Aking Publish time 13-1-2021 07:50 AM

Ini 'Cara Halal' Untuk Dapatkan Booster LTE Menurut MCMC

SoyaCincau

Hanif Azrai

Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitmedia (SKMM) telah melaporkan bahawa terdapat peningkatan mendadak aduan berkaitan interferens isyarat komunikasi kesan penggunaan produk booster yang tidak sah. Mereka turut mengingatkan orang ramai supaya tida gunakan peralatan booster haram atau mereka boleh berdepan dengan denda sehingga RM500 ribu dan/atau penjara sehingga 5 tahun.

Kami telah menghubungi pihak MCMC untuk meminta penjelasan berkenaan booster LTE ini dan ini jawapan mereka.

Booster yang dijual tanpa pelekat MCMC adalah haram

Menurut SKMM, apa-apa kelegkapan memperkuat isyarat radio tanpa perakuan MCMC adalah salah di bawah Seksyen 239 Akta Komunikasi 1998. Sungguhpun begitu, peralatan yang ada perakuan MCMC pula, walaupun sah digunakan, perlulah mendapat perakuan pihak telco pula daripada segi Apparatus Assignment (AA) ataupun Spectrum Assignment (SA).

Sekiranya anda ingin dapatkan penguat isyarat, SKMM menyarankan anda untuk berhubung dengan telco masing-masing untuk mengelakkan penipuan.

Macam mana nak dapatkan booster yang halal?

Pengguna perlu memfailkan aduan kepada telco masing-masing tentang kualiti perkhidmatan yang rendah. Hal ini kerana, bukan semua isu kelajuan Internet mudah alih boleh diselesaikan menggunakan booster. Telco pula perlu menilai setiap aduan dan menyelesaiaknnya secepat mungkin.

SKMM juga menambah yang tiada paras siling harga diletakkan untuk produk booster. Malahan, ada telco yang menyediakannya secara percuma buat pengguna yang layak.

Apa jadi kalau telco tidak mahu menawarkan penyelesaian booster kepada anda?


Telco perlulah memperjelas kepada pelanggan mereka kenapa booster bukanlah penyelesaian kepada masalah pengguna. Pengguna pula boleh memfailkan aduan kepada SKMM melalui portal dalam talian. Pihak SKMM akan menyiasat dan menyelesaikan masalah pengguna bersama-sama telco.

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cGqKc.img?h=1123&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f

Bagaimana pula dengan antena luar yang tidak menggunakan booster?

SKMM sedia maklum tentang ada modem yang boleh disambungkan antena tambahan untuk mempertingkat penerimaa isyarat. Perkara tersebut tidak salah asalkan antenna tersebut diperakui SKMM bersama-sama modem tersebut.

Antena yang tidak diperkakukan boleh menyebabkan interferens kepada stesen pemancar yang berhampiran.

SKMM akan keluarkan notis untuk matikan booster

Pihak SKMM dalam usaha untuk membanteras penjualan peralatan booster haram. Sekiranya penjual tidak berpengkalan di Malaysia, SKMM akan berhubung dengan penyedia platform jualan untuk menurunkan iklan jualan di platform berkenaan.

Untuk pengguna booster haram pula, mereka akan menerima notis penutupan dalam masa 7 hari dan mereka perlu kemukakan bukti pembelian kepada SKMM untuk bantu pihaknya menjejak penjual peralatan haram.

Dunhill. Publish time 30-1-2021 08:39 PM

dulu aku pernah pakai booster tapi takde kesan pun, kenapa? last tersadai dlm stor je

aziz79 Publish time 12-2-2021 12:24 AM

Dunhill. replied at 30-1-2021 08:39 PM
dulu aku pernah pakai booster tapi takde kesan pun, kenapa? last tersadai dlm stor je

Booster ada banyak jenis.
Untuk cellular bergantung pada channel band yg support utk booster tu.
Contoh: yes4g guna channel band 38/40
Jadik cari booster yang support dua band tu.
Tapi kalau area ko mmg takde yes4g. Pakai booster apa pom tiada gunanya gitu

Dunhill. Publish time 18-3-2021 03:42 PM

aziz79 replied at 12-2-2021 12:24 AM
Booster ada banyak jenis.
Untuk cellular bergantung pada channel band yg support utk booster tu.
...

U Mobile, selalu Band 3 , beli band 3 tapi takde kesan... agaknya congested..

wajibalQuyub Publish time 19-3-2021 10:31 AM

bila dah ada pelekat, harga mencanak2

eddyann Publish time 7-8-2021 11:05 PM

booster LTE jenama lintratek antara yang bagus.

agongbaba Publish time 10-11-2021 09:10 PM

hurmmm harga still sama je ke kalau adanya booster ni??
sebab ye lah ade yg cakap harga akan naik...
adeh dah lah aku guna xpax je prepaid tu pun dah habis murah ni hahaha

jidan0000 Publish time 10-11-2021 09:46 PM

agongbaba replied at 10-11-2021 09:10 PM
hurmmm harga still sama je ke kalau adanya booster ni??
sebab ye lah ade yg cakap harga akan naik... ...
mesti naik harga tu sbb nak stable kan telco line, lpas tu line laju. auto naik tapi tu lah ok jugak tk de booster tapi line 4g stabil tu dah kira okay dah.
cuma tu lah skrg ni pun i guna telco internet beli yg mahal.. RM 88 sebulan.
tak larat lah

miaryy Publish time 10-11-2021 10:38 PM

Edited by miaryy at 10-11-2021 10:40 PM

tapii aku mcm clueless apa nak guna skrg nak guna telco apa sbb skrg mcm banyak sngt pilihan hahahah. kadang tu susah nak pilihh huhu kalau ikut rumah aku ni semua coverage pun ok

sugitalee Publish time 10-11-2021 10:45 PM

miaryy replied at 10-11-2021 10:38 PM
tapii aku mcm clueless apa nak guna skrg nak guna telco apa sbb skrg mcm banyak sngt pilihan hahahah ...

haah weh skrg ni aku pun tgh nak cari telco yg best. lagi2 dh nk masuk campus ni, nak la aku guna internet laju2 sikit kan, mna tau ada masa free tu boleh aku main game hehehe


mappleaplle111 Publish time 11-11-2021 05:04 PM

jidan0000 replied at 10-11-2021 09:46 PM
mesti naik harga tu sbb nak stable kan telco line, lpas tu line laju. auto naik tapi tu lah ok juga ...

mahalnya smpai RM 88 sebulan pakai broadband ke?
kalau broadband tu kira agak lah mahal juga tu.
saya guna unlimited internet prepaid je weh jimat lepas tu harga rm 38 je sebulan.

mappleaplle111 Publish time 11-11-2021 05:07 PM

sugitalee replied at 10-11-2021 10:45 PM
haah weh skrg ni aku pun tgh nak cari telco yg best. lagi2 dh nk masuk campus ni, nak la aku guna...

awk student dok asrama ke macam mana?
sebab saya pun ade adik student yg dok asrama tapi asrama dia kat puncak alam sana.
jadi masalah coverage tu tk jadi masalah lah sebab tempat mnak membangunkan..
dia main games, buat assignment semua pakai hotspot data je dari phone dia

sugitalee Publish time 11-11-2021 10:25 PM

mappleaplle111 replied at 11-11-2021 05:07 PM
awk student dok asrama ke macam mana?
sebab saya pun ade adik student yg dok asrama tapi asrama di ...

sy mara kat melaka.
laa yeke? dia guna telco apa eh? sbb sy pun kadang tu study malas nak pergi library or lab untuk wifi. yela kena bersiap la apa kan, kalu ada data sndiri tu mmg duduk terperap je dalam bilik hihi


miaryy Publish time 11-11-2021 10:30 PM

sugitalee replied at 10-11-2021 10:45 PM
haah weh skrg ni aku pun tgh nak cari telco yg best. lagi2 dh nk masuk campus ni, nak la aku guna...

kann sbb bukan apa, kadang tu kita bayar mahal2 au lpstu dpt internet x sbrp mmg kecewa laa. sakit hati pun ada, padahal kadang tu nak reply ws je tapi ambik masa nya smpi 10 minit nak balas satu chat jee. tu yg geram

maduhoney Publish time 12-11-2021 09:40 PM

sugitalee replied at 11-11-2021 10:25 PM
sy mara kat melaka.
laa yeke? dia guna telco apa eh? sbb sy pun kadang tu study malas nak pergi li ...

sama lah student jugak tp tu lah kan harapkan wifi kat cafe kolej utk wifi, nak buat assignment malam2
tk kan lah nak pegi turun bawah, menapak jauh kan lagipun seramm lah hahahaha
dapat yg boleh hotspot laju pun jadi lah

evonvon44 Publish time 12-11-2021 10:47 PM

miaryy replied at 11-11-2021 10:30 PM
kann sbb bukan apa, kadang tu kita bayar mahal2 au lpstu dpt internet x sbrp mmg kecewa laa. sakit ...

ye lh tu betul! skrang nak pakai wifi mmg boleh tp macam rugi jgak sbbnya line hp x de internet..
nak contact org guna whatsapp free internet pun basic sampai tk sampai je wehhh!
mmg pakai wifi dah tk berbaloi.. kalau family ke rumah bujang ke ok lah kot boleh tongtong byar

luluhuhu Publish time 13-11-2021 09:43 PM

miaryy replied at 11-11-2021 10:30 PM
kann sbb bukan apa, kadang tu kita bayar mahal2 au lpstu dpt internet x sbrp mmg kecewa laa. sakit ...

aku setuju wehh sbb aku student pun ada tanggungan lain kan, kalau beli topap setiap minggu x berbaloi plak even keluar 10rm je sbb mana cukup nak tahan setiap minggu. dengan internet nya ciput cmtu haihhh

miaryy Publish time 13-11-2021 09:45 PM

evonvon44 replied at 12-11-2021 10:47 PM
ye lh tu betul! skrang nak pakai wifi mmg boleh tp macam rugi jgak sbbnya line hp x de internet..
...

Kan??? kalau aku pasang wifi dah siapa plak nak bayar sbb kat rumah jarang ada org, parents pun tak pakai wifi sbb x guna phone sngt. beli topap plak tak berbaloi mcm mana aku nak survive weh internet tak bagus huhuh

miaryy Publish time 13-11-2021 09:46 PM

luluhuhu replied at 13-11-2021 09:43 PM
aku setuju wehh sbb aku student pun ada tanggungan lain kan, kalau beli topap setiap minggu x berb ...

mmg punn aku ada jugk kadang survey mcm ada pakej pakej dri telco tu pun ok jugak cuma mcm aku x reti nak pilih sbb kadang yg tu dah bagus, tmpt pulak coverage tak bagus mmg rasa geram dohh

sugitalee Publish time 13-11-2021 09:52 PM

maduhoney replied at 12-11-2021 09:40 PM
sama lah student jugak tp tu lah kan harapkan wifi kat cafe kolej utk wifi, nak buat assignment ma ...

setuju sngtt. kita ni kadang nak buat kerja lewat malam kan, xkan stiap masa nak kena bergantung dkt kolej punya wifi je kan.. nak gk yg best untuk student


Pages: [1] 2
View full version: Ini 'Cara Halal' Untuk Dapatkan Booster LTE Menurut MCMC