Aking Publish time 25-1-2021 05:17 PM

Adakah Anda Mempunyai Masalah Mental?

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1d3mSi.img?h=700&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Meditasi dapat membantu memberi ketenangan kepada minda dan perasaan seseorang. (Gambar Rawpixel)

FMT

Kesihatan mental kian meningkat apatah lagi di waktu wabak pandemik melanda, ramai di kalangan masyarakat yang mengalami masalah ini hingga ada yang membawa maut.

Meditasi atau yoga antara senaman yang dapat membantu seseorang menjaga kesihatan mental. Dengan melakukan meditasi, seseorang boleh melakukan pemeriksaan terhadap kesihatan mentalnya.

Dua pakar kesihatan dari The American Psychological Association, memberikan empat langkah melakukan pemeriksaan dan memahami kesihatan mental secara kendiri seperti berikut:

Langkah 1: Cari tempat tenang

Sewaktu melakukan pemeriksaan kesihatan, anda perlukan ketenangan. Cari tempat yang sunyi dan tenang, jauh dari orang lain. Duduk dan beri ruang untuk berfikir.

Cara meditasi ini akan memberikan anda ketenangan jiwa dan minda untuk berfikir dengan lebih baik.

Langkah 2: Mulai dengan pertanyaan

Mulakan dengan bertanya tentang apa yang penting di dalam hidup anda?

Adakah kepentingan itu mengenai peranan anda sebagai seorang ibu, isteri, atau kerjaya anda?

Kemudian tanyakan diri, adakah anda benar-benar mengalami kesulitan dalam menjalani kehidupan sehari-hari?

Langkah 3: Perhatikan perasaan dan tingkah laku anda

Lihat perubahan pada perasaan dan kelakuan anda dengan bertanyakan soalan-soalan berikut kepada diri sendiri:

[*]Bagaimana kelakuan dan perasaan saya berubah?
[*]Apakah saya masih gembira dalam perkara yang pernah membuatkan saya bahagia?
[*]Apakah saya mudah tersinggung atau sering memarahi orang?
[*]Apakah saya membuat masalah lebih dari biasanya?
[*]Apakah saya menghindari orang ramai?
[*]Sekiranya kebanyakan jawapan ya, anda mungkin tergolong dalam mereka yang mempunyai masalah mental.

Langkah 4: Lihat perubahan pada tubuh

Tubuh akan cuba untuk berkomunikasi sewaktu otak tidak berada dalam keadaan sihat. Ini kerana, kesihatan mental dan kesihatan fizik berkait rapat. Beberapa pertanyaan berikut mungkin boleh menjadi tanda-tanda anda mempunyai masalah mental.

[*]Bagaimana saya tidur?
[*]Apakah saya makan dengan baik?
[*]Apakah saya menggigit gigi?
[*]Apakah saya merasakan ketegangan otot di leher atau bahu saya?
[*]Apakah saya aktif seperti biasanya?
[*]Selain beberapa faktor di atas, anda juga perlu mempertimbangkan durasi gejala yang anda alami.

Cubalah lakukan meditasi atau senaman yoga sebanyak yang boleh bagi mengurangkan tekanan atau stres dalam aktiviti harian.

Sekiranya anda masih tidak berupaya menangani masalah ini, dapatkan bantuan dengan kadar segera.

Pakar mengatakan dari sudut pandang diagnostik, jika anda merasa sedih atau murung lebih dari dua minggu, maka ia adalah antara tanda masalah mental dan perlu mendapat bantuan doktor atau pakar kesihatan.

EvieWanKenobi Publish time 25-1-2021 06:00 PM

Alhamdulillah tiada masalah mental buat masa ni..:$

jojie Publish time 25-1-2021 07:44 PM

Blum ada lagi tanda.. tapi bila baca pasal politik otak macam nak mental pon ada!

Supersirap Publish time 25-1-2021 08:46 PM

Rasanya ramai yang ada masalah mental ni, cuma terkawal atau tidak terkawal sahaja

makadek Publish time 26-1-2021 04:24 AM

Tahlah tp kalau ku pk kan sesuatu / tk puas hati ku tkleh tdor
Mcm skg ni
Pages: [1]
View full version: Adakah Anda Mempunyai Masalah Mental?


ADVERTISEMENT