Aking Publish time 13-1-2021 03:08 PM

Teaser Black Shark 4 Dedahkan Pengecasan 120W, Cuba Anda Teka Kepantasan Untuk M

SoyaCincau

Hanif Azrai

Satu teaser tentang Black Shark 4 ditemui dalam laut Weibo. Daripadanya, ada tiga perkara boleh diekstrak yang ada kaitan dengan spesifikasi yang bakal dipersembahkan olehnya.

Maklumat yang pertama adalah tentang pengecasan pantas 120W yang bakal jadi yang pertama boleh dibeli pengguna sekiranya ia dilancarkan kelak. Pengecasan pantas melebihi 100W bukanlah benda baru, cumanya sehingga kini masih belum ada telefon yang mendukungnya.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cDyc6.img?h=560&w=420&m=6&q=60&o=f&l=f

Kemudian, bateri yang terkandung dalam kantung tenaganya 4,500mAh. Sebagai perbandingan, Black Shark 3S dan Black Shark 3 Pro, mereka ada bateri 5,000mAh dan 4,720mAh.

Bateri yang lebih kecil beserta pengecasan pantas menyebabkan ia boleh diisi penuh sepantas 15 minit sahaja menurut teaser yang serupa.

Anda juga boleh jangkakan SoC yang bakal diguna pakai pada telefon ini ialah Snapdragon 888.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cDDV3.img?h=1119&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Black Shark 3S

Di Malaysia, dua model terbaru Black Shark yang boleh anda beli secara rasmi adalah Black Shark 3S dan Black Shark 3 Pro. Mereka diperkasa Snapdragon 865 dengan RAM dan storan sehingga 12GB dan 256GB.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cDrit.img?h=1119&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Black Shark 3 Pro

Beza versi Pro dengan bukan Pro adalah pada kehadiran shoulder button fizikal yang akan timbul secara automatik bila anda lancarkan permainan. Black Shark 3 Pro juga ada paparan lebih tinggi resolusi serta bateri lebih besar.

Kalau tak sabar nak tunggu Black Shark 4, Black Shark 3 dijual pada harga seperti berikut:


[*]Black Shark 3S (12+128) – RM3,199
[*]Black Shark 3S (12+256) – RM3,499
[*]Black Shark 3 Pro (8+128) – RM3,999
[*]Black Shark 3 Pro (12+256) – RM4,199

Pages: [1]
View full version: Teaser Black Shark 4 Dedahkan Pengecasan 120W, Cuba Anda Teka Kepantasan Untuk M


ADVERTISEMENT