Aking Publish time 26-1-2021 11:44 PM

Tiada Sebarang Pembikinan Siri Harry Potter

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1d5YXW.img?h=657&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f&x=615&y=353

Syarikat produksi terkenal Warner Bros menafikan berita mereka sedang menyiapkan siri Harry Potter untuk disiarkan menerusi penstriman HBO Max.

Warner Bros dan HBO Max dalam satu kenyataan berkata, tidak ada sebarang pembikinan siri Harry Potter, baik untuk siaran televisyen atau untuk siaran penstriman," kata mereka.

Kenyataan itu bagi mengulas laporan The Hollywood Reporter berkenaan perkara terbabit yang memetik beberapa sumber mengatakan beberapa pihak atasan HBO Max sudah mengadakan pertemuan dengan sejumlah penulis untuk membincangkan mengenai siri Harry Potter.

Namun difahamkan, belum ada penulis yang berjaya menarik perhatian HBO Max.

Sumber itu berkata, kemungkinan penghasilan siri Harry Potter ini masih di peringkat awal pembikinan. Ketika ini HBO Max dan Warner Bros memang dilaporkan sedang memikirkan pelbagai cara untuk mengembangkan Harry Potter.

Warner Bros memegang hak kekayaan intelektual Harry Potter bersama penulis novel terbabit, JK Rowling. Dengan hak ini, Warner Bros mengembangkan salah satu francais paling menguntungkan, termasuk lapan filem Harry Potter yang mengaut keuntungan besar dari seluruh dunia.
Pages: [1]
View full version: Tiada Sebarang Pembikinan Siri Harry Potter


ADVERTISEMENT