Aking Publish time 26-1-2021 11:47 PM

TLDM Usir 25 Bot Nelayan Indonesia - AKT

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1d4N8u.img?h=630&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Antara bot nelayan Indonesia yang dikesan menceroboh perairan negara. FOTO ihsan TLDM

Harian Metro

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengusir 25 bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara di kedudukan 52 batu nautika Tenggara Pulau Perak, hari ini.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat dalam kenyataan berkata, kapal milik TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) Mahawangsa yang sedang melaksanakan Ops Benteng Laut menerima maklumat mengenai pencerobohan bot nelayan asing.

"Sejurus menerima maklumat, KD Mahawangsa bergerak ke posisi penglihatan dan mendapati sebanyak 25 bot nelayan Indonesia tidak memiliki nombor pendaftaran serta mengibarkan bendera Indonesia berada di perairan negara.

"KD Mahawangsa mengambil tindakan mengusir kesemua bot nelayan asing itu keluar dari perairan negara.

"Kapal kemudian meneruskan rondaan di Selat Melaka Utara bagi mengekang pencerobohan bot nelayan asing," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan, TLDM sentiasa memperkasa Ops Benteng bersama pelbagai agensi maritim lain bagi memperkukuhkan sempadan perairan negara daripada diceroboh pendatang asing tanpa izin (Pati).

Kehadiran kapal TLDM yang beroperasi setiap hari adalah bagi mengekang kemasukan Pati dan mencegah penularan pandemik Covid-19.

Aking Publish time 13-2-2021 04:32 PM

Usir begitu saja?
Pages: [1]
View full version: TLDM Usir 25 Bot Nelayan Indonesia - AKT


ADVERTISEMENT