jamilahpropa Publish time 26-1-2021 01:21 PM

Dr Erin Kecewa Bekas Suami Tersenarai Antara Lelaki Curang

Sedang hangat diperkatakan mengenai kontroversi pelawak, Shuk Sahar, bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan iaitu Dr Erin meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya itu dijadikan bahan jenaka dengan isu tersebut.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi menyifatkan individu yang menyenaraikan bekas suaminya antara lelaki curang adalah tindakan tidak wajar.

Erin berkata tindakannya mempertahankan bekas suaminya bukan kerana masih cinta tetapi kerana situasi berbeza dimana Da’i Farhan tidak berlaku curang.

“Bukan nak backup sebab masih cinta ke sayang ke tapi sebagai seorang manusia yang ada hati belas kasihan, saya tak sampai hati betul tengok.

“Baik buruk semua campur hentam semua sekali. Bergurau dengan menjatuhkan maruah orang di media sosial secara berjemaah dengan video-video bodoh ni.

“Yang buat video tulis ciri-ciri lelaki curang tu pergi letak muka ustaz Farhan. Dia tak curang pun. Situasi Shuk dengan situasi Farhan tu tak sama langsung,” tulisnya.

Kata Erin lagi, bekas suaminya itu tidak pernah curang dengan isterinya serta menyifatkan Farhan seorang suami yang bertanggungjawab dan adil meskipun ketika bermadu.

“Farhan tak pernah curang dengan isteri dia sampai pergi lepak rumah skandal sampai bini kena melilau tengah malam cari laki. Farhan tu adil sangat sebagai seorang suami dan ayah.

“Selama dia berpoligami dia tak pernah abaikan tanggungjawab dia kepada pihak sana dan anak-anak dia,” katanya.


MULA DAH POMPUAN SUCI LINDUNGAN KAABAH NIHHHH


cc: https://www.rotikaya.com/dr-erin-kecewa-bekas-suami-tersenarai-antara-lelaki-curang/


nia_salina Publish time 26-1-2021 01:25 PM

dah kenapa still refer dia ni as DR. :curse:

otai_g Publish time 26-1-2021 01:29 PM

nia_salina replied at 26-1-2021 01:25 PM
dah kenapa still refer dia ni as DR.

Sbb pihak berkuasa kat msia ni masih tidur

shernazz Publish time 26-1-2021 01:41 PM

Alahai...
Nak jugak mencapap

msdummy.2018 Publish time 26-1-2021 01:47 PM

Tolonglah tt..dia bukan legal dr ataupun dikurniakan dr university....ko xpyhlah nk upkan dia plak

shuerin Publish time 26-1-2021 01:58 PM

ye, x curang...tapi aura {:3_102:}

salmon-suki Publish time 26-1-2021 02:29 PM

Please laaa..setakat penipu mcm pmpuan nih,tlg laa buang DR tu drpd nama dia..bukannya dr pn dia nih..geli!

sharlenetexas Publish time 26-1-2021 02:42 PM

Doktor???? Fake doctor!!!!!

riyadhK Publish time 26-1-2021 02:50 PM

Sampai bila nak refer men*t*ng ni dengan gelaran Dr. Memalukan betul la. Tak layak pon. Pokemak.

youell Publish time 26-1-2021 02:56 PM

Kalau ye pun nak click bait..tuko la nama lain..jgn la manipulate gelaran Dr yg xlayak langsung dgn so Erin ni..please la

umbut Publish time 26-1-2021 03:38 PM

Ni pun pompuan gila psycho.. satu team ngan fara sundelllll

ikanmasin Publish time 26-1-2021 04:24 PM

dr apakah ini..tak malu btl msh pakai dr konon.ntah apa2..

jamilahpropa Publish time 26-1-2021 05:16 PM

youell replied at 26-1-2021 02:56 PM
Kalau ye pun nak click bait..tuko la nama lain..jgn la manipulate gelaran Dr yg xlayak langsung dgn...

Ahahhaa maaf laa.. X buh tittle pelesu tu kang org x kenal pulokkk

ellejo Publish time 26-1-2021 07:47 PM

dah bekas ke?

honeystar_11 Publish time 26-1-2021 07:53 PM

Banyaknya thread pasal doc palsu ni. Apsal tak combine je dengan thread lama. Dia ni pun sibuk nak ambik iimelight kes shuk ni per citer
Pages: [1]
View full version: Dr Erin Kecewa Bekas Suami Tersenarai Antara Lelaki Curang


ADVERTISEMENT