Yuna_Ling Publish time 13-1-2021 05:16 PM

Adakah perkhidmatan pelanggan di kedai & restoran penting?

❝Kenapa pelanggan I dah tak datang kedai I?❞

Pernah tak terfikir perkara macam ni?

Dalam kegawatan ekonomi, banyak cabaran yang peniaga terpaksa hadapi untuk membina perniagaan dengan lebih baik atau sekurang-kurangnya bertahan dengan jualan yang ada.

Ada masanya, dengan perkhidmatan pelanggan yang terbaik akan bantu peniaga untuk terus menarik pelanggan atau sekurang-kurangnya mengekalkan pelanggan yang sedia ada.

Kami nak bantu anda terus berniaga dengan baik di samping menjadi peniaga ‘favourite’ di dalam industri anda. Berikut kami kongsikan 5 Tips Perkhidmatan Pelanggan Yang Terbaik.



Ramai pelanggan tak mementingkan penampilan. Walaupun anda berniaga di restoran dan penat memasak anda masih perlu menjaga penampilan.
Ada 3 jenis penampilan yang anda perlu ambil kira:

[*]Penampilan diri peniaga – Bersih, ceria, sentiasa tersenyum, positif


[*]Penampilan kedai – Berikan pengalaman terbaik dari segi bau, cahaya dan persekitaran


[*]Penampilan kakitangan – Menghormati dan membantu pelanggan, bersih, ceria, prihatin dan ramah mesra.


Pernah tak anda tak pergi ke sesuatu kedai kerana kedai tersebut kotor? Jika anda pun macam tu, sama juga dengan pelanggan anda. Pastikan penampilan luaran anda, kedai dan kakitangan anda sentiasa dalam keadaan terbaik.
Sikap Sabar Dan MembantuTak kira apa sahaja jenis perniagaan anda perlu menunjukkan sikap yang terbaik. Kadang-kadang peniaga atau kakitangan kurang sabar dengan kerenah pelanggan yang macam-macam.
Cuba tanamkan sikap ingin membantu pelanggan. Ramai pelanggan sebenarnya tidak tahu apa yang mereka mahu dan juga tak tahu banyak perkara.
Jadi, peniaga yang ada sikap yang baik akan sentiasa sabar dalam menasihati dan ‘educate’ pelanggan. Sabar, prihatin, keinginan hendak membantu dan senyum merupakan dua sikap yang penting yang perlu ada dalam diri peniaga.

ShanSunshine Publish time 13-1-2021 09:22 PM

MEmanglah penting

c===8 Publish time 14-1-2021 11:21 AM

pada saya....

1.sedap & rasa berbaloi
2.pastikan 1st come 1st serve, tak kira la sedara mara tokey dtg kendian mknan tetap dpt kendian
3. jgn kemut tisu, jenuh nak tisu kena gi cashier
4.kucing...ramai tak selesa tgh mkn kucing panjat2 kaki

lattehazelnut Publish time 15-1-2021 04:59 AM

time pkp org lg prefer order online..

CitySity Publish time 15-1-2021 11:15 AM

c===8 replied at 14-1-2021 11:21 AM
pada saya....

1.sedap & rasa berbaloi


1-4 Setuju!

CitySity Publish time 15-1-2021 11:16 AM

lattehazelnut replied at 15-1-2021 04:59 AM
time pkp org lg prefer order online..

Berbaloikah membayar Grab RM5? Maksud iols kalau order untuk diri sendiri je....1 org

c===8 Publish time 15-1-2021 11:30 AM

CitySity replied at 15-1-2021 11:16 AM
Berbaloikah membayar Grab RM5? Maksud iols kalau order untuk diri sendiri je....1 org

berbaloi kalau u kira kos petrol,mekap,deodoran,perfume,masa u gunakan utk pergi balik beli makanan

CitySity Publish time 15-1-2021 12:52 PM

c===8 replied at 15-1-2021 11:30 AM
berbaloi kalau u kira kos petrol,mekap,deodoran,perfume,masa u gunakan utk pergi balik beli makana ...

Betul juga. Tetapi peruk, magkuk, cawan etc.... yg digunakan untuk to go tu nampak tak menarik lah:( nake makan pun tak berselera

lil_honey Publish time 15-1-2021 02:01 PM

c===8 replied at 14-1-2021 11:21 AM
pada saya....

1.sedap & rasa berbaloi


tisu kena tiga helai,
tisu lap mulut
tisu lap tangan
tisu lap meja and utensils :lol:

lil_honey Publish time 15-1-2021 02:02 PM

CitySity replied at 15-1-2021 11:16 AM
Berbaloikah membayar Grab RM5? Maksud iols kalau order untuk diri sendiri je....1 org

kalau no choice, memang berbaloi.
tapi byk nye rasa tak berbaloi..

order nasi tiga budak gemuk 14 ringgit. + delivery 5
nasi and ayam sahaja RM 19+/-..


lil_honey Publish time 15-1-2021 02:05 PM

untuk orang yang always on errand memang penting.

paling penting, servis tip top. cepat.
rasa tu kekadang boleh bagi consideration lagi.
kalau tak sedap langsung baru complaint.

lil_honey Publish time 15-1-2021 02:06 PM

sabar orang lapar jgn dibuat main :lol:

c===8 Publish time 15-1-2021 02:07 PM

lil_honey replied at 15-1-2021 02:02 PM
kalau no choice, memang berbaloi.
tapi byk nye rasa tak berbaloi..



penah try sekali, takleh masuk pasal pedas nakmati

CitySity Publish time 15-1-2021 02:48 PM

lil_honey replied at 15-1-2021 02:02 PM
kalau no choice, memang berbaloi.
tapi byk nye rasa tak berbaloi..



Nasi untuk 3 org budak baru RM14+RM5? Berbaloi ni!! Tak mahal

CitySity Publish time 15-1-2021 02:49 PM

lil_honey replied at 15-1-2021 02:05 PM
untuk orang yang always on errand memang penting.

paling penting, servis tip top. cepat.


iols tidak boleh terima jika sikap pekerja tu tak friendly.

c===8 Publish time 15-1-2021 03:06 PM

CitySity replied at 15-1-2021 02:48 PM
Nasi untuk 3 org budak baru RM14+RM5? Berbaloi ni!! Tak mahal

nama kedai tu 3 budak gemok

CitySity Publish time 15-1-2021 03:21 PM

c===8 replied at 15-1-2021 03:06 PM
nama kedai tu 3 budak gemok

HAhaha.. i see

lil_honey Publish time 15-1-2021 05:50 PM

CitySity replied at 15-1-2021 02:48 PM
Nasi untuk 3 org budak baru RM14+RM5? Berbaloi ni!! Tak mahal

ehhh..bukaaann
nasi tu nama dia tiga budak gemuk.
satu hidangan rm 14..tambah delivery 5..
RM 19 utk satu nasi sahaja..:L

lil_honey Publish time 15-1-2021 05:50 PM

c===8 replied at 15-1-2021 02:07 PM
penah try sekali, takleh masuk pasal pedas nakmati

jgn la makan sambal dia tu. makan tanpa sambal.
tapi daging masak kicap dia sedap la.

AceHand Publish time 16-1-2021 02:46 AM

Errr...

[AceHand SPECTaceLAR]

Kalau cukop semer ciri tu pong takde makna kalau harga mahal dan tak sedap...


Jizzz... Klong! Klong!

Pages: [1] 2
View full version: Adakah perkhidmatan pelanggan di kedai & restoran penting?


ADVERTISEMENT