Aking Publish time 21-1-2021 09:14 AM

Pelajar Sekolah Boleh Dapatkan Buku Teks Digital Percuma Melalui Portal DELIMa

SoyaCincau

Hanif Azrai

Ada satu portal ini, ia dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Namanya adalah Digital Educational Learning Initiave Malaysia (DELIMa) dan adalah KPM untuk mendigitalkan bilik darjah.

Ia bukanlah sesuatu yang baru, sebaliknya dijenamakan semula daripada program Frog Virtual Learning Environment (Frog VLE) yang kontraknya selama 15 tahun dianugerahkan kepada YTL pada 2011.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cTYcq.img?h=805&w=1081&m=6&q=60&o=f&l=f

Pelajar boleh mengakses portal Delima menggunakan maklumat log masuk berupa email dengan domain @moe.-dl.edu.my yang dibekalkan kepada mereka sewaktu pendaftaran sekolah dilakukan.

Sekiranya pelajar tidak tahu akan info tersebut, mereka boleh berhubung dengan Guru ICT sekolah masing-masing untuk mendapatkan maklumat log masuk beserta kata laluan untuk portal delima.

Buku Teks Digital

Ini adalah benda paling penting untuk pelajar yang belajar dari rumah. Sekiranya mereka tiada akses kepada bukuk teks fizikal, mereka boleh muat turun versi digital melalui Delima.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cUhWL.img?h=550&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f

Buku teks Sekolah Rendah yang ada ialah daripada Tahun 1 hinggalah Tahun 6 manakala pelajar Sekolah Menengah boleh muat turun buku teks untuk Tingkatan 1 hinggalah Kelas Peralihan.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cTYcG.img?h=668&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f

Aplikasi Percuma

Pelajar yang melog masuk dalam portal Delima juga akan beroleh aplikasi percuma. Memang ada sesetengah aplikasi ini memang didatangkan percuma tapi untuk pelajar, akan ada manfaat tambahan seperti storan lebih luas dan sebagainya.

Anda boleh gunakan servis seperti Google Classroom, tempat para Guru memasukkan kerja-kerja rumah ataupun Google Drive yang ada storan 1TB yang boleh digunakan secara percuma.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cUfCD.img?h=629&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f

Microsoft pula berikan akses kepada Office365 secara percuma disamping penggunaakn Microsoft Teams, One Drive, dan Whiteboard.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cUdvg.img?h=535&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Pages: [1]
View full version: Pelajar Sekolah Boleh Dapatkan Buku Teks Digital Percuma Melalui Portal DELIMa


ADVERTISEMENT