kruzaman Publish time 19-1-2021 12:24 PM

KHASIAT HALIA HITAM

Edited by kruzaman at 19-1-2021 12:28 PM


Halia hitam atau nama saintifiknya Kaempferia parviflora dari keluarga Zingiberaceae ialah sejenis herbal tradisional yang diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu untuk merawat dan mencegah pelbagai penyakit.

Kajian pakar sains menunjukkan ianya kaya dengan Bioflavonoids dan Methoxyflavoneyang mengandungi antioxidan yang tinggi dan tiada pada tumbuhan lain.
Bahan-bahan ini sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu menyahkan radikal bebas atau toxid dalam badan dan seterusnya mencegah atau melawan pelbagai penyakit.
Antaranya penyakit kanser, diabetes, kolestrol, tiroid, sinus, darah tinggi, jantung, asma, strok, gout, gastrik, lemah tenaga batin, alzheimer, migrain dan lain-lain lagi.

Amalan pemakanan halia hitam ini akan melancarkan sistem pengaliran darah ke semua saraf dan menyebabkan kadar oksigen dalam tubuh semakin tinggi.
Iannya menyebabkan hormon dan tekanan darah menjadi stabil dan pertumbuhan sel kanser menjadi terencat.
Sistem ketahanan badan menjadi semakin kuat daripada sebarang risiko ancaman pelbagai penyakit lain.
Seterusnya meyebabkan diabetes atau kencing manis akan dapat dikawal atau dicegah.
Selain itu, tubuh badan akan menjadi kuat, mampu meningkatkan kesihatan tulang dan mencegah risiko ostopeorosis, serta tahap libido iaitu keinginan seksual meningkat.

Masyarakat di utara Thailand memanggilnya ‘Krachai Dum’ yang juga mendapat jolokan ‘Thai Ginseng’ dan diamalkan kebanyakan kaum lelaki di sana untuk kekuatan dalaman.

Ekstrak halia hitam yang baik ialah nisbahnya bersamaan 10:1, seperti contoh 10 kilogram halia segar diekstrakkan menjadi 1 kilogram serbuk.



Pages: [1]
View full version: KHASIAT HALIA HITAM


ADVERTISEMENT