CARI-HBZ Publish time 11-1-2021 01:24 PM

"Makhluk Buas" Sungai Pahang Buat Perjanjian Dengan Pawang Kader





https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202101/11/132309fe7bmejmeqxj49h4.pngGambar sekadar hiasan



TIDAK jauh dari deretan pokok nipah di satu lokasi di Sungai Pahang dekat Pekan, kelihatan satu lubuk digemari pemburu udang galah jenggo.


Udang galah jantan itu daripada spesies Macrobrachium rosenbergii terkenal dengan sepit berwarna biru. Saiz tubuhnya boleh mencecah sehingga 35 sentimeter panjang dan mempunyai tekstur daging agak liat jika saiz terlalu besar.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202101/11/132248gga5gvbj3ozp22oe.png
SEORANG nelayan tempatan melakukan persiapan untuk menangkap udang galah di sebuah lubuk di Sungai Pahang dekat Pekan.





Seorang pemancing, Azman mencelup tangannya ke dalam sungai di lubuk itu. Dirasakan suhu airnya sedikit suam menandakan adanya udang galah keluar mencari makanan.


Jika air sejuk, ia petanda udang galah lebih gemar bersembunyi dalam lubang tanah di dasar sungai dan tidak keluar mencari makanan.


Melihat reaksi positif Azman selepas menguji suhu air sungai, rakannya, Faizal bersiap sedia memburu jenggo. Belum sempat melempar umpan pancing ke dasar lubuk, Faizal terlihat satu objek besar yang bergerak perlahan di permukaan air.


Objek itu memiliki bebola mata besar, kulit menggerutu dan susunan gigi tajam sangat mengerikan.


Wajah Faizal bertukar pucat, lidahnya kelu. Dia segera menepuk bahu Azman. Jari telunjuknya dihalakan ke arah objek tersebut yang berenang sangat perlahan pada jarak kira-kira 15 meter dari bot dinaiki mereka.


“Shhh… jangan sebut apa-apa. Duduk diam-diam. Biarkan dia,” kata jurumudi bot yang hanya dikenali sebagai Pok Mat dengan suara seakan berbisik kepada kedua-dua pemuda lewat 20-an itu.


Cahaya matahari yang terik pagi itu mungkin dirasakan seram sejuk oleh kedua-dua pemuda berkenaan sejurus melihat objek tersebut. Daripada riak wajah Faizal dan Azman yang kelihatan pucat seperti mayat, Pok Mat tahu mereka sedang ketakutan.


Nelayan tempatan berusia lewat 60-an itu hanya menyuruh kedua-dua pemuda tersebut tidak bergerak sambil menunggu objek itu berlalu pergi meninggalkan kawasan lubuk.


“Saya minta mereka bertenang sebelum kami mula memancing dan dapat banyak udang galah di lubuk itu. Kata orang, kalau ada banyak sangat udang galah di lubuk, mungkin sekali ada buaya yang menyelam di dasar sungai. Ia kerana, udang galah juga disebut dengan nama ‘kutu buaya’.


“Buaya di Sungai Pahang tidak baham orang. Ada kisah lama di sebalik mengapa buaya-buaya ini tidak ganggu manusia cari rezeki di sungai,” kata Pok Mat memulakan cerita tradisi lisan penduduk Pahang.



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202101/11/131949if6g7qxfyg4yfx66.png


Menurut Pok Mat, buaya-buaya di Sungai Pahang sudah tidak lagi membaham manusia disebabkan terikat ‘perjanjian’ dengan seorang pawang terkenal di negeri itu, Pawang Kader atau nama sebenarnya Abdul Kader Awang sekitar tahun 1930-an.


“Diceritakan, seekor buaya besar pernah membaham lelaki Orang Asli di daerah Pekan pada satu masa dahulu (1930-an). Lelaki itu cedera parah tetapi berjaya menyelamatkan diri. Berita itu sampai ke telinga Pawang Kader,” katanya.


Ujar Pok Mat lagi, Pawang Kader yang meninggal dunia pada lewat 1980-an itu memiliki ilmu mistik termasuk pandai mengubati gangguan makhluk halus serta berkebolehan menjinakkan haiwan berbisa dan juga pemangsa seperti buaya.


“Setelah menerima khabar daripada penduduk, Pawang Kader segera bertemu lelaki Orang Asli itu. Pawang Kader bukan sahaja membantu mengubatinya, tetapi turut bertanya mengenai ciri-ciri buaya yang menyerangnya,” kata Pok Mat.


Pawang Kader dikatakan pergi ke tepi sungai yang menjadi lokasi lelaki itu diserang. Sambil disaksikan orang kampung, Pawang Kader menyeru buaya berkenaan supaya tampil bersemuka dengannya.


“Beberapa minit selepas membacakan ayat (al-Quran), buaya itu pun timbul. Dikatakan, Pawang Kader hukum buaya itu. Tidak pasti jenis hukumannya. Buaya itu mengalah dan diminta mengikat satu perjanjian.


“Dalam perjanjian (lisan), buaya itu serta seluruh keturunannya tidak dibenarkan membaham manusia. Untuk keadilan dalam perjanjian itu juga, manusia tidak akan membunuh buaya di negeri ini,” tambahnya.


Bagaimanapun, Pok Mat menambah, langkah berhati-hati perlu diutamakan ketika berada di habitat haiwan pemangsa itu.


Ia kerana sifat semula jadi reptilia tersebut yang lazimnya akan bertindak ganas di luar jangkaan apabila berasa terancam disebabkan oleh kehadiran manusia.







Sumber : Kosmo

Normabaru Publish time 11-1-2021 01:29 PM

Patutla banjir2 pon rilek je xde kes boye makan org..

Sabah swak dlu lupa panggil pawang ni kot..;P

rastaf Publish time 11-1-2021 01:34 PM

Normabaru replied at 11-1-2021 01:29 PM
Patutla banjir2 pon rilek je xde kes boye makan org..

Sabah swak dlu lupa panggil pawang ni kot. ...


hak ah baru terfikir.tak risau ke dorang main banjir buaya mesti dah keluar merata tempat





bakingsoda Publish time 11-1-2021 01:51 PM

cuba lempar pokmat kat buaya area situ utk mengesahkan cerita ittew:$

Belibis Publish time 11-1-2021 03:19 PM

Mastika versi porum..{:run

saviour_09 Publish time 11-1-2021 03:28 PM

p

kami org pahang dgn ini mengesahkan cerita ini beneerrr :lol:

tp bener ke tidak boye di pahang tak kacau org, wallahualam

org2 sg isap relax je main banjir 3,4 hari lepas

parit sebelah tu boye perati jeeee malas ambik port

CiliPadiSedap Publish time 11-1-2021 03:39 PM

jawapan yang betul buaya sungai pahang diet keto vegeterian.

mamajawie Publish time 11-1-2021 04:12 PM

Normabaru replied at 11-1-2021 01:29 PM
Patutla banjir2 pon rilek je xde kes boye makan org..

Sabah swak dlu lupa panggil pawang ni kot. ...

rasa xsilap sarawak da meterai perjanjian ngan boye dulu cuma ada yg melanggar syarat..xingat la kaka norm tapi mcm pnah baca

KIM.K Publish time 11-1-2021 04:16 PM

Belibis replied at 11-1-2021 03:19 PM
Mastika versi porum..{:run

Haku baru nak komen..sapa penulis artikel ni..pernah keje dengan Mastika koh

KIM.K Publish time 11-1-2021 04:20 PM

Sib baik tak kena tokak buaya zaman bodoh berdengung dulu

HappyGumbira Publish time 11-1-2021 10:12 PM

aku selalu warga kg sebelah kg pawang kader juga mengesahkan cerita ini dan bnyk lagi cerita mistik pawang kader yang di ceritakan mak n pakcik aku yg sempat dgn pawang kader. yg pasti pawang kader sgt taat n kuat beribadatpada Allah, sangat penyabar yg luarbiasa, sangat berbakti n mjaga kebajikan masyarakat setempat

lavendernovella Publish time 12-1-2021 12:10 AM

Hebatnya orang zaman dahulu.

nanies Publish time 12-1-2021 10:11 AM

cer suh pok mat tu mandi manda kat sana sambil di kelilingi buaya. kot dia selamat, boleh la caya citer tu

Rob07 Publish time 13-1-2021 01:41 AM

boya sungai boleh lah jugak di pawang kan bagai, kalau boya darat,pawang segala pawang pun tak jalan bai

MissVixen Publish time 14-1-2021 10:59 AM

Hebat. Selalu wartawan cari tak buat artikel letak di mps. Ayat pun ok. Post la banyak2 lagi.
Pages: [1]
View full version: "Makhluk Buas" Sungai Pahang Buat Perjanjian Dengan Pawang Kader


ADVERTISEMENT