Aking Publish time 31-1-2021 11:14 AM

78 Pelatih PULAPOL Dijangkiti COVID-19 - AKT

Edited by Aking at 31-1-2021 07:34 PM

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1dethL.img?h=700&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f&x=484&y=97
Tiada pergerakan keluar dan masuk dibenarkan di Pulapol, kecuali untuk mendapatkan barang keperluan.

FMT

KUALA LUMPUR: Seramai 78 pelatih di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, dikesan positif Covid-19.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Ramli Din berkata, mereka antara 525 pelatih yang menjalani ujian saringan Covid-19.

“Semua asrama berkaitan disanitasi untuk proses nyahkuman. Tiada pergerakan keluar dan masuk dibenarkan, kecuali untuk mendapatkan barang keperluan.

“Kementerian Kesihatan turut memantau perkara ini,” katanya dipetik Berita Harian.

Kes Covid-19 terus menokok apabila 5,728 kes baru dengan 13 kematian dicatat dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini menjadikan keseluruhan 209,611 kes Covid-19 dan jumlah kes aktif meningkat kepada 47,388 orang.

otai_g Publish time 31-1-2021 01:28 PM

Hm polis, askar bila da kena covid, lumpuh la sistem pertahanan negara.

Normabaru Publish time 31-1-2021 02:18 PM

Alhmdlh...

Kluster menteri done
Kluster artis done
Kluster kkm done
Kluster polis otw

Aking Publish time 13-2-2021 05:21 PM

otai_g replied at 31-1-2021 01:28 PM
Hm polis, askar bila da kena covid, lumpuh la sistem pertahanan negara.

Betul tu {:1_273:}
Pages: [1]
View full version: 78 Pelatih PULAPOL Dijangkiti COVID-19 - AKT


ADVERTISEMENT