CARI-MAL Publish time 15-1-2021 10:08 AM

Siapa Kata Kulit Berminyak Tak Okey? Kita Boleh Nampak Awet Muda Tau!

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202101/15/100502l12dx2arrzprsfxy.jpgGambar hiasan




Orang selalu salah sangka yang kita tidak sepatutnya memiliki kulit wajah berminyak, tapi kalau kulit wajah yang kering pun tak bagus juga.


Sebenarnya, kulit berminyak ada beberapa kelebihan tersendiri, termasuklah:

#1 Perlindungan kebal daripada pancaran cahaya matahari


Kulit berminyak biasanya mampu meningkatkan kesan SPF yang dipakai dan memberikan perlindungan yang lebih kebal daripada sinaran UV berbanding mereka yang tiada berminyak kulit mukanya.



#2 Penuaan yang lebih perlahan

Dengan kulit jenis berminyak, anda tidak perlu risau kulit mudah dikotori dan dirosakkan dengan pencemaran alam sekitar, sinar UV, dan bahan toksin lain.


Ini kerana kulit berminyak lebih tebal dan mempunyai faktor perlindungan semula jadi lebih tinggi.


#3 Hidrasi kulit berpanjangan


Sebum boleh menyebabkan korang kehilangan sedikit kelembapan kulit melalui peluh yang mengakibatkan kurangnya kelembapan pada kulit.


Dengan kulit berminyak, sekurang-kurangnya korang tak kehilangan terlalu banyak kelembapan pada kulit terutama bila berpeluh.



#4 Penampilan yang lebih berseri dan awet muda

Kalau dijaga dan dirawat dengan betul, kulit berminyak sebenarnya boleh memberi penampilan yang lebih berseri dan awet muda.


Apa yang paling penting ialah kita mesti memastikan kulit tidak terlalu berminyak sebab ia boleh menyebabkan jerawat dan pelbagai masalah kulit lain. Jadi, penting untuk kita mencuci dan melembapkan wajah sebanyak dua kali sehari.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202101/15/100531yrwutu2dmytnkrrr.pngGambar hiasan




Walaupun terdapat kelebihan bagi kulit berminyak, ia tidak bermakna anda boleh membiarkannya begitu saja. Penting untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit dengan mengamalkan rutin penjagaan kulit yang baik setiap hari.




Sumber: Era.je

kuzaime Publish time 15-1-2021 10:14 AM

Kulit aku jenis berminyak:lol:
Apa2 kosmetik pakai pun yg kononnnya boleh dapat effect x berminyak, tetaplah jugak berminyak:mad: mujur ajelah dah berumurni jerawat malu2 nak singgah. Masa remaja dulu selalu ada jerawat batu:dizzy:

EvieWanKenobi Publish time 15-1-2021 10:16 AM

betul tapi agak leceh dari segi penjagaan..
nak2 kalau oily dan sensitive skin..
tak boleh silap sikit..

Redmyvi Publish time 15-1-2021 10:22 AM

Oily skin ni kalau silap langkah senang breakout.. huhu

lattehazelnut Publish time 15-1-2021 10:35 AM

No 3 tu mcm xbetul je..
Oily bukan hydration kulit..
Kulit u kering la sbb tu over produce oil..

Jitu Publish time 15-1-2021 10:36 AM

ye lah kot sbb ada org masih panggil aku adik :lol:
perasan betul aku ni ;P

LostStar Publish time 15-1-2021 10:49 AM

kulit daku combination.. t zone suke bminyak.. berkilat jek rasa.. org lain kulit berminyak ok ja... daku nampak berlemuih kalau d biar.. uhukkk

nazzse Publish time 15-1-2021 11:10 AM

Kalau kulit berminyak lagi kena banyak pakai moisturizer utk bagi hydration. Berminyak tu meaning kulit tak cukup hydration. Opted for moisturizer yg watery based instead of cream, sama jgk dgn sunscreen.

MadameOnion Publish time 15-1-2021 10:46 PM

Indeed..nak nak kalau winter..kalau kulit oily mmg tak rasa kulit crack..aku kulit combination..part yg kering tu sampai menggelupas..
Pages: [1]
View full version: Siapa Kata Kulit Berminyak Tak Okey? Kita Boleh Nampak Awet Muda Tau!


ADVERTISEMENT