Aking Publish time 29-1-2021 02:55 PM

Lotus Hentikan Model Elise, Exige Dan Evora, Untuk Lancar Model Baharu Tahun Ini

SoyaCincau

Najib

Lotus mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan model kereta ‘sport’ baharu, dengan penghasilan prototaip ‘Lotus Type 131’ akan dimulakan tahun ini di kilang pengeluaran bertaraf antarabangsa mereka di Hethel, Norfolk. Ia adalah sebahagian dari perancangan “Lotus’ Vision80”.

Dalam perancangan ini, Lotus akan melabur sebanyak GBP 100 juta di kilang Hethel dan menambah 250 pekerja baru. Ia merupakan tambahan dari 670 pekerja yang telah menyertai Lotus sejak September 2017, selepas Geely & Etika mengambil alih syarikat.

Pekerja baru ini diperlukan dalam bidang kejuruteraan dan penghasilan di kedua-dua bahagian Lotus Car dan pakar rundingan jurutera terkemuka dunia, Lotus Engineering yang akan membuka Pusat Tekologi Termaju di Warwick, England tahun ini.

Bersama pengumuman ini, Lotus turut mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan penghasilan model kereta Elise, Exige dan Evora pada tahun 2021. Lotus juga berkongsi sedikit gambaran tentang model baharu kereta Lotus yang akan dilancar selepas ini.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1d5N84.img?h=630&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f

Lotus terkenal dengan penghasilan kereta ‘sport’ yang sangat ringan. Lotus Elise dilancarkan pada tahun 1995, menggunakan enjin kecil dan diperbuat dari aluminium serta bahan komposit berteknologi tinggi, untuk mencapai berat yang jauh lebih ringan dari kereta biasa.

Ia diikuti oleh Lotus Exige, diperkenal pada tahun 2000 dan dikenali sebagai kereta lumba di atas jalanraya. Lotus Evora pula dilancar pada tahun 2008 sebagai model kereta ‘Super Sport’ dan dikenali sebagai kereta yang berjaya di pelbagai perlumbaan seperti di Le Mans.
Pages: [1]
View full version: Lotus Hentikan Model Elise, Exige Dan Evora, Untuk Lancar Model Baharu Tahun Ini


ADVERTISEMENT