuh ke dalam lubang sedalam 4.57 meter dalam kejadian di kawasan belukar, di tepi Lebuhraya Pasir Gudang - Perling, dekat sini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Rafie Sareng, berkata mangsa, Kamarulzaman Mohd Ali, 28, dimaklumkan keluar bersendirian ke rumah rakannya di Damansara Aliff, di sini, sekitar jam 5 pagi, semalam.

Katanya, keluarga mangsa menghubungi pihak polis sejurus dimaklumkan mangsa terjatuh oleh bapanya yang cuba menghubunginya kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

"Polis meminta bantuan bomba pada jam 8.10 malam tadi dan operasi pencarian dimulakan. Seramai 10 anggota bersama sebuah jentera dan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

"Sekitar jam 11.20 pagi tadi, mangsa sudah ditemui oleh polis di dalam lubang berkenaan. Pihak bomba menggunakan tangga dan tali untuk menyelamat, kemudiannya seorang anggota membawa naik mangsa ke atas sebelum diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan seterusnya.

"Mangsa masih hidup, dalam keadaan lemah dan mengalami kecederaan ringan ketika ditemui," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk rawatan lanjut.

Mohd Rafie menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan diri keluar ke kawasan hutan, terutama waktu gelap dan duduk di rumah sekiranya tiada kepentingan.

matchstick Publish time 31-1-2021 07:51 PM

Lubang apa kt tepi highway tu..bahaya betul. Nasib baik la dijumpai sblm mati kebulur

Supersirap Publish time 31-1-2021 08:14 PM

Syukran, nasib baik tiada apa-apa yang buruk berlaku

Aking Publish time 13-2-2021 05:23 PM

matchstick replied at 31-1-2021 07:51 PM
Lubang apa kt tepi highway tu..bahaya betul. Nasib baik la dijumpai sblm mati kebulur

X ada pihak kena saman ke?

khatriseo Publish time 17-4-2021 02:31 AM

Excellent article. Very interesting to read. I really love to read such a nice article. Thanks! keep rocking.        Dildos
Pages: [1]
View full version: Bomba Selamatkan Lelaki Jatuh Dalam Lubang - AKT


ADVERTISEMENT