Aking Publish time 13-1-2021 04:20 PM

Tunku Azizah Gesek Biola Dr Siti Hasmah

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cD7qT.img?h=696&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f&x=440&y=150
Tunku Azizah bergurau dan sempat bermain biola Dr Siti Hasmah ketika melawat isteri bekas Perdana Menteri, hari ini.

Harian Metro

Suzalina Halid
suzalina@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Gelagat Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bergurau senda dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menerusi dua rakaman video yang dikongsi dalam akaun Instagram ternyata mencuit hati netizen.

Dalam video terbabit, Raja Permaisuri Agong dilihat menggesek biola milik Dr Siti Hasmah sambil mengakui ia kali pertama baginda memegang alat muzik berkenaan.

"Pertama kali dalam hidup saya pegang biola...esok nak pergi beli biola dan belajar dari Tun Hasmah, " katanya dalam akaun Instagram airtangan_tunkuazizah's.

https://www.instagram.com/airtangan_tunkuazizah/?utm_source=ig_embed

Dalam video berkenaan, Tunku Azizah turut bertanya dengan Dr Siti Hasmah adakah baginda pandai mengalunkan biola itu sambil disambut dengan tepukan isteri bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu, dalam hantaran di Instagramnya, baginda menyatakan hasrat untuk mempelajari biola dengan Dr Siti Hasmah ketika berkunjung ke rumah isteri bekas Perdana Menteri itu, di The Mines, Seri Kembangan, siang tadi.

Melalui hantaran video dan gambar di akaun Instagram, Raja Permaisuri Agong menyatakan baginda sebelum itu bermain golf di The Mines dan kemudian bercadang membuat kejutan untuk melawat Dr Siti Hasmah.

Dalam video kedua, Tunku Azizah meluahkan hasratnya untuk belajar menggesek biola dengan Dr Siti Hasmah yang kemudian bersetuju memenuhi permintaan itu.

Hantaran itu mencuit hati pengikut Instagramnya yang menyifatkan terhibur dengan aksi Raja Permaisuri Agong.

Selain kepakarannya dalam bidang perubatan, Dr Siti Hasmah turut dikenali dengan kebolehannya bermain alat muzik iaitu piano dan biola sendiri.

ehehnurza018 Publish time 13-1-2021 04:35 PM

RPA ini makcik sana nun kan. Tapi tgk okay okay je kan dgn fam ini :) Suka RPA

AbukRokok Publish time 13-1-2021 09:32 PM

video viral sbeleum pkp darurat.... simpan je la andaian nakal

Morris5281 Publish time 23-1-2021 06:35 PM

Edited by Morris5281 at 25-1-2021 07:56 PM

One of the symptoms of Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah amusement joked with Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menerusi two video footage .


myPennMedicine Login

Zeatyisaac Publish time 25-1-2021 07:58 PM

Walaupun baginda permaisuri agong, baginda tetap melayani Dr. Situ Hasmah seperti mak je. Sangat baik dan sopan. Highly respected.
Pages: [1]
View full version: Tunku Azizah Gesek Biola Dr Siti Hasmah


ADVERTISEMENT