Aking Publish time 15-1-2021 09:03 AM

Mati Pucuk Bukan Masalah Yang Memalukan!

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cJC2n.img?h=700&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Jika anda sukar untuk mendapat atau mengekalkan ereksi sewaktu hubungan seks, langkah terbaik adalah dapatkan bantuan pakar perubatan. (Gambar Rawpixel)

FMT

Mati pucuk sememangnya masalah yang lazim dialami oleh kaum lelaki. Namun, oleh sebab ia merupakan satu masalah yang memalukan, hanya segelintir yang bertindak berjumpa dengan doktor.

Seseorang itu dikatakan mati pucuk apabila mereka tidak berupaya untuk mengalami dan mengekalkan ereksi serta sukar ejakulasi secara kerap.

Istilah mati pucuk sering digunakan untuk menerangkan keadaan disfungsi ereksi (ED).

Terdapat pelbagai jenis faktor yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku.

Kajian yang telah diterbitkan di laman Jurnal Perubatan Amerika (AJM) pada tahun 2007 menunjukkan risiko mati pucuk meningkat apabila usia semakin lanjut.

Ia lebih tinggi dalam kalangan lelaki yang didiagnosis dengan satu atau lebih faktor risiko kardiovaskular.

Jika tidak dirawat, ia boleh mempengaruhi tahap kesihatan anda secara menyeluruh dan boleh menyebabkan masalah seperti kemurungan, stres dan tahap keyakinan diri rendah.

Berikut merupakan 5 kategori masalah kesihatan kronik yang boleh menyebabkan masalah mati pucuk.

1. Penyakit endokrin punca mati pucuk bagi lelaki

Sistem endokrin badan boleh menghasilkan hormon penting yang mengawal atur metabolisme, fungsi seksual, mood dan sebagainya.

Apabila berbicara mengenai penyakit endokrin, diabetes mellitus (kencing manis) adalah contoh terbaik yang diketahui oleh segenap lapisan masyarakat.

Laporan oleh Pusat Perubatan Universiti Boston menunjukkan, separuh daripada kaum lelaki yang didiagnosis dengan diabetes jenis 2 akan mengalami mati pucuk dalam tempoh 5 hingga 10 tahun.

Keadaan ini boleh berlaku berikutan kerosakan saraf yang dialami oleh penderita kronik diabetes. Ia mempengaruhi deria sensasi pada zakar menyebabkan seseorang itu sukar untuk mengalami ereksi.

Selain itu, kencing manis juga boleh mengganggu aliran darah dan memporak-perandakan paras hormon. Kedua-dua faktor ini boleh menyumbang kepada masalah mati pucuk.

2. Penyakit saraf dan neurologikal

Terdapat beberapa keadaan neorologikal yang boleh meningkatkan risiko mati pucuk. Antaranya adalah:


[*]Penyakit Alzheimer
[*]Penyakit Parkinson
[*]Ketumbuhan pada otak atau saraf belakang
[*]Sklerosis berbilang (MS)
[*]Strok
[*]Epilepsi lobus temporal
[*]Apabila sesuatu penyakit itu mempengaruhi sistem saraf, ia boleh mengganggu keupayaan otak untuk berhubung dengan sistem reproduktif. Perkara ini boleh menghalang anda daripada mencapai ereksi.


Selain daripada penyakit yang tersenarai, faktor lain turut boleh mengganggu integriti saraf.

Sebagai contoh, jika anda mengalami kecederaan saraf ketika menjalani pembedahan prostat, ia boleh mengakibatkan mati pucuk.

Penunggang basikal juga boleh mengalami masalah mati pucuk sementara.

3. Ubat rawatan penyakit kronik

Terdapat sesetengah ubat penyakit kronik yang boleh mempengaruhi aliran darah sehingga menyebabkan masalah mati pucuk.

Mungkin ada dalam kalangan kaum lelaki yang panik dan berhenti mengambil ubat tersebut. Walau bagaimanapun, anda seharusnya tidak berbuat demikian tanpa kebenaran daripada doktor yang merawat.

Ubat tersebut boleh mengawal penyakit kronik yang anda alami dan jika pengambilannya dihentikan, implikasinya boleh membawa maut.

Antara ubat yang boleh menyebabkan masalah mati pucuk adalah adalah seperti berikut:


[*]Penghalang adrenergik alfa termasuklah ubat prostat tamsulosin (ubat jantung dan tekanan darah tinggi).
[*]Penghalang beta seperti carvedilol dan metoprolol (ubat jantung dan tekanan darah tinggi).
[*]Ubat kemoterapi kanser seperti cimetidine.
[*]Depresan sistem saraf seperti alprazolam, diazepam dan codeine.
[*]Perangsang sistem saraf seperti cocaine dan amfetamin.
[*]Diuretik seperti furosemide dan spironolactone (ubat jantung dan tekanan darah tinggi).
[*]Hormon sintetik termasuklah leuprolide.


4. Penyakit jantung kronik punca mati pucuk bagi lelaki

Oleh sebab zakar memerlukan aliran darah yang baik untuk mengalami ereksi, penyakit yang berkait dengan jantung boleh menyebabkan masalah mati pucuk.

Mereka yang didiagnosis dengan faktor risiko penyakit kardiovaskular seperti tinggi kolesterol dan hipertensi juga boleh mengalami masalah yang sama.

Tanpa aliran darah yang mencukupi, anda akan menghadapi masalah apabila hendak menjalinkan hubungan intim dengan pasangan.

Oleh itu, langkah pencegahan penyakit jantung boleh menghindarkan seseorang daripada didiagnosis dengan masalah mati pucuk.

5. Masalah berkaitan emosi dan faktor gaya hidup

Jika anda mempunyai masalah berkaitan dengan emosi, mungkin sukar untuk anda mencapai ereksi.

Ia berikutan, setiap fasa ereksi kebiasaannya dimulai dengan fasa rangsangan emosi.

Masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai jenis masalah mental seperti kemurungan dan keresahan.

Seperti yang anda sedia maklum, kemurungan sering disertakan dengan perasaan sedih dan rasa bagai tiada harapan. Kelesuan yang turut berpunca daripada masalah sama boleh menyebabkan masalah mati pucuk.

Begitu juga dengan masalah keresahan berkaitan prestasi seksual.

Gangguan mental yang wujud akibat daripada masalah mati pucuk di masa lepas boleh mempengaruhi keupayaan anda untuk mengalami ereksi di masa hadapan.

Oleh sebab itulah penting bagi setiap individu yang mengalami masalah berkaitan mental untuk mendapatkan bantuan.

Konklusi

Terdapat pelbagai jenis punca yang boleh mendorong seseorang itu untuk mengalami masalah mati pucuk bagi lelaki.

Jika anda sukar untuk mendapat atau mengekalkan ereksi sewaktu hubungan seks, langkah terbaik adalah untuk mendapatkan bantuan pakar perubatan.

Mikeyupm Publish time 14-5-2021 12:12 AM

Saya dah lama masuk forum ni..cuma biasanya baca aja...bila masuk sini kebanyakan ckp suami Makin tua Makin bernafsu.Tapi Akk ni..Makin bernafsu. Laki pulak asyik Tolak..stress akak ...tapi sebab dia sakit kencing manis...sedey betul...Ada tak sesiapa pernah mengalami masalah ni

Ericloqstaq Publish time 25-5-2021 04:47 PM

Mikeyupm replied at 14-5-2021 12:12 AM
Saya dah lama masuk forum ni..cuma biasanya baca aja...bila masuk sini kebanyakan ckp suami Makin tu ...

Betul tu. Ereksi kurang. Tapi boleh lago pelbagaikan usaha kak, yang utama, turunkan kadar kencing manis tu. Kadang2 sukar.

Cara lain, cuba ubat keras, tapi tak diayorkan, efek jantung.

Another cara, pelbagaikan teknik, jari ada, lidah ada, strap on dildo pun ada...

xanax1mgonline Publish time 8-9-2021 07:48 PM

Anxiety treatment with Xanax bars

Can I buy Xanax online without a prescription in Washington?

Xanax is a medicine. It helps to treat panic disorder. It works on the brain or nervous system. Also, you can’t buy Xanax online without any prescription in Washington.
Besides, first, you need to take a prescription from your doctor, then you must get a yellow Xanax bar online in Washington.

Is Xanax available without a prescription?
Alprazolam is a high drug medicine. It is not available without any prescription. Also, if you are Order Xanax online without a prescription then, it is dangerous for you.

Besides, you may face many side effects of these medicines. Also, people can purchase with a prescription from your doctor. So, it is easy to buy 1mg or 2mg of Xanax according to what your doctor prescribed.

Does Xanax on the dark web?
Yes, many websites provide drugs such as Xanax medicine or many medicines also, you can buy Xanax 2mg online or according to your doctor's prescription.

https://lh3.googleusercontent.com/Ui5_Xj_YhIpWtLNSMQA1KGWv_5KzYxejkaRRYBy_wsdVW5B8EaKd4godRdibO4QVtV234cs3G-o9M2ZB8HExSTZbwOsV81gbiKfYE_Z3as7L-yi0KdGYcKODmowFzFhqnxb4mNv7=s0
Pages: [1]
View full version: Mati Pucuk Bukan Masalah Yang Memalukan!


ADVERTISEMENT