Aking Publish time 29-1-2021 02:46 PM

Polis Johor Buru ‘ADUN’ Pinjam Duit Guna WhatsApp - AKT

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1dc3NB.img?h=700&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Polis menasihatkan orang ramai untuk bersemuka dengan individu yang ingin meminjam wang dan jangan mudah mengikut arahan diberikan melalui aplikasi seperti WhatsApp dan media sosial lain. (Gambar Workana)

FMT

Fahmi Yusof

JOHOR BAHRU: Polis kini giat menyiasat dan mengesan individu menyamar sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk meminjam wang daripada mangsa menggunakan aplikasi WhatsApp.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor Mohd Salleh Abdullah berkata, satu kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, polis menerima laporan daripada mangsa berusia 55 tahun semalam di Balai Polis Batu Pahat yang mendakwa dihubungi menerusi aplikasi berkenaan melalui nombor 010 3865922.

“Suspek memperkenalkan diri dengan menyamar sebagai ADUN dan meminjam wang daripada mangsa berjumlah RM1,350 untuk urusan bantuan komputer kepada sekolah di kawasan DUN berkenaan.

“Suspek meminta mangsa memindahkan wang ke nombor akaun 6932819417 atas nama Marlon Talib (keldai akaun) dan turut meminta mangsa memindahkan wang berjumlah RM3,500 ke dalam akaun sama,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Salleh berkata, mangsa diminta sekali lagi untuk membuat pemindahan wang berjumlah RM1,500, namun mangsa mengesyaki ditipu kerana suspek gagal dihubungi dan tidak membuat bayaran seperti dijanjikan.

Menerusi kenyataan itu, polis menasihatkan orang ramai untuk membuat semakan dengan terperinci terlebih dahulu, seperti membuat pengesahan dengan jabatan atau individu berkenaan sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

“Bersemuka dengan individu yang ingin meminjam wang dan jangan mudah mengikut arahan diberikan melalui aplikasi seperti WhatsApp dan media sosial lain”.

Terdahulu, beberapa ahli politik termasuk ADUN dan pemimpin parti di negeri ini membuat laporan polis berhubung nama dan gambar mereka digunakan pihak tidak bertanggungjawab dipercayai sindiket keldai akaun.

Aking Publish time 13-2-2021 04:59 PM

Adun nak pinjam duit pun tertipu?
Pages: [1]
View full version: Polis Johor Buru ‘ADUN’ Pinjam Duit Guna WhatsApp - AKT


ADVERTISEMENT