Aking Publish time 19-1-2021 10:01 AM

Kenapa Kaki Tiba-Tiba Bengkak?

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cQsLL.img?h=700&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Kaki bengkak juga merupakan tanda-tanda kesihatan yang lebih serius. (Gambar Rawpixel)

FMT

Kaki bengkak, lebih senonim dengan wanita hamil. Namun, ia sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dari masa ke semasa. Kaki digunakan setiap hari untuk menyokong berat badan anda dan membolehkan anda berdiri, berjalan, berlari dan melompat.

Kadang-kadang bengkak juga dipanggil edema iaitu kewujudan air yang banyak di dalam ruang di antara sel tisu, di tempat tertentu atau di seluruh tubuh. Ia juga tanda-tanda kesihatan yang lebih serius.

PUNCA KAKI BENGKAK

Kehamilan

Ini adalah satu sebab yang paling biasa bagi wanita yang mengalami kaki bengkak. Ia biasanya berlaku bermula trimester kedua kehamilan. Selain itu, semasa hamil tubuh anda menghasilkan hormon relaksin (relaxin), yang menyebabkan sendi dan ligamen pinggul dan kaki berehat dan membesar.

Walau bagaimanapun, jika bengkak itu teruk dan disertai dengan simptom seperti sakit perut, sakit kepala, kerap membuang air kecil, mual, muntah atau perubahan penglihatan, segera berjumpa doktor anda. Ini kerana tanda-tanda merujuk kepada preeklamsia, yang membawa kepada tekanan darah tinggi dan protin dalam air kencing.

Berlebihan berat badan (obes)

Kaki bengkak juga boleh menjadi kesan sampingan akibat berlebihan berat badan atau obes. Mereka yang mengalami obes, bahagian perutnya diliputi dengan lemak dan lemak itu memampatkan peredaran di kaki dan tekanan dari bawah menyebabkan kaki bengkak.

Bagi masalah bengkak kaki akibat obes, anda perlu mempertimbangkan perubahan amalan pemakanan dan senaman, serta berjumpa doktor untuk menolak kemungkinan risiko kesihatan lain.

Gout

Gout adalah sejenis artritis yang boleh menjejaskan pergerakan kebanyakan orang yang mengalaminya. Gangguan kesihatan ini boleh menjejaskan sendi jari kaki, paling kerap membengkak. Simptom ini termasuk pembengkakkan pada sendi kaki yang berlaku secara tiba-tiba dan teruk.

Limfedema

Limfedema adalah keadaan yang berlaku apabila seseorang mempunyai masalah dengan sistem limfa, yang merupakan sebahagian daripada sistem imun. Bendalir limfa membawa sel-sel darah putih ke bahagian tubuh berlainan dan nodus limfa seluruh tubuh mengawal peredaran bendalir ini.

Jika nodus limfa rosak atau dikeluarkan semasa pembedahan untuk kanser, bendalir tidak akan mengalir dengan betul dan ini akan menyebabkan pembengkakan.

Jantung tidak mengepam darah secukupnya

Anda mungkin menganggap ia tidak berkait, tetapi kaki bengkak adalah tanda kegagalan jantung kongestif. Bagaimanapun, keadaan ini tidak bermakna jantung anda berhenti berfungsi, ia hanya jantung anda tidak dapat mengepam darah dengan mencukupi.

Ini bermakna darah berkumpul di vena, yang membawa kepada pembentukan cecair. Jika anda mengalami kegagalan jantung, bengkak di kaki anda biasanya lebih jelas daripada pembengkakan yang berlaku selepas anda berdiri sepanjang hari.

Deep Vein Thrombosis (DVT)

Keadaan ini biasanya berlaku akibat duduk terlalu lama tanpa menggerakkan kaki. DVT muncul daripada bekuan darah yang biasanya pada kaki. Ia juga boleh menyebabkan bekuan darah pecah dan mengalir ke paru-paru, yang mana ia boleh menyekat bekalan oksigen dan boleh menyebabkan kematian.

Antara langkah untuk mencegah bengkak kaki yang juga membantu mengelakkan pembekuan darah adalah bersenam, kekalkan berat badan yang sihat, rehat seketika selepas duduk dalam tempoh yang lama.

Selulitis (Cellulitis)

Sekiranya anda mengalami pembengkakan selepas kecederaan pada kaki atau pergelangan kaki anda, ini boleh menjadi gejala selulitis. Selulitis adalah jangkitan kulit dan tisu.

Ia akibat daripada bakteria yang memasuki kulit pecah. Mereka yang lebih berisiko termasuk penghidap diabetes, mereka yang mempunyai masalah peredaran darah, penyakit hati, dan mengalami masalah kulit.

Selain keadaan itu, kaki bengkak juga boleh disebabkan oleh kesan sampingan ubat. Ubat seperti kontraseptif oral atau terapi penggantian hormon boleh menyebabkan pembengkakkan kaki dan pergelangan kaki. Anti-kemurungan dan ubat diabetes juga boleh menyebabkan kesan sampingan ini.

Kaki bengkak boleh menunjukkan penyakit yang serius seperti jantung, hati, atau buah pinggang. Sekiranya anda melihat sebarang perubahan mendadak pada bengkak atau ia berlanjutan dan tidak menjadi lebih baik dengan pengambilan rehat dan cecair, pastikan anda mendapatkan rawatan perubatan.

seribulan Publish time 19-1-2021 11:51 AM

Buah pinggang ada masalah {:1_141:}

Lengkong Publish time 21-1-2021 10:00 AM

Kalau kita drive jauh tu kenapa ye kaki jadi bengkak / sembab


ipes2 Publish time 25-1-2021 06:10 AM

seribulan replied at 19-1-2021 11:51 AM
Buah pinggang ada masalah

ya ini pun

ipes2 Publish time 25-1-2021 06:11 AM

yang paling kerap ialah bila heart dah mula jadi lemah

seribulan Publish time 25-1-2021 07:06 AM

ipes2 replied at 25-1-2021 05:10 AM
ya ini pun

Saya pernah rujuk doc saya pasal.ni {:1_141:}

seribulan Publish time 3-2-2021 10:31 AM

ipes2 replied at 25-1-2021 05:10 AM
ya ini pun

Bod sinun-


9 Tanda Awal Sakit Buah Pinggang

https://cdn.remaja.my/wp-content/uploads/2018/03/share-kidney-failure.jpg

Masalah badan lemah, tidak bertenaga dan fikiran terganggu
Buah pinggang yang sihat mengeluarkan sejenis hormon yang dikenali sebagai erythropoietin atau EPO. Hormon ini memberi signal supaya tubuh menghasilakan lebih sel darah merah untuk fungsi mengangkut oksigen.

Apabila fungsi buah pinggang semakin merosot dan kekurangan fungsi hormon EPO, pengeluaran sel darah merah juga turut berkurangan. Kekurangan sel darah merah ini juga disebut sebagai anemia.

Akibatnya, otot dan otak akan mengalami masalah kekurangan sumber oksigen untuk menjalankan fungsinya dengan baik.

Ia menyebabkan badan kita rasa cepat dan mudah letih. Fungsi otak juga akan turut terganggu menyebabkan kita berasa mudah lupa, pening, cepat mengantuk dan sukar untuk menumpukan perhatian.

Masalah susah hendak tidur
Ini bukan berkaitan kerap diganggu hantu atau makhluk halus. Masalah susah tidur diwaktu malam atau insomnia ini sering berpunca daripada beberapa faktor. Pertama, ia mungkin disebabkan masalah gangguan pernafasan ketika tidur (sleep apnea).

Kedua, mungkin akibat masalah kegatalan kulit yang paling ketara mengganggu ketika waktu malam. Ketiga, masalah kekejangan otot kaki dan sindrom kaki gelisah (restless leg syndrome) akibat masalah saraf kaki juga antara punca insomnia.

Kesemua gangguan inimenyebabkan pesakit sukar mendapatkan kualiti tidur yang baik, kerap terjaga diwaktu tidur malam dan berkecenderungan untuk lebih tidur pada waktu siang. Dan semua faktor ini melibatkan fungsi darah merah yang terganggu akibat masalah penyakit buah pinggang.

Masalah kulit kering dan gatal-gatal
Antara tugas utama buah pinggang ialah mengawal keseimbangan mineral dalam tubuh. Ia melibatkan proses keseimbangan paras kalsium dan fosforus di dalam darah.

Kekurangan kalsium dalam darah menyebabkan kelenjar paratiroid yang terletak dileher untuk merembeskan hormon paratiroid.

Hormon ini bertindakbalas melakukan mekanisma menyerap kembali kalsium daripada komposisi tulang untuk disalurkan ke dalam darah.

Paras hormon paratiroid yang tinggi ini dikatakan boleh menyebabkan masalah kulit kering dan kegatalan. Selain itu, kandungan fosforus yang tinggi dalam darah juga boleh menyebabkan kesan yang sama.

Penyebab lainnya, bahan buangan atau toksin yang terkumpul dalam salur darah di bawah kulit juga juga adalah penyumbang utama masalah kulit kering dan gatal.

Masalah kencing terlalu kerap di waktu malam
Secara normalnya, orang dewasa kencing 4 hingga 6 kali sehari dan kebanyakkannya di waktu siang. Masalah kencing terlalu kerap atau polyuria boleh berlaku disebabkan oleh punca minum banyak air atau tanda normal bagi wanita sedang mengandung.

Namun, jika tidak disebabkan punca biasa di atas, ia mungkin disebabkan oleh masalah buah pinggang. Kencing terlalu kerap di waktu malam dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang yang tidak dapat menyingkirkan bahan buangan dan toksin ketika aktif di waktu siang. Alternatifnya, ia dilakukan di waktu malam (rehat) dan menyebabkan tindakbalas perkumuhan urin yang kerap.

Ataupun jika tidak, masalah kerap kencing ini mungkin juga disebabkan oleh petanda jangkitan pada pundi kencing atau masalah bengkak prostat. Oleh itu, saringan doktor amatlah penting untuk menganalisis kondisi masalah ini.

Masalah air kencing berdarah atau kencing kotor
Buah pinggang yang sihat akan menapis darah untuk mendapatkan nutrien serta mineral. Ia juga mengekalkan sel darah merah tetap di dalam darah.

Apabila berlaku kerosakan buah pinggang, mungkin sedikit kebocoran darah akan keluar bersama air kencing menyebabkan berlakunya kencing berdarah atau kencing kotor.

Namun, Kencing kotor atau berdarah mungkin juga membawa petanda kewujudan tumor, batu karang atau jangkitan kuman yang berkaitan dengan buah pinggang.

Masalah air kencing berbuih
Kencing berbuih juga berlaku akibat masalah sistem penapis buah pinggang bocor atau telah rosak; lebih dikenali sebagai nephrotic syndrome.

buah pinggang yang sihat akan menapis dan membuang lebihan cecair serta bahan buangan tubuh yang terkandung di dalam darah, dan hanya mengambil protein serta nutrien penting.

Kebocoran protein albumin akibat kerosakan penapis buah pinggang menyebabkan kepekatan air kencing meningkat dan ditandai dengan simptom kencing berbuih.

Masalah mulut berbau dan hilang selera makan
Pengumpulan bahan buangan dalam darah turut memberi kesan mulut yang berbau busuk seperti ammonia. Disamping itu, ia juga menyebabkan komplikasi deria rasa lidah yang kurang enak pada makanan.

Secara tidak langsung, ia juga akan menyebabkan sindrom hilang selera makan. Lebih teruk lagi, ia menyebabkan rasa kurang selesa pada perut dan mencetuskan rasa loya dan kerap berasa hendak muntah.

Masalah bengkak kaki dan mata
Masalah bengkak kaki atau edema adalah biasa bagi ibu mengandung. Namun bagi lelaki atau wanita yang tidak hamil, ia mungkin petanda masalah pada buah pinggang.

Mereka yang mengalami masalah penyakit buah pinggang mungkin tidak dapat menyingkirkan dengan sempurna lebihan cecair dan garam sodium yang terdapat di dalam darah. Justeru, tekanan aliran dalam salur darah meningkat pada kawasan tertentu tubuh. Terutamanya pada pergelangan kaki dan sekitar mata.

Bagi masalah penapis buah pinggang rosak (nephrotic syndrome) pula, kekurangan protein albumin dalam darah menyebabkan kestabilan isipadu darah terganggu. Buah pinggang cuba bertindakbalas untuk mengawal isipadu darah dengan mengekalkan kandungan garam dalam darah. Akibatnya, lebihan cecair tubuh akan terkumpul dan mencetuskan edema.

Pages: [1]
View full version: Kenapa Kaki Tiba-Tiba Bengkak?


ADVERTISEMENT