Aking Publish time 26-1-2021 11:54 PM

Lima Anggota PDRM Kelantan Positif COVID-19 - AKT

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1d69Br.img?h=687&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f

Harian Metro

Syaherah Mustafa
am@hmeto.com.my

Kota Bharu: Polis Kelantan mengesahkan lima anggotanya positif Covid-19 manakala 35 anggota lagi diarahkan menjalani kuarantin di rumah dan hospital dalam proses untuk sembuh daripada wabak itu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat, berkata kesemua anggota yang disahkan positif kebanyakannya terdedah jangkitan daripada Orang Kena Tahan (OKT) selain ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Katanya, sepanjang pandemik Covid-19, seramai 125 anggota termasuk pegawai polis terkesan dengan wabak berkenaan manakala yang terbaru masih ada beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang dikesan menerima OKT positif wabak berkenaan dan pihaknya masih menunggu laporan penuh berkaitan kes itu.

"Bagaimanapun, trend jangkitan sudah menurun dan ia sesuatu yang baik dan saya harap wabak tidak terus menular terutama dalam kalangan anggota. Pihak polis cuba mengatasi masalah ini sebaik mungkin agar dapat terus memberi khidmat terbaik terutama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Anggota terus bersemangat menjalankan tanggungjawab sepanjang PKP termasuk mengadakan operasi sekatan jalan raya (SJR) yang turut mendapat kolaberasi bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengenal pasti kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya.

"Kerjasama ini secara tidak langsung turut membantu 19 SJR yang sedia ada dijalankan di seluruh Kelantan khusus sepanjang tempoh PKP," katanya ketika ditemui selepas membuat pemantauan SJRkolaborasi PDRM & JPJ di hadapan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Tunjong, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah JPJ Kelantan Hanif Yusabra Yusuf.

Shafien berkata, bermula awal Januari tahun ini, kes kesalahan di jalan raya yang paling tinggi direkodkan ialah menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan melanggar lampu isyarat selain penggunaan telefon bimbit ketika memandu.

"Pihak kami mensasarkan operasi bagi menangani kesemua kesalahan terbabit bagi mengurangkan kes kemalangan jalan rata termasuk yang membawa maut. Saya menyeru terutamanya kepada penunggang motosikal jangan hanya meletakkan topi keledar di dalam raga sebaliknya pakai demi keselamatan diri.

"Masyarakat perlu mengubah pemikiran sivik demi keselamatan bersama dan pihak polis juga terus memberi pendidikan serta menjalankan penguatkuasaan bagi menangani kesalahan berkenaan dalam kalangan masyarakat," katanya.

Supersirap Publish time 27-1-2021 01:26 AM

Semoga mereka yang dijangkiti covid19 ini cepat diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan mereka

Lengkong Publish time 28-1-2021 11:39 PM

Simpati pada mereka..semoga cepat sembuh

Aking Publish time 13-2-2021 04:42 PM

Supersirap replied at 27-1-2021 01:26 AM
Semoga mereka yang dijangkiti covid19 ini cepat diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan ...

Amin {:1_545:}
Pages: [1]
View full version: Lima Anggota PDRM Kelantan Positif COVID-19 - AKT


ADVERTISEMENT