Aking Publish time 31-1-2021 07:33 PM

Daging Goreng Berempah Untuk Hidangan Tengahari

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1dffgP.img?h=700&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Daging goreng berempah boleh dimakan bersama nasi atau roti. (Gambar newresepimalaysia.blogspot.my)

FMT

Butterkicap

Untuk peminat ayam berempah pasti akan mengemari hidangan daging ini.

Menggunakan resepi ayam berempah, daging goreng berempah adalah untuk mereka yang meminati hidangan penuh dengan rasa lazat.

Bagi mereka yang belum pernah mencuba masakan ini, kami sediakan resepi untuk anda cuba di tengahari ini. Boleh dimakan bersama nasi atau roti.

Bahan-bahan:


[*]500 gram daging lembu, potong lebar
[*]3 helai daun limau purut (buang tulang)
[*]2 helai daun salam
[*]2 cm lengkuas (lebih kurang ibu jari), diketuk
[*]2 sudu kecil garam
[*]1 sudu makan gula merah, kikis halus
[*]1500ml santan daripada 1/2 biji kelapa
[*]1 sudu makan air asam (daripada campuran 1 sudu kecil asam jawa dan 2 sudu makan air)
[*]2 sudu makan minyak masak untuk menumis


Bahan (dikisar):


[*]8 biji bawang merah
[*]3 ulas bawang putih
[*]3 biji cili merah
[*]1 sudu teh ketumbar
[*]2cm halia
[*]1/4 sudu kecil serbuk lada sulah


Cara menyediakan:


[*]Rebus santan, bahan kisar, daun limau purut, daun salam dan lengkuas sehingga timbul bau.
[*]Masukkan daging lembu, kacau sehingga berubah warna.
[*]Masukkan garam, gula merah dan air asam. Kemudian masak sehingga daging lembut dan rempah menyerap. Toskan.
[*]Goreng hingga daging berwarna keperangan.
[*]Hidangkan dan makan bersama keluarga.

Tinot7 Publish time 31-1-2021 08:15 PM

Kaka, daun salam tu amender?

Supersirap Publish time 31-1-2021 08:19 PM

Kawan memang suka dengan makanan berempah ni

noorazurams Publish time 16-3-2021 09:00 AM

Tq kongsi resepi...nnt boleh cuba:)

pinkbubblegum Publish time 16-3-2021 10:59 AM

boleh cubaaa

Timunlaut Publish time 17-3-2021 08:31 AM

Mcm sedap je ni

Dieja75 Publish time 17-3-2021 09:21 PM

Sedapnya..{:mllove:}{:mllove:}

Dieja75 Publish time 17-3-2021 09:21 PM

Sedapnya..{:mllove:}{:mllove:}

Misschili Publish time 17-3-2021 11:32 PM

marvellousssss. mouth wateringggg !

Misschili Publish time 17-3-2021 11:32 PM

im gonna try this

Misschili Publish time 17-3-2021 11:33 PM

tq for sharing this recipe

sapasapa Publish time 14-5-2021 03:45 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Pages: [1]
View full version: Daging Goreng Berempah Untuk Hidangan Tengahari


ADVERTISEMENT