Aking Publish time 11-1-2021 09:22 AM

Dayang Hadiah Tudung Periuk Buat Peminat - Berita Harian

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cCHHq.img?h=630&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f&x=476&y=58
Single Tudung Periuk yang mengisi dendangan dalam album terbaru Dayang akan dilancarkan, Jumaat ini. Foto Ihsan Universal Music

Zaidi Mohamad
zaidim@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Mencuba nasib memohon Dana Kandungan Digital (DKD) bagi projek album klasik, Dayang Nurfaizah bersyukur usaha mengangkat martabat khazanah muzik negara mendapat pertimbangan kerajaan.

Dayang bakal melancarkan album klasik yang dirakam secara langsung atau 'live' sejak Oktober lalu, khusus buat peminat muzik tempatan.

Dayang atau nama penuhnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty berterima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah atas kelulusan DKD menerbitkan album berkenaan.

"Pada mulanya, saya memulakan projek ini tanpa bantuan mana-mana pihak.

"Apabila sudah separuh jalan, saya cuba nasib memohon dana kerajaan. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan dan saya ditawarkan DKD bagi sektor muzik," katanya kepada BH Online.

Memperincikan mengenai projek album klasik itu, Dayang berkata, proses rakaman dibuat 100 peratus 'live' seperti era lagu lama.

"Saya mencintai irama klasik dan berharap kehadiran album ini dihargai semua pihak. Moga kita sama-sama mendengar dan menghayati kembali keindahan lagu klasik terutama generasi muda," katanya.

Sebagai permulaan, lagu Tudung Periuk dendangan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham Puan Sri Saloma yang diberi nafas baharu, dipilih sebagai single pertama untuk dipromosikan, Jumaat ini.

Dayang berkata, sudah lama dia mengimpikan menghadiahkan peminat sebuah album klasik.

"Saya sering membawa lagu Melayu Asli dan irama klasik. Seperti pada Konsert Kesuma Jiwa 2020 anjuran Datuk Rizalman Ibrahim, Februari lalu, saya tampil dengan lagu lama.

"Antara lagu yang dipersembahkan pada konsert itu adalah Kesuma Jiwa, Bisikan Hati, Laksamana Raja Di Laut dan Tari Tualang Tiga," katanya yang dijadual menghadiri sesi pra dengar album baharu itu anjuran Universal Music, Rabu ini.

Dayang teruja berkongsi proses pelancaran album baharu melalui Instagram (IG) sejak akhir-akhir ini.

"Lagu klasik malar segar dan saya susah hendak melupakannya biarpun terarah kepada lagu balada atau R&B.

"Serba-serbi manis ketika rakaman album ini. Saya bayangkan seperti membuat konsert tanpa penonton," katanya yang berkongsi sedutan proses rakaman album berkenaan di IG.

EvieWanKenobi Publish time 11-1-2021 09:28 AM

oo ingatkan periuk masak Noxxa.. tajuknya pun..;P
Pages: [1]
View full version: Dayang Hadiah Tudung Periuk Buat Peminat - Berita Harian


ADVERTISEMENT