Aking Publish time 28-1-2021 10:33 PM

7 Ahli Bomba Usung Lelaki 200kg Dari Tingkat 4 Kondo Ke Hospital - AKT

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1daVRk.img?h=700&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Sepasukan anggota bomba menurunkan lelaki hampir 200kg dari tingkat empat sebuah kondominium untuk dihantar ke Hospital Pulau Pinang. (Gambar Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru)

FMT

Yasmin Abdul Latif

PETALING JAYA: Sepasukan anggota bomba dikerah menurunkan seorang lelaki yang beratnya hampir 200kg dari tingkat empat Kondominium Spring Field di Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk dihantar ke hospital.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Rithuwan Nordi Md Ashari berkata, pihaknya menerima panggilan daripada rakan lelaki itu meminta bantuan menghantarnya ke hospital untuk temujanji doktor.

Seramai tujuh anggota bomba menggunakan alat pengusung untuk menurunkan lelaki berusia 50-an itu.

“Sebaik sahaja tiba di kediaman mangsa, kita mendapati dia yang mempunyai berat mencecah 200kg itu berada dalam keadaan berbaring di atas katil di biliknya,” kata Rithuwan.

Sebuah ambulans kemudian menghantar lelaki itu ke Hospital Pulau Pinang.

Lelaki terbabit yang tinggal bersendirian difahamkan mempunyai masalah kesihatan berkaitan berat badan berlebihan.

Lengkong Publish time 28-1-2021 11:38 PM

Nasib baiklah ada kawan yang ambik berat dan abang bomba yang semua kerja boleh buat

raihaneem Publish time 29-1-2021 12:33 AM

Lepas temujanji..nak kena hntr balik la...adoii..jenuh tuu

Aking Publish time 13-2-2021 04:49 PM

Lengkong replied at 28-1-2021 11:38 PM
Nasib baiklah ada kawan yang ambik berat dan abang bomba yang semua kerja boleh buat

Syukur pada kawan {:1_545:}
Pages: [1]
View full version: 7 Ahli Bomba Usung Lelaki 200kg Dari Tingkat 4 Kondo Ke Hospital - AKT


ADVERTISEMENT