Aking Publish time 13-1-2021 01:32 PM

Galaxy A32 Miliki Kemasan Telefon Samsung Tercantik Setakat Tahun 2021

SoyaCincau

Hanif Azrai

Biasanya untuk telefon pintar, bahagian modul kamera belakangnya sudah tentu nampak terpisah daripada badan. Contohnya Galaxy S21 yang bakal tiba nanti, cuba anda tengok bahagian modulnya, nampak pelik.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cE6Ao.img?h=630&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f

Tapi, Galaxy A32 5G yang bakal dilancarkan Samsung ini miliki kemasan belakang nyata lebih kemas.

Yang tertimbul cuma apa yang perlu sahaja manakala yang tak perlu, kekal rata.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cEaA6.img?h=1102&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f

Cukup tentang bahagian belakang. Spesifikasi Samsung A32 5G saya anggap berada dalam kelas pertengahan sebaris dengan Galaxy A42 5G yang dilancarkan mereka dalam bulan November 2020 lalu.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cE6AD.img?h=644&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f

Bezanya ialah A32 5G menggunakan cipset Mediatek manakala A42 Snapdragon. Dalam telefon ini, Samsung menggunakan Dimensity 720 yang sokong rangkaian sub-6Ghz.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cE23w.img?h=672&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f

Ada beberapa maklumat terperinci masih tiada seperti RAM dan storan. Tapi anda boleh jangkakan sekurang-kurangnya 4GB RAM dan 128GB storan.Di bahagian muka A32 5G ada panel LCD sebesar 6.5” pada resolusi HD+.

Berbalik semula ke bahagian kamera, ia diperkasa kombinasi trikamera belakang 48MP. Dua baki kamera lain dijangkakan kamera ultralebar dan mikro.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cDZcJ.img?h=1098&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f

Kepingan puzzle terakhir adalah harganya. Untuk itu, anda perlu tunggu hari pelancarannya. Tapi untuk perspektif, Galaxy A42 5G yang sedang dijual di Malaysia ini boleh didapati pada harga RM1,599.

Makanya, anda boleh jangkakan ia sekitar harga tersebut, malah saya yakin ia akan lebih murah.
Pages: [1]
View full version: Galaxy A32 Miliki Kemasan Telefon Samsung Tercantik Setakat Tahun 2021


ADVERTISEMENT