CARI-HBZ Publish time 14-1-2021 04:10 PM

Portal Korea Buat Liputan Tentang YDP Agong Pilih BTS atau Blackpink



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202101/14/160247nd1ibmuiaaau1488.jpg




Jika anda ingat pada tahun lalu Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pernah menjadi topik hangat netizen selepas baginda diajukan soalan tentang dua kumpulan K-pop iaitu Blackpink dan BTS.
Menerusi temubual bersama dua Editor Astro Awani, iaitu Ashwad Ismail dan Cynthia Ng yang berpeluang bertanyakan beberapa soalan viral kemudiannya meminta Al-Sultan Abdullah untuk memilih diantara BTS ataupun Blackpink?

Baginda kemudiannya dilihat berfikir sejenak sebelum memilih BTS berbanding Blackpink. Topik tersebut kemudian menjadi topik hangat di media sosial terutama di kalangan peminat industri K-Pop.

Namun siapa sangka selepas setahun, temu bual tersebut rupanya turut menarik perhatian media dari Korea Selatan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202101/14/160304dmieqw10dqfaww8n.jpg


KoreaBoo yang merupakan salah satu portal Korea Selatan yang popular dan sering menjadi rujukan dunia barat disebabkan penggunaan bahasa inggeris sebagai medium komunikasinya turut tertarik dengan topik tersebut.
Mereka kemudian membuat liputan mengenai cerita berkenaan dengan menggunakan tajuk‘The King Of Malaysia Was Asked To Choose BTS Or BLACKPINK, Here’s His Pick’ pada 14 Disember lalu.
Jelas menerusi artikel tersebut mereka juga terhibur dengan temubual santai tersebut dan cara Baginda menjawab dan memilih BTS.
Jelas mereka keputusan Sultan Abdullah memilih BTS juga seakan sama seperti Raja Norway, King Harald V yang pernah bertanyakan soalan kepada Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in bilakah BTS akan datang ke negara mereka sebagai mewakili BTS Army dari Norway.
Artikel kemudian turut dikongsikan di laman Facebook mereka dan nyata menarik perhatian ramai antaranya netizen dari Malaysia.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202101/14/160451b2p8b98bddj9mbp8.png


Ramai juga dari kalangan netizen luar yang dilihat bersetuju dengan pilihan Sultan Abdullah. Tidak kurang yang memberi pandangan dan menyatakan apa sahaja pilihan baginda, kedua-dua kumpulan memang bukan calang-calang.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202101/14/160604lhq3lg5zwvs5tvmg.png


Posting tersebut setakat ini sudah mendapat 5000 reaksi dengan majoritinya adalah tanda suka dan tanda ‘hati’.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202101/14/160704yg2xtetulgtltoje.png


https://www.facebook.com/koreaboo/posts/10159687760141412


Namun apa pun yang paling menarik pada kami adalah liputan itu sendiri oleh media korea! Terbaiklah! Daulat Tuanku!




SOURCE: REMAJA





SalenaGomez Publish time 14-1-2021 05:18 PM

Aigoooooo...reporter pon bagi jawapan 2 choices tu je...

umbut Publish time 14-1-2021 05:31 PM

Yelah.. xkan pilih blackpink lak.. nanti mulalah netz acah ustazah bagi tazkirah... seksi dosa bagai... pilihan selamat... bts:lol:

beta_carotene Publish time 14-1-2021 06:55 PM

Batakkkkkk

hanakikan Publish time 14-1-2021 08:36 PM

Hok alohhhh.

missinpiece Publish time 14-1-2021 11:21 PM

Tu la. Bila pilih Blackpink memacam pulak kluar speku nanti. Xde keje sungguh

gigahertz Publish time 14-1-2021 11:37 PM

missinpiece: Tu la. Bila pilih Blackpink memacam pulak kluar speku nanti. Xde keje sungguh
Kalau pilih blackpink nanti tanya lagi mana yang cantik.kalau jawab jennie tanya lagi tang mana anggota cantik.

nadie90 Publish time 16-1-2021 11:19 PM

Edited by nadie90 at 16-1-2021 03:26 PM

Koreaboo tu rasanya setiap masa akan post apa saja yg berkaitan dgn BTS dgn Blackpink....bila depa post psl pilihan Agong utk both groups ni mcm nk pastikan ada cerita dr BTS dgn Blackpink...bg sy bnd tu biasa ja:P

sarah_ary2 Publish time 20-1-2021 02:48 PM

Gitu :lol:
Pages: [1]
View full version: Portal Korea Buat Liputan Tentang YDP Agong Pilih BTS atau Blackpink


ADVERTISEMENT