Aking Publish time 20-1-2021 01:26 PM

Tidur Hanya 5 Jam Sehari Tingkatkan Risiko Osteoporosis

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cTNh3.img?h=700&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Tidur merupakan salah satu elemen penting bagi setiap individu untuk hidup sihat. (Gambar Rawpixel)

Mungkin ramai yang tidak percaya, kaitan antara masalah tidak cukup tidur dengan osteoporosis. Hakikatnya, tidur merupakan salah satu elemen penting bagi setiap individu untuk hidup sihat.

Kajian terdahulu membuktikan pelbagai jenis keadaan kesihatan boleh dihidapi oleh mereka yang sering tak cukup tidur. Walau bagaimanapun, apabila kita cuba kaitkan osteoporosis dengan masalah tidak cukup tidur, ramai yang tidak percaya.

Perkara ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik dan telah menunjukkan kaitan yang kuat di antara kedua-duanya.

Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut, baca artikel ini.

Gangguan pada proses pemodelan semula tulang punca gejala osteoporosis

Tulang merupakan tisu yang melalui proses pembaharuan dan resorpsi (kehilangan zat daripada struktur tulang) secara berterusan.

Keadaan fisiologi tersebut menyebabkan tisu tulang yang lama terhakis dan ia akan digantikan dengan tisu tulang baharu. Proses ini dikenali sebagai pemodelan semula tulang.

Dalam individu sihat, proses pembaharuan dan resorpsi berlaku pada kadar yang sama.

Perkara ini menjamin kekuatan tulang memandangkan terdapat keseimbangan proses di antara elemen yang menghakis dan penghasilan tulang baharu.

Namun, apabila proses resorpsi berlaku pada kadar melebihi keupayaan badan untuk memperbaharui tisu tulang, ia tidak lagi dianggap sebagai normal.

Tahap ketumpatan tulang akan terjejas dan kelak, anda mudah mengalami masalah tulang retak memandangkan struktur tersebut bakal menjadi rapuh. Situasi inilah yang dialami oleh penghidap osteoporosis.

Keadaan kesihatan tersebut boleh berlaku pada individu daripada segenap lapisan usia namun ia lebih lazim dalam kalangan orang tua terutamanya wanita.

Antara masalah keretakan tulang yang sering dialami oleh penghidap osteoporosis adalah:

1. Retak tulang belakang

2. Masalah pada tulang pergelangan tangan

3. Retak pada tulang pinggul

Daripada apa yang tersenarai di atas, keretakan pada tulang pinggul boleh memberikan impak negatif yang paling tinggi. Kadar kematian kesan daripada masalah tersebut boleh mencecah 20%.

Mereka yang berjaya mendapatkan rawatan pula biasanya mengalami kecacatan dan hanya boleh berfungsi pada kadar 25% ketika melakukan aktiviti harian. Perkara ini jelas menunjukkan komplikasi daripada masalah osteoporosis dan mampu mempengaruhi kualiti hidup individu.

Tidak cukup tidur tingkatkan risiko alami masalah osteoporosis

Kajian yang membuktikan kaitan di antara osteoporosis dan masalah berkaitan tidur telah diterajui oleh sebuah universiti di Buffalo, New York. Subjek yang terlibat terdiri daripada 11,084 wanita yang telah menopaus memandangkan populasi ini mempunyai risiko tertinggi untuk mendapatkan masalah kerapuhan tulang.

Ia melihat hubungan di antara durasi tidur yang pendek (kurang daripada 5 jam) dan kecenderungan subjek untuk mengalami masalah tulang retak. Dapatan menunjukkan tidur yang tidak cukup boleh memberikan impak negatif kepada tahap kesihatan tulang.

Keadaan ini menunjukkan kepentingan bagi setiap individu (bukan yang berisiko sahaja) untuk mendapatkan jumlah tidur melebihi 7 jam sehari. Jika kurang, proses fisiologi penting seperti pemodelan semula tulang boleh terganggu.

Perkara ini diterangkan sendiri oleh Dr Heather M. Ochs-Balcom, Profesor Epidemiologi yang mengetuai kajian tersebut. Bagi kebanyakan individu, tahap kekuatan tulang memuncak ketika mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Selepas daripada had usia tersebut, kadar resorpsi tulang akan perlahan-lahan melangkaui keupayaan badan untuk menggantikan sel tulang yang hilang.

Bagi wanita yang mengalami osteoporosis, kadar resorpsi berlaku dengan lebih cepat menyebabkan mereka lebih mudah mendapat masalah osteoporosis.

Bacaan ketumpatan tulang rendah sebab tidak cukup tidur

Diagnosis tidak bergantung kepada gejala osteoporosis semata-mata. Mereka yang disyaki mempunyai masalah kerapuhan tulang akan diukur bacaan ketumpatan tulang (BMD) bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Kajian yang dijalankan oleh Dr Ochs-Balcom menunjukkan mereka yang hanya tidur 5 jam sehari mempunyai bacaan BMD yang rendah pada 4 bahagian:

1. Seluruh badan

2. Pinggul

3. Leher

4. Tulang belakang

Mereka juga mempunyai tahap kekuatan tulang yang lebih kurang sama dengan tulang yang lebih tua setahun.

Ini bermakna mereka yang berusia 30 tahun mempunyai kekuatan tulang seakan-akan mereka berusia 31 tahun jika tidur tidak lebih daripada 5 jam sehari.

Mesej utama yang perlu kita fahami melalui kajian ini adalah, seperti pemakanan dan senaman, tidur merupakan komponen kelanjutan usia yang penting dan harus diberi perhatian.

Konklusi

Jika anda ingin menghindarkan gejala osteoporosis, pastikan anda mendapat tidur yang cukup (sekurang-kurangnya 7 jam sehari). Tidur merupakan elemen penting dalam kelanjutan usia.

Jika anda mengalami masalah tidur, dapatkan bantuan profesional dengan kadar segera.

seribulan Publish time 20-1-2021 02:10 PM

{:2gd9o after 10 pm dah kroh kroh :)
Pages: [1]
View full version: Tidur Hanya 5 Jam Sehari Tingkatkan Risiko Osteoporosis


ADVERTISEMENT