DyanaHarun Publish time 19-1-2021 06:05 PM

4 Musim Di Malaysia? Kenapa Tak Boleh?

Tengok semua netizen teringin nak daerah masing-masing jadi 4 musim. Kenapa Malaysia tak boleh ada 4 musim?
Mari kita imbas kembali subjek Geografi tingkatan 3.Bumi ini berbentuk bulat ataupun tepatnya spheroid, walaupun tenang ia berputar di angkasaraya tapi paksinya condong sedikit sebanyak 23.4 darjah. Sebab itu kita tengok kebanyakkan model globe dia akan senget sedikit.
Kemudian bulatan bumi ini kita bahagi dua. Bahagian atas hemisfera utara dan bahagian bawah hemisfera selatan. Garis sempadan yang memisahkan antara selatan dan utara dikenali sebagai equator atau garisan khatulistiwa.
Negara yang duduk di garisan khatulistiwa ini adalah yang paling dekat dengan matahari. Sebab itulah suhunya boleh mencecah 31°-34°C, panas bukan main. Contohnya Malaysia, sebahagian Afrika dan Amerika Latin.
Bukan panas sebab banyak dosa. Yang itu kat padang Mahsyar nanti cerita.
Ok, disebabkan senget, negara bahagian hemisfera selatan akan mengalami musim sejuk, ini disebabkan ia sedikit menerima cahaya matahari, manakala negara bahagian hemisfera utara akan mengalami musim panas disebabkan banyak menerima cahaya matahari.Alasan itu juga menyebabkan kutub utara dan selatan beku sentiasa, kerana bahagian itulah yang paling jauh dan sedikit menerima panahan cahaya matahari. Bahagian tengah? Takde kena musim apa apa. Panas membakar sepanjang tahun. Sebab tu kulit kau sawo matang.
Disebabkan bumi mengambil masa 365 hari untuk mengelilingi matahari. Maka dalam proses peredaran itu musim juga akan turut bertukar, hemisfera selatan pula mengalami musim panas, dan hemisfera utara mengalami musim sejuk.
Disebabkan kecondongan paksi juga Artik boleh jadi 24 jam siang dan Antartika boleh jadi 24jam malam.
Kalau nak juga merasa 4 musim, plat tektonik Malaysia kena mara sampai keluar dari garisan khatulistiwa. Di mana kalau nak jadi akan mengambil masa berjuta tahun agaknya.
Tak merasa musim macam kat Korea tak apa. Jangan bimbang, sebab negara kita juga akan mengalami 4 musim juga iaitu musim jerebu, musim tengkujuh, musim durian dan musim orang kahwin yang mana mat salleh susah nak rasa tahu.


CiliPadiSedap Publish time 19-1-2021 06:49 PM

tak lama lagi musim pukul forumer :lol:

Skuau Publish time 19-1-2021 07:02 PM

musim indon mai...musim bangla mai..musim myanmar mai...musim nepal mai...musim negro mai....musim rohingya mai....lbh drp 4 tu.....:lol::lol:

izwan_izi Publish time 19-1-2021 07:47 PM

Malaysia boleh je nk ada salji bagai..dengan syarat..Daratan Malaysia ni kena berada lebih kurang 4800 dari aras laut..

contohnya la kan..Ketinggian Gunung Fuji di Jepun tu dalam 3700 Meter dan di puncak ada salji..

Ketinggian Gunung Kinabalu pula dalam 4000 Meter..lebih tinggi dari Gunung Fuji tetapi Gunung Kinabalu tiada salji tetapi cuma ada frost sahaja..

Ini bermakna, disebabkan kita berada di zon Khatulistiwa, kita perlukan ketinggian yg ideal 4800 meter keatas untuk mempunyai salji.

Dulu ada belajar psl ni..siap ada formula ape semua..tp skang dh lupa..yg sy ingat 4800meter tu je..

AceHand Publish time 20-1-2021 02:37 AM

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Kita memang dah hada pong taman pat musem...


Jizzz... Klong! Klong!

DyanaHarun Publish time 20-1-2021 01:06 PM

izwan_izi replied at 19-1-2021 07:47 PM
Malaysia boleh je nk ada salji bagai..dengan syarat..Daratan Malaysia ni kena berada lebih kurang 48 ...

Dulu bro belajar kat mana bro? sy rasa bukan kat sekolah kan?

DyanaHarun Publish time 20-1-2021 01:06 PM

Skuau replied at 19-1-2021 07:02 PM
musim indon mai...musim bangla mai..musim myanmar mai...musim nepal mai...musim negro mai....musim r ...

musim covid ni :)

izwan_izi Publish time 20-1-2021 01:57 PM

DyanaHarun replied at 20-1-2021 01:06 PM
Dulu bro belajar kat mana bro? sy rasa bukan kat sekolah kan?

dgn guru tusyen...hehehhehe..

sb persoalan yg sama di timbulkan..
"Kenapa G.Fuji yg rendah dari G.Kinabalu boleh ada salji"

c===8 Publish time 20-1-2021 02:43 PM

iklim kita dah best, takyah lah nak winter, sejukkkk kow2

DyanaHarun Publish time 20-1-2021 04:04 PM

izwan_izi replied at 20-1-2021 01:57 PM
dgn guru tusyen...hehehhehe..

sb persoalan yg sama di timbulkan..


Bro,awak mesti seorangpelajar yang pintar. ramai di antara kita yang tidak tahu apa itu 4 musim pd masa tu:D

DyanaHarun Publish time 20-1-2021 04:05 PM

c===8 replied at 20-1-2021 02:43 PM
iklim kita dah best, takyah lah nak winter, sejukkkk kow2

Kita tidak mempunyai bencana alam.
Kita ada sumber alam semulajadi.
Memanglah best:loveliness:

lil_honey Publish time 20-1-2021 04:12 PM

DyanaHarun replied at 20-1-2021 04:05 PM
Kita tidak mempunyai bencana alam.
Kita ada sumber alam semulajadi.
Memanglah best

ada bencana alam tu. tapi takde la seteruk gunung berapi, dengan ribut taufan. kita just banjir dengan panas terik je.

AceHand Publish time 28-1-2021 02:31 AM

Errr...

DyanaHarun replied at 20-1-2021 01:06 PM
Dulu bro belajar kat mana bro? sy rasa bukan kat sekolah kan?

[AceHand SPECTaceLAR]

Mana tahu dia bro...?


Jizzz... Klong! Klong!

b_n_c Publish time 1-2-2021 01:14 AM

izwan_izi replied at 19-1-2021 07:47 PM
Malaysia boleh je nk ada salji bagai..dengan syarat..Daratan Malaysia ni kena berada lebih kurang 48 ...

mcmn nk jadikan malaysia berada di ketinggian 4800?

jwpnnya mustahillah kan?

AceHand Publish time 10-2-2021 01:43 AM

Hmmm...

b_n_c replied at 1-2-2021 01:14 AM
mcmn nk jadikan malaysia berada di ketinggian 4800?

jwpnnya mustahillah kan?

[AceHand SPECTaceLAR]

Guna alat Doraemon...


Jizzz... Klong! Klong!

Guli Publish time 26-4-2021 09:23 PM

Kalau la Malaysia Ada 4 musim,mau nya fasyen macam2

Guli Publish time 26-4-2021 09:24 PM

Takper la mus durian,rambutan,manggis okay apa
Pages: [1]
View full version: 4 Musim Di Malaysia? Kenapa Tak Boleh?


ADVERTISEMENT