Aking Publish time 23-1-2021 06:38 PM

MINDEF Sampaikan Bantuan Barangan Keperluan Untuk Mangsa Banjir Johor - AKT

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1d12Op.img?h=785&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Samsolbari Jamali (kanan) menerima sumbangan melalui program ‘Bantuan MINDEF Prihatin’ disampaikan Panglima 7 Briged, Brig Jeneral Mohamed Fauzi Kamis di Kem Mahkota, Kluang. - Foto NSTP/Adnan Ibrahim

Berita Harian

Adnan Ibrahim
bhnews@bh.com.my

KLUANG: Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyerahkan bantuan berupa barangan keperluan bernilai RM460,000 kepada mangsa banjir di Johor hari ini.

Panglima 7 Briged Brig Jen Mohamed Fauzi Kamis, berkata Johor adalah negeri keempat menerima bantuan seumpama itu selepas Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Katanya, bantuan itu bagi meringankan beban, sekali gus menunjukkan keprihatinan tentera terhadap mangsa banjir.

Berucap di majlis penyerahan 'Bantuan MINDEF Prihatin' bernilai RM460,000 yang diserahkan kepada wakil kerajaan Johor, Datuk Samsolbari Jamali, di Kem Mahkota, di sini hari ini, beliau berkata, kira-kira 1,500 anggota tentera terbabit membantu mangsa banjir di Johor baru-baru ini, termasuk membersihkan kediaman mangsa.

Selain MINDEF, sumbangan wang tunai RM210,000 bagi bantuan sama turut diberikan oleh Affin Bank di majlis hari ini.

Sementara itu, Samsolbari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, berkata, bantuan yang diberikan cukup bermakna bagi mangsa banjir.

Katanya, sumbangan itu akan diserahkan kepada 21 pemimpin di kawasan terjejas untuk diagihkan kepada penerima yang layak bergantung keperluan masing-masing.

Antara daerah yang terjejas dengan banjir baru-baru ini adalah Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Pontian, Mersing dan Segamat.

Aking Publish time 13-2-2021 04:22 PM

Terima kash Mindef
Pages: [1]
View full version: MINDEF Sampaikan Bantuan Barangan Keperluan Untuk Mangsa Banjir Johor - AKT


ADVERTISEMENT