Aking Publish time 29-1-2021 11:44 AM

Selalu Sakit Belakang & Punggung Bila WFH. Cuba Tips Ini

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1d7riz.img?h=700&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Senaman ringan boleh merenggangkan otot-otot pada badan. (Gambar Rawpixel)

Umum ketahui, WFH atau kerja dari rumah adalah satu normal baharu untuk kita semua sejak pandemik Covid-19. Oleh itu, ruang kerja yang baik amat penting dalam memberikan keselesaan kepada diri.

Ruang kerja yang tidak selesa akan meningkatkan pelbagai masalah kepada kesihatan antaranya sakit belakang dan punggung.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1d7riQ.img?h=700&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f&x=420&y=144
Ruang kerja yang baik amat penting dalam memberikan keselesaan kepada diri. (Gambar Rawpixel)

Tiga perkara berikut, penting untuk mencegah dari masalah ini semasa bekerja dari rumah.

Jarakkan komputer atau laptop sejauh lengan.
Pergelangan tangan harus lurus dan tangan berada setinggi atau di bawah siku.
Ketinggian kerusi harus disesuaikan agar lutut sejajar dengan pinggul.
Posisi kaki paling baik adalah rata dengan lantai atau kaki boleh memijak lantai.

Selain itu, ruang kerja yang tidak sesuai juga bukan hanya menyebabkan sakit pada leher, tulang belakang dan punggung, malah boleh menyebabkan sakit pada pergelangan tangan dan jari.

Apabila berada pada laptop atau komputer, pergelangan tangan harus lurus dengan lengan atas dekat dengan tubuh dan tangan sedikit di bawah siku.

Cara mengatasi sakit punggung

Ada beberapa teknik yang boleh dilakukan untuk mengatasi sakit punggung.

Selepas beberapa jam bekerja, cuba berjalan-jalan di sekitar rumah untuk mengurangkan rasa sakit pada bahagian punggung.
Buat sedikit senaman ringan dengan merenggangkan otot-otot badan. Senaman boleh mengendurkan otot yang tegang dan melepaskan endorphin.
Jika masih tidak berkesan, ambil bekas yang diisi air panas dan tuamkan pada bahagian yang sakit selama beberapa minit.
Krim pelega seperti CBD (cannabidiol) yang berasal dari tanaman hemp juga boleh membantu. Ia boleh menurunkan tingkat peradangan dalam tubuh.

CiliPadiSedap Publish time 29-1-2021 12:47 PM

kau orang kalau buat kerja lama guna kerusi apa ye jenis ergonamik? atau ada bantuan bagi badan tahan lama melekat kat kerusi?

yang bengkung kt bahu tu bagus x?

https://cf.shopee.com.my/file/74892caac773660568d8ae66ea3f124f&quot

kaka selalu sakit backpain juga. nak beli kerusi yang blh tahan badan belakang. any idea?atau recommendations?

adila39 Publish time 1-2-2021 09:33 AM

CiliPadiSedap replied at 29-1-2021 12:47 PM
kau orang kalau buat kerja lama guna kerusi apa ye jenis ergonamik? atau ada bantuan bagi badan taha ...

kalau kerusi boleh pilih yg ada spike kat belakang yg mcm shape tulang kita, atau letak je bantal lembut kat pinggan to support. Kalau gambar yg pakai mcm back posture belt tu utk yg kronik unless x kisah pakai..
Pages: [1]
View full version: Selalu Sakit Belakang & Punggung Bila WFH. Cuba Tips Ini


ADVERTISEMENT