CARI-HBZ Publish time 13-1-2021 06:12 PM

Tahukah Anda? Makan Dua Burger Lebih Baik Daripada Burger Dan Fries

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202101/13/174329v18y3hazjjvvjun5.jpgKredit : shutterstock.com



Nak kurangkan rasa kesal atau bersalah melantak di restoran makanan segara?


Bagi peminat burger, pakar pemakanan dan diet, Emily Field menasihatkan untuk makan dua biji burger berbanding makan burger bersama dengan hidangan sampingan favorite semua orang, french fries ataupun kentang goreng.


Makan dua burger akan meningkatkan pengambilan protein sebanyak empat kali ganda, sekali gus mengurangkan pengambilan kalori dan membolehkan perut anda kenyang dengan lebih lama.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202101/13/174428r4766z7g4o99euuk.jpg




Sebagai contoh, burger McDonalds memiliki 250 kalori dan 13 gram (g) protein, manakala pesanan fries bersaiz sederhana mempunyai 337 kalori dan 3.3g protein.


Kalau makan fries, ia hanya menambahkan jumlah kalori kerana mengandungi karbohidrat yang tinggi, dan ada kaitan dengan kenaikan berat badan.


Burger mempunyai 31g karbohidrat, manakala kentang goreng 42g.


Tambah Field, banyak kajian yang menunjukkan kita mengambil banyak makanan yang mengandungi lemak tepu yang merupakan punca arteri tersumbat.


Fries mengandungi lebih banyak lemak tepu, iaitu 3g berbanding 1.5g untuk burger.


Tetapi jangan acah-acah anda sihat pula dengan mengikuti nasihat ini. Makanan segera bukan pilihan yang sihat, ini hanya nasihat untuk mengurangkan ancaman kepada kesihatan kita.








Sumber: Daily Mail

RatuDunia94 Publish time 13-1-2021 08:30 PM

Ayat nk sedapkan hati je ni.. kalau jenis melantak tak ingat makan mana2 pun ttp x sihat..

Itzy Publish time 14-1-2021 12:59 AM

Orang putih makan takpe la, memang makanan ruji mereka. Aku ni perut melayu orang asia, setakat makan burger ni memang tak kenyang, nasi juga pujaan hati ku!

dubuk Publish time 14-1-2021 07:13 AM

burger yang dibelanja orang lebih baik..

Redmyvi Publish time 14-1-2021 08:29 AM

Fries mcd tak sedap.. baik fries kfc lg..

ienna2403 Publish time 21-1-2021 11:57 AM

so kena makan 2 burger lepas ni..

Lengkong Publish time 21-1-2021 09:22 PM

Baca ni rasa teringin nak makan burger mcd

Chimicuri Publish time 18-3-2021 10:22 PM

Mkn dua burger inti jer.. bun pun elakkan.
Pages: [1]
View full version: Tahukah Anda? Makan Dua Burger Lebih Baik Daripada Burger Dan Fries


ADVERTISEMENT