Aking Publish time 30-1-2021 09:16 AM

Tindakan Ebit Lew Bantu Gereja Dipuji

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1dcIhE.img?h=700&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Ebit Lew mengetepikan perbezaan agama dengan melawat Gereja Katolik St Dominic di Lahad Datu dan menyerahkan sumbangan dalam bentuk bungkusan makanan, kerusi roda dan pelitup muka. (Gambar Facebook)

FMT

PETALING JAYA: Pengguna media sosial memuji tindakan pendakwah bebas dan dermawan, Ebit Lew mengetepikan perbezaan agama dengan menyumbang barang keperluan kepada sebuah gereja di Lahad Datu, Sabah.

Dalam catatan Facebooknya, Lew berkata, beliau mengunjungi Gereja Katolik St Dominic dan bertemu Pastor Simon, ketua paderi di gereja tersebut.

Katanya, beliau cukup terharu apabila diberitahu paderi itu mengenalinya.

“(Kami) berbual betapa pentingnya kasih sayang dan berkongsi kebaikan. Walau berlainan agama, kita sebuah keluarga.”

Lew turut bermurah hati menyumbang 100 set makanan, 10 kerusi roda dan pelitup muka kepada gereja berkenaan.

Catatannya kini menarik lebih 12,000 komen, termasuk ucapan terima kasih dan pujian.

“Dia adalah yang terbaik dalam kalangan rakyat Malaysia. Sangat merendah diri,” kata seorang pengguna media sosial, Vasanthi Shanthi.

Sementara itu, Fileny Nita menggambarkan Lew “satu dalam sejuta” kerana sudi menolong semua orang tanpa mengira agama.

Kunjungan Lew ke gereja tersebut sebahagian daripada misi kemanusiaan 10 hari untuk membantu golongan kurang bernasib baik di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna di Sabah.

Beliau disertai sepasukan 18 orang, yang diterbangkan ke Sabah dengan tiket kadar istimewa oleh Malaysia Airlines.
Pages: [1]
View full version: Tindakan Ebit Lew Bantu Gereja Dipuji


ADVERTISEMENT