Aking Publish time 13-1-2021 04:59 PM

Telefon Snapdragon 888 Pertama Kini Dalam Pengkalan Data SIRIM

SoyaCincau

Hanif Azrai

Kalau dah ada dalam pengkalan data Sirim, and aboleh jangkakan yang ia bakal menemui anda tak lam lagi. Kami telah temui entri Xiaomi Mi 11 yang mendukung kod M2011K2G. Pensijilan telefon itu telahpun lulus pada 5 Januari 2021.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cxOTC.img?h=346&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f

Sebagai rujukan, Xiaomi Mi 11 dilancarkan di peringkat global pada 28 DIsember 2020 yang lalu.

Xiaomi ialah telefon Snapdragon 888 pertama dunia dan mungkin yang pertama di Malaysia. Tidaklah diketahui konfigurasi RAM dan storan manakah yang akan tiba, tapi telefon ini ada konfigurasi tertinggi RAM 12GB dan storan 256GB.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cxSp3.img?h=1119&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f

Bahagian mukanya ada paparan 6.81” menggunakan panel AMOLED pada refresh rate 120Hz. Ia miliki resolusi QHD, untuk jadikannya yang pertama seumpamanya dalam keluarganya.

Di jabatan pengimejan, kamera belakang Mi 11 ada 3 buah semuanya. Kamera utamanya 108MP manakala kamera ultralebarnya 13MP. Kamera terakhir adalah yang ada lensa makro. Telefon ini tiada lensa telefoto. Berkemungkinan besar ia tetap ada zum jenis lossless kerana sesor utamanya 108MP punya cukup piksel untuk lakukan sedemikian.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cxXfG.img?h=630&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f

Gambar selfie diambil menggunakan kamera 20MP.

Menguasakan segala kelengkapan elektronik telefon ini adalah sekeping berkapasiti 4,600mAh dengan pengecasan pantas 55W.
Pages: [1]
View full version: Telefon Snapdragon 888 Pertama Kini Dalam Pengkalan Data SIRIM


ADVERTISEMENT