Aking Publish time 31-1-2021 07:41 PM

Polis Ranau Bina Khemah Atas Bukit Bantu Pelajar Ikuti PdPR - AKT

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1dfGrv.img?h=700&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Pegawai dan anggota IPD Ranau bergotong-royong membina khemah untuk kegunaan sekumpulan pelajar di Kampung Paus, Ranau, bagi menjalani PdPR.

FMT

Willie Jude

KOTA KINABALU: Bagi memastikan sekumpulan pelajar di Kampung Paus, Ranau dapat menjalani pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) di atas sebuah bukit dengan lebih selesa, polis daerah Ranau mengambil inisiatif membersihkan kawasan serta membina khemah di situ.

Ketua Polis Daerah Ranau Sammy Newton berkata, lebih 30 pelajar di kampung berkenaan berada di atas bukit setinggi kira-kira 100m itu untuk menjalani PdPR pada setiap hari sesi persekolahan.

“Ketiadaan akses internet yang baik di kampung itu menyukarkan pelajar mengikuti sesi PdPR, justeru pihak kami menyediakan khemah di atas bukit di dalam ladang kelapa sawit bagi memberi manfaat kepada lebih 30 pelajar.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1dfMbp.img?h=1400&w=1050&m=6&q=60&o=f&l=f
Selain khemah, pihak IPD Ranau turut menyediakan meja untuk kegunaan pelajar-pelajar berkenaan.

“Semua peralatan khemah lengkap dengan meja dan kerusi adalah sumbangan daripada pegawai dan anggota IPD Ranau, selain turut menyumbangkan pelitup muka, cecair sanitasi dan bakul makanan untuk pelajar,” katanya ketika dihubungi.

Sammy berkata, Kampung Paus terletak kira-kira 70km dari pekan Ranau dan lebih 20km dari jalan utama.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1dfNGd.img?h=840&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Lebih 30 pelajar terpaksa mendaki sebuah bukit dalam ladang kelapa sawit di Kampung Paus, Ranau bagi menjalani PdPR.

“Polis akan turut membuat rondaan pemantauan di kawasan tempat mereka belajar bagi memastikan keselamatan mereka di khemah berkenaan.

“Usaha ini bersesuaian dengan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ dan semoga usaha ini juga memberi kelegaan kepada ibu bapa pelajar,” katanya.

Supersirap Publish time 31-1-2021 08:14 PM

Usaha yang murni, semoga dipermudahkan segala urusan

Normabaru Publish time 31-1-2021 08:16 PM

Bila telco nk buat CSR utk kaw2 terpencil? :o

KIM.K Publish time 31-1-2021 08:19 PM

Tahniah. Harap budak2 guna..jangan nanti masih duduk ambil feel di bawah pokok

Aking Publish time 13-2-2021 05:30 PM

Supersirap replied at 31-1-2021 08:14 PM
Usaha yang murni, semoga dipermudahkan segala urusan

Kerusi mana?
Pages: [1]
View full version: Polis Ranau Bina Khemah Atas Bukit Bantu Pelajar Ikuti PdPR - AKT


ADVERTISEMENT