Aking Publish time 30-1-2021 10:59 AM

Polis Buka Kertas Siasatan Kenyataan Anonymous Malaysia - AKT

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1dcCWa.img?h=680&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f

Berita Harian

Faris Fuad
faris.fuad@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung kenyataan dimuat naik pengguna Facebook, Anonymous Malaysia membabitkan isu kebocoran data dan ancaman serangan siber.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata setakat ini, pihaknya menerima satu laporan berkaitan perkara berkenaan.

"Polis siasat selepas menerima laporan. Kenyataan berkaitan isu itu dimuat naik dua kali di Facebook.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 505 dan 507 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya pada BH, hari ini.

Pagi tadi, Anonymous Malaysia mengeluarkan amaran kedua berhubung isu pangkalan dan kebocoran data yang dikatakan timbul selepas kegiatan 'scammer' atau penipuan sering berlaku sejak 2015.

Pengguna Facebook itu dipetik berkata, punca utama ia berlaku kerana pembekal perkhidmatan swasta dan data kerajaan seperti maklumat peribadi digodam dan dibocorkan, yang kemudian dijual kepada pihak ketiga.

Selasa lalu, Anonymous Malaysia memberi amaran bahawa sistem keselamatan Malaysia berada pada tahap rendah dan boleh menyebabkan penggodam menjual segala maklumat yang bocor, selain lebih 46 juta data pengguna syarikat telekomunikasi digodam setakat ini.

Pada hari sama, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengeluarkan satu notis amaran kepada semua agensi kerajaan, bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan siber.

Churchill Publish time 30-1-2021 11:07 AM

kasihanilah anak-anak "onani-mouse" itu :lol:

sudahlah menganggur :(

buat grabfood tidak pandai naik motor pula ;P

hanya pandai komputer sahaja :(

prfffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffght

:D

Aking Publish time 13-2-2021 05:11 PM

Churchill replied at 30-1-2021 11:07 AM
kasihanilah anak-anak "onani-mouse" itu

sudahlah menganggur


Onani mouse?
Pages: [1]
View full version: Polis Buka Kertas Siasatan Kenyataan Anonymous Malaysia - AKT


ADVERTISEMENT