blastoff Publish time 25-1-2021 12:27 PM

PKP yg dilaknati Allah .....mufti2 yg sanggup jual agama utk menjadi penjilat pe

Edited by blastoff at 25-1-2021 12:30 PM

Ini nas yg terdapat dalam Quran yg menegah dan MELAKNAT kegiatan menyekat dan menghalang manusia dari guna masjid2 Allah utk solat .....


https://www.surah.my/assets/s002/a114-3e3412d40e8684d83a144345117982b5.pngDan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.(Al-Baqarah 2:114)

Jadi apabila ketika PKP , hanya AJK je boleh solat di masjid2 bermakna yg bukan AJK secara automatik DIHALANG dari guna masjid utk solat lah kannn.
Jadi kerajaan dan mufti2serta sesiapa saja yg redha terhadap kegiatan menghalang manusia ke masjid ketika PKP nih automatik masuk dlm golongan yg di sebut di ayat 114 surah al baqarah tu ler.



]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]




Solat Jumaat, fardu di negeri PKP terhad ahli jawatankuasa masjid

Januari 13, 2021 @ 12:44am




https://assets.bharian.com.my/images/articles/18hmmasjid3_1610527432.jpgDi KELANTAN, hanya 50 jemaah dibenarkan untuk solat Jumaat dan fardu di semua masjid bandar dan jajahan serta mukim negeri ini berkuat kuasa sepanjang tempoh PKP Bersyarat (PKPB). - Foto hiasan BERNAMA, Masjid Razaleigh di Gua Musang.


KUALA LUMPUR: Solat Jumaat dan solat fardu di beberapa negeri yang kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 26 Januari, dilaksanakan hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid dan surau.Bagi negeri-negeri yang dikuatkuasakan PKP Bersyarat (PKPB) pula, kelulusan adalah mengikut had jemaah serta keluasan ruang solat dengan mengambil kira penjarakan fizikal, sekurang-kurangnya satu meter.Di SELANGOR, solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di masjid serta surau ditangguhkan sepanjang pelaksanaan PKP, namun hanya lima petugas masjid, surau kebenaran Jumaat dan surau dibenarkan menunaikan solat Jumaat serta solat fardu secara berjemaah pada setiap waktu.Bagi majlis akad nikah, ia akan dijalankan secara sidang video membabitkan pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin dan tarikh janji temu akad nikah oleh Pejabat Agama Islam Daerah atau di masjid pengurusan.https://www.bharian.com.my/berit ... jawatankuasa-masjid


white_musk Publish time 25-1-2021 12:34 PM

Hallelujah

blastoff Publish time 25-1-2021 12:38 PM

Edited by blastoff at 25-1-2021 12:39 PM

punya dok takut kat covid sampai sanggup buat perkara yg dilaknati Allah ....padahal covid nak di bandingkan dgn siksa neraka Allah tu ish ish ish tak terbandinggg.....
cuba letak jari dekat dgn api dapur tuh , tahan dak panasnya tu ? Tak ada manusia kat atas muka bumi ni yg kulitnya tahan dgn api walau sekecil mana sekalipun apinya tuh , pasti sakit tak terkira ..... itu baru kat dunia tuh dah tak tahan, api neraka sok sok ni? Bukan stakat jari je yg akaan di bakar tapi seluruh badan maaa tanpa henti2 ....

lagi mau takut pada covid sampai sanggup jual akidah ke hingga tak kisah utk tergolong dlm golongan yg dilaknati Allah tu ?





Aerhys Publish time 25-1-2021 12:42 PM

Rasa berat hati saya dgn SOP masjid ini. SOP selain kawasan masjid masih okay utk ikut tapi di masjid manusia letak kebergantungan pada selain daripada Allah. Manusia dah jadi takut pada rumah Allah itu sendiri. Dulu saya sokong juga SOP solat berjarak di masjid tapi lama kelamaan saya rasa ini salah. Entahlah setiap kali saya tengok gambar keadaan di masjid sekarang yg lengang dan luahan orang2 yg dihalang solat jumaat saya rasa sedih. Mungkin kerajaan boleh longgarkan SOP di masjid. Mufti2 dan ahli2 agama kerajaan please do something. Dah ramai ulama2 yg menyuarakan isu ini.

Beribear Publish time 25-1-2021 01:03 PM

Nak buat cemana? Org yg faham agama mmg berat hati nak ikut solat jarak2 ni.. Tp jgn tak tahu ada org hasad dengki dok memerhati dlm masjid tu. Tunggu masa je nak buat laporan kalau langgar sop. Sabar jelah

ajinomotonosuga Publish time 25-1-2021 01:12 PM

Setiap penyakit ada obat nya kecuali ajal.

Tidak ada kuasa dan daya melainkan kuasa dan daya Allah swt.



Decaffeinated Publish time 25-1-2021 01:12 PM

Buat ja masjid macam pusat kuarantin. Kehadiran atas dasar sukarela. Ahli qariah boleh pakai gelang bukan tujuan riak tapi untuk pengenalan. Lepas 14 hari buat swab test.

Win-win.

AbukRokok Publish time 25-1-2021 01:15 PM

https://rumahlot.com/wp-content/uploads/2019/02/1-7.jpeg

;P;P

blastoff Publish time 25-1-2021 07:17 PM

Aerhys replied at 25-1-2021 12:42 PM
Rasa berat hati saya dgn SOP masjid ini. SOP selain kawasan masjid masih okay utk ikut tapi di masji ...

dah ada ubat ivermectin dan zentel utk matikan virus covid jadi mufti2 dah tak leh guna alasan pandemik terdesak atau darurat dah utk terus terusan pertahankan fatwa haprak yg bercanggah dgn Quran hadis tuh utk halang org ke masjid atau utk buat jarak ketika solat .

blastoff Publish time 25-1-2021 07:21 PM

Edited by blastoff at 25-1-2021 07:24 PM

Beribear replied at 25-1-2021 01:03 PM
Nak buat cemana? Org yg faham agama mmg berat hati nak ikut solat jarak2 ni.. Tp jgn tak tahu ada or ...
sekarang nih tentera iblis sedang mengerah angkatan nya utk hasut sebanyak mungkin manusia agar depa jadi kafir sekafir kafirnya diseluruh dunia plak tu masjid di tutup merata hala atas alasan nak kawal penularan virus ....

Yg di fokuskannya adalah ibadah paling asas plak tu yg menjadi tiang agama agar di ubah dari yg termaktub dlm Quran dan Hadis atas alasan takut pandemik . Solat adalah ibadah tunjang, ibarat bagi hancur tulang belakang lah apabila di ubah ibadah tunjang macam solat tuh , nescaya yg turutnya akan jadi lemah seluruh sistem aqidah ler apabila ibadah yg paling asas pun sesat amalannya,


blastoff Publish time 25-1-2021 07:26 PM

Decaffeinated replied at 25-1-2021 01:12 PM
Buat ja masjid macam pusat kuarantin. Kehadiran atas dasar sukarela. Ahli qariah boleh pakai gelang...

nak kuarantin buat apa dah ada ubat yg boleh bunuh virus covid... bagi je la ubat pada yg sakit atau sebagai pencegahan, biarkan manusia hidup macam biasa lah semula kerana virus yg dah mati bukan boleh terjah kluar utk tersebar mana pun

blastoff Publish time 25-1-2021 07:33 PM

Edited by blastoff at 25-1-2021 07:59 PM

Aerhys replied at 25-1-2021 12:42 PM
Rasa berat hati saya dgn SOP masjid ini. SOP selain kawasan masjid masih okay utk ikut tapi di masji ...
SOP yg di buat tuh betul2 anti dgn manusia selaku makhluk yg sosial , berkomuniti dan beragama . Tujuannya utk halang pergerakan, utk halang hidup bermasyarakat , utk halang kasih sayang dan ikatan silaturrahhim antara kluarga dan ibu bapa dan kejiranan....lebih kepada mengajak jadi selfish kaw kaw

Yg membenci manusia dan apa saja mengenai manusia hanya iblis dan bala tenteranya so dah sah SOP tuh hasil idea yg datangnya dari hasutan iblis ler aje.

Aerhys Publish time 25-1-2021 09:16 PM

blastoff replied at 25-1-2021 07:26 PM
nak kuarantin buat apa dah ada ubat yg boleh bunuh virus covid... bagi je la ubat pada yg sakit at ...

Somehow I don't think it's going to be that simple or as easy as abc. Adalah halangan2 nya nanti. Semua itu adalah ujian. Apa2 pun saya doakan yg baik2 saja untuk semua.

Aerhys Publish time 25-1-2021 09:19 PM

Eh baru perasan thread dah kena humban ke board agama bukan lagi di isu semasa ;P

SenangMaju Publish time 27-1-2021 09:49 PM

Edited by SenangMaju at 27-1-2021 09:57 PM

Assalammualaikum w.b.t.

1) topik kali ini patut diban
2) merujuk petunjuk Alquran yang dimaksudkan, tidak memenuhi syarat untuk menghukumkan kesalahan kepada fatwa. Ini kerana, tiada masjid yang dirobohkan.
3) ini antara post yang merosakkan kalam Allah s.w.t, tidak menyucikan kalam Allah pada tempatnya. Hukum yang ditetapkan oleh Allah s.w.t ke atas salah guna kalam Allah adalah "fasik". Allah s.w.t tidak menerima mana-mana solat orang yang fasik selama ia tidak memperbetulkan semula apa yang dirosakkan olehnya. Malah, mengajak orang untuk memusuhi ulama sedangkan ulama-ulama tidak berhajat untuk merobohkan masjid-masjid, ianya perbuatan fasik, dan layak diambil tindakan oleh Mufti-mufti ke atas orang-orang yang fasik atas kalam Allah.

Sebaik-baiknya, bertaubatlah. Urusan agama itu bukan boleh ambil faham setengah, buang yang setengahnya lagi. Jika Tak faham, buat cara Tak faham. Jangan pandai-pandai, ikut hasutan syaitan laknatullah ketika hati dibisikkan untuk faham kalam Allah versi syaitan laknatullah.

Sila ban post yang JELAS perbuatan fasik (merosakkan makna dengan mengabaikan keutamaan maknanya). Pihak berwajib, wajar ambil tindakan menahan perosak kalam Allah atau berdepan dengan Allah kerana tidak melindungi hak-hak kalam Allah s.w.t.

Coolie Publish time 28-1-2021 08:50 AM

MashaAllah

Banyakkan istigfar dan berselawat InsyaAllah..

Berkenaan ayat tersebut merupakan ancaman bagi golongan yahudi dan Nasaroh. Jadi selaku umat Islam perlu bersatu hati dalam metaati Allah and RasulNya. Masjid adalah penyatuan hati mukminin. Ini adalah kerana Masjid merupakan jantung bagi sesebuah negara, negeri, kampung dan sering dilupai setiap rumah (menghidupkan amalan masjid nabawi).
ISLAM perlu berSATU HATI dalam menegakkan syariat Allah and RasulNya kerana golongan kafirun tidak pernah berasa aman dengan ISLAM sepertimana telah diterangkan pada peemulaan surah berkenaan sifat sifat manusia yang diciptakanNya. Pada ayat sebelumnya (113) merupakan ayat syikayah(sakwa) bagi kedegilan penentang agamaNya (termasuklah golongan munafiking dan musyriking dari dalaman) yang sering berusha untuk melemahkan hati mukminin yang terpaut pada pujukanAllah SWT melalui pendekatan kekasihNya Nabi Muhammad SAW. Golongan Nasaroh bersikap menghalangi orang dari mendatangi (memakmurkan) Baitul Muqdis dan mencampakkan kekotoran ke dalam masjid (hasad). Manakala golongan musyrikin menghalangi Rasulullah SAW memasuki Kota Mekah pada peristiwa Hudaibiah. Setelah setiap berhala dirobohkan maka tidak dibenarkan sama sekali terhadap golongan musyrikin melakukan sebarangan ibadat mereka di Kaabah. Disini menunjukkan Kehendak Allah SWT untuk Menghina terhadap golongan kafirun semasa di dunia lagi. Agak berbeza sedikit dengan permasalahan PKP.. Cuma bilamasa berada didalam shaf hendaklah rapatkan shaf agar Allah SWT satukan hati mukminin. Syaitan akan berada dicelah ruang kosong ketika solat. Yakinlah kepada pesananAllah dan RasulNya. Ingatlah ancaman bagi golongan kafirun diatas rancangan buruk dan jahat terhadap pendokong agamaNya.


Pada hari ini, kesan dari pencerobohan Masjid Al Aqsa dan tiada pembelaan daripada seluruh mukminin maka nikmat keselesaan itu diberhentikan seketika agar hati itu kembali kepadaNya dan bertaubat. Tarbiyah Allah dari peristiwa golongan yahudi dengan tentera majusiterhadap BaitulMuqdis. Tentera majusi?!?


Punca suasana pada hari ini yang diselubungi dengan symptom covid ini, maka diatas kata sepakat para ulamak bersetuju melakukan sesuatu demi kesejahteraan dan keselamatan negara. Jika tidak, ianya akan menjadi kemudharatan. Positive side, merupakan tarbiyah dari Allah SWT agar setiap mukminin kembali kepadaNya (Laa haula wala quwata illa billah). Paling utama pihak berkuasa (kerajaan) perlu beri penekanan agar amalan masjid nabawi dihidupkan pada setiap pintu rumah mukminin agar Allah SWT bukakan jalanNya untuk memakmurkan masjid Nya dan jalan penyelesaian secara menyeluruh dalam kesatuan hati terutamanya melaksanakan syariat ISLAM.(Tarbiyah Allah SWT dariperistiwa Hudaibiah). Hari ini berapa ramai yang pasti bahwa isi keluarganya telah baca AlQuran, berzikir dan solat diawal waktu? Kerana mereka (ahli keluarga terdekat) ini akan cuba menghalang kaki dari jejak ke syurgaNya selaku khalifah sesebuah rumah (ketua keluarga) akan dipersoalkan kelak.

Manakala bagi ahli masjid perlu memikirkan ahli qariah dan masjid tidak tersisir jauh. Mesyuaratkan,
Bagaimana amalan masjid dapat terus dihidupkan dengan peraturan norma baru dilaksanakan.
Kesediaan ruang ruang solat, baca AlQuran, zikir mengikut kesesuaian. Bukannya ahli qariah tidak tahu dengan kaedah norma baru. Jika di pasaraya boleh lakukan, insyaAllah tiada masalah pun.

Pesanan Allah and RasulNya bahawa taatilah pemimpin kalian selagimana tidak menyuruh kalian berlaku mungkar.


Wallahu'alammm..

















..

NorAddin Publish time 24-6-2021 04:17 AM



salam :C

Daripada Abu Hurairah RA
bahawa Nabi SAW bersabda:
أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللهِ مَسَاجِدُهَا،
Tempat paling disukai oleh Allah adalah masjid-masjidnya
وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللهِ أَسْوَاقُهَا
dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar-pasarnya.



wassalam
:C

p/s ..
fikir fikirkan lah .. beringat ingat lah ..
mana tempat yang d'buka ..
mana tempat yang d'tutup ..
Pages: [1]
View full version: PKP yg dilaknati Allah .....mufti2 yg sanggup jual agama utk menjadi penjilat pe


ADVERTISEMENT