Aking Publish time 14-1-2021 12:05 PM

JAIS Sahkan Siasat Sajat Bawah Seksyen Persenda Agama

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cHOoS.img?h=700&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f&x=414&y=170

FMT

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Seksyen itu berkenaan kesalahan menghina, mempersenda, atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Pengesahan ini selepas Nur Sajat dalam satu kenyataan video semalam menceritakan tentang insiden melibatkan dirinya dan penguatkuasa JAIS baru-baru ini.

Pihak berkuasa agama itu berkata Sajat disiasat selepas menerima beberapa aduan mengenai perlakuannya pada 2018 dan 2020.

Berhubung insiden dengan penguatkuasa itu, JAIS memaklumkan Sajat telah membuat laporan polis berkaitan perkara tersebut.

“Pegawai penguatkuasa JAIS yang berkenaan juga telah dipanggil bagi memberikan keterangan mengenai laporan yang dibuat,” katanya.
Pages: [1]
View full version: JAIS Sahkan Siasat Sajat Bawah Seksyen Persenda Agama


ADVERTISEMENT