Aking Publish time 13-1-2021 11:24 AM

Sony Nak Cabar DJI Dalam Dunia Drone Dengan Airpeak

SoyaCincau

Hanif Azrai

o_XWbHuwsfw

Teaser projek drone Sony, Airpeak, telah dikongsikan mereka dalam bulan November 2020 tempoh hari. Kalau anda ternanti-nantikan apakah yang sedang dibangunkan Sony, semuanya terjawab di CES 2021 apabila Sony mendedahkan apakah rupa sebenar produk yang dibangunkan bawah projek Airpeak.

Airpeak adalah sebuah drone dan ia menandakan secara rasmi penglibatan Sony dalam arena drone. Ia bukanlah sebarang drone kerana menurut Sony, quadcopter ini ialah yang terkecil mampu mengangkut kamera siri kamera Alpha mereka.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cFB2g.img?h=630&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f

Fizikaliti dan nampak, yang masih belum ada ialah spesifikasi teknikal kerana ia tidak pula dikongsikan pengeluarnya.

Yang boleh diekstrak daripada video Sony kongsikan tentang Airpeak adalah drone ini miliki kaki yang boleh dilipat keatas supaya tidak menganggu pemandangan kamera. Ia implementasi yang sama seperti DJI Inspire. Kemudian, ia ada kamera FPV kecil beserta dua sensor lain untuk navigasi dan tidak bergantung kepada kamera yang dibawanya.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cFNCK.img?h=630&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f

Kelihatan juga bateri gedabak yang disorong masuk daripada bahagian depan. Nampak seperti ada dua bateri sebelah menyebelah, mungkin untuk tujuan keselamatan.

Alat kawalannya berwarna hitam dan miliki taburan butang dan tuil seperti kebanyakkan drone jenama lain. Kemudian, ia esperti gunakan tablet iPad sebagai HUD.
Pages: [1]
View full version: Sony Nak Cabar DJI Dalam Dunia Drone Dengan Airpeak


ADVERTISEMENT