Aking Publish time 24-1-2021 05:02 PM

PPM Wilayah Dua Johor Rampas Mercun Dianggarkan RM80,000 - AKT

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1d2p1b.img?h=840&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
PPM Wilayah Dua Johor menunjukkan rampasan pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai RM 80,000 hasil serbuan Op Benteng COVID-19 Landai di Johor Bahru, semalam. - NSTP/FOTO IHSAN PPM

Berita Harian

Mohamed Farid Noh
farid_noh@bh.com.my

JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor merampas pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai RM80,000 hasil serbuan Op Benteng COVID-19 Landai di Taman Skudai Indah 2, di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah, berkata dalam serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu, seorang lelaki berusia 51 tahun disyaki menyimpan mercun terbabit, turut ditahan.

Beliau berkata, mercun berkenaan dipercayai adalah untuk pasaran tempatan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

"Pegawai dan anggota PPM Wilayah Dua yang menjalankan Op Benteng COVID-19 Landai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat orang awam berhubung kegiatan menyimpan mercun terbabit.

"Pemeriksaan pertama terhadap sebuah lori menemukan sejumlah 43 kotak berisi pelbagai jenis mercun.

"Berpandukan maklumat suspek lelaki yang ditahan, pasukan kemudian menyerbu garaj kenderaan di sebuah rumah dan berjaya menemui 17 lagi kotak berisi pelbagai jenis mercun.

"Jumlah keseluruhan mercun dirampas dianggarkan bernilai RM80,000. Sebuah lori dianggarkan bernilai RM80,000 yang digunakan dalam kegiatan itu, turut dirampas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhd Zailani berkata, kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1959 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau menegaskan, polis terutama PPM akan sentiasa menjalankan operasi bagi mengekang kegiatan jenayah dan pelanggaran undang-undang, khususnya menjelang musim perayaan.

"Operasi bersepadu bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor secara berterusan akan dijalankan dari semasa ke semasa.

"PPM Wilayah Dua turut menyeru masyarakat sama-sama menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membanteras sebarang bentuk jenayah, terutama membabitkan keselamatan dan ketenteraman awam masyarakat maritim," katanya.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada PPM Wilayah Dua melalui talian 07-2372221.

Aking Publish time 13-2-2021 04:27 PM

Apa mereka buat lepas rampasan?
Pages: [1]
View full version: PPM Wilayah Dua Johor Rampas Mercun Dianggarkan RM80,000 - AKT


ADVERTISEMENT