Aking Publish time 31-1-2021 07:37 PM

PDRM Arah Laksana Mesyuarat Secara Maya - AKT

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1dfTek.img?h=746&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f&x=591&y=290
Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Harian Metro

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Semua mesyuarat membabitkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini diarahkan untuk dilakukan secara sidang video sahaja.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, bagi peringkat bawahan yang tidak mempunyai prasarana untuk sidang video maka jumlah kehadiran dalam mesyuarat perlu dihadkan.

"Saya sudah arahkan supaya perkara sebegini (mesyuarat) dapat dikurangkan. Di Bukit Aman sendiri, mesyuarat dijalankan menerusi sidang video.

"Bagi peringkat bawahan yang mungkin tidak punyai prasarana untuk sidang video, maka pegawainya bolehlah meminimakan jumlah mesyuarat ataupun meminimakan jumlah kehadiran," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Hamid berkata, beliau juga mengesyorkan hanya mesyuarat yang penting sahaja perlu dibuat.

Terdahulu, terdapat luahan anggota dan pegawai PDRM yang terpaksa menghadiri mesyuarat secara bersemuka bagi membincangkan keselamatan dan ketenteraman awam negara.

Kebimbangan itu berikutan jumlah anggota dan pegawai polis yang dijangkiti Covid-19 semakin meningkat.

Sebelum ini, seramai 98 pelatih di dua Pusat Latihan Polis (Pulapol) disahkan positif Covid-19.

Mereka terdiri 78 pelatih kadet inspektor di Pulapol Kuala Lumpur dan 20 pelatih konstabel di Pulapol Segamat, Johor.

Turut disahkan positif adalah 20 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah yang beroperasi di Pulapol, 22 kakitangan serta 10 ahli keluarga mereka.

Supersirap Publish time 31-1-2021 08:16 PM

Keputusan yang tepat dikala kes covid kian meningkat

Aking Publish time 13-2-2021 05:24 PM

Supersirap replied at 31-1-2021 08:16 PM
Keputusan yang tepat dikala kes covid kian meningkat

Itu pun masih kena covid
Pages: [1]
View full version: PDRM Arah Laksana Mesyuarat Secara Maya - AKT


ADVERTISEMENT