keypochino Publish time 10-1-2021 04:38 PM

MOSTI cadang wujudkan trek kembara di Banjaran Titiwangsa

Oleh Saadiah Ismail - Januari 9, 2021 @ 6:02pm
saadiah_ismail@bh.com.my


KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merancang pembinaan laluan kembara sejauh 893 kilometer di Banjaran Titiwangsa, yang berpotensi menjadi pemangkin eko-pelancongan negara.

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata laluan itu membabitkan jarak di antara Jeli di Kelantan hingga Tampin di Negeri Sembilan dengan melalui Banjaran Titiwangsa yang melalui Perak dan Pahang.

"MOSTI sedang menggunakan data satelit untuk merancang laluan dikenali sebagai Titiwangsa Walk of Life, yang berpotensi menjadi pemangkin kepada sektor eko-pelancongan.

"Bayangkan, trek untuk aktiviti kembara lasak melalui Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang (Semenanjung) sejauh 893 kilometer berpandukan jejak ditanda sempurna dan selamat serta kemudahan untuk bermalam di sepanjang perjalanan itu," katanya menerusi ciapan di Twitter, semalam.
Ciapan itu menarik minat ramai apabila kebanyakan pengguna Twitter memberi reaksi menyokong cadangan dan usaha terbabit.

Pengguna twitter, @TKohHock menyarankan supaya seluruh kawasan terbabit diwartakan sebagai Taman Negara bagi mengekalkan keadaannya.
Sridharan Nair pula menyifatkan idea itu cukup menarik, asalkan pemuliharaan alam sekitar menjadi keutamaan.

Begitu juga bagi pengguna Twitter, Zulhisyam Mohamed, yang menyifatkan idea itu akan menjadi tarikan dan tumpuan utama kepada pelancong, selepas berakhirnya COVID-19 serta berharap Orang Asli di kawasan itu, dapat menyertainya.

AnderAgnelli pula menyifatkan idea itu bagus tetapi perlu dihad dan dikawal ketat berikutan bimbang keindahan alam di Banjaran Titiwangsa dimusnahkan sikap manusia sendiri.

KIM.K Publish time 10-1-2021 06:25 PM

Jangan lupa pegi kebun D'Banjaran Farm kat Slim River. Betul2 kat kaki banjaran

keypochino Publish time 10-1-2021 06:30 PM

KIM.K replied at 10-1-2021 06:25 PM
Jangan lupa pegi kebun D'Banjaran Farm kat Slim River. Betul2 kat kaki banjaran

Wow cchuols pernah pergi ke.. ce review..

Kalau idea MOSTI ni terlaksana.. dpt la naikkan perlancongan utk 3 negeri ni..

otai_g Publish time 10-1-2021 09:14 PM

Nak buat penginapan mcm mn kat tgh hutan tebal. Sah2 la gunung kena tarah nant nak buat route hntr bahan binaan.

keypochino Publish time 10-1-2021 10:34 PM

otai_g replied at 10-1-2021 09:14 PM
Nak buat penginapan mcm mn kat tgh hutan tebal. Sah2 la gunung kena tarah nant nak buat route hntr b ...

Route utk hiking je kan.. rasanya xde buat resort.. tula.. hrp x ditarah la hutan2 segala..kalau x, tgk la skg.. banjir besar menjadi2.. akibat hutan ditarah

iman_kasih Publish time 10-1-2021 10:39 PM

otai_g replied at 10-1-2021 09:14 PM
Nak buat penginapan mcm mn kat tgh hutan tebal. Sah2 la gunung kena tarah nant nak buat route hntr b ...

Buat campsite je ok kot tp jgn ambik kawasan byk2 la..tp tu la kalau naturalist ni pantang kalau kita rosakkan alam..petik daun & patahkan dahan pokok pun dorang tak bagi.

Pada saya, cadangan ni nmpk menarik tp kene perhalusi lg la.

iman_kasih Publish time 10-1-2021 10:42 PM

keypochino replied at 10-1-2021 10:34 PM
Route utk hiking je kan.. rasanya xde buat resort.. tula.. hrp x ditarah la hutan2 segala..kalau x ...

Jgn la buat resort..sayang hutan2 tu ditebang. Ratus tahun kot nk dpt balik. Nk cari rafflessia pun kene jln jauh berkm2 dlm hutan tu skrg ni

KIM.K Publish time 10-1-2021 10:50 PM

keypochino replied at 10-1-2021 06:30 PM
Wow cchuols pernah pergi ke.. ce review..

Kalau idea MOSTI ni terlaksana.. dpt la naikkan perla ...
Idak sis iols belum sampai. Derang kawan iols jadi tolong pomot je kebun dia di bucu banjaran :$

keypochino Publish time 10-1-2021 10:59 PM

iman_kasih replied at 10-1-2021 10:39 PM
Buat campsite je ok kot tp jgn ambik kawasan byk2 la..tp tu la kalau naturalist ni pantang kalau k ...

Tp tula.. knowing politicians ni kalau buat apa2 ada agenda tersembunyi.. hopefully not this time..

keypochino Publish time 10-1-2021 11:06 PM

Edited by keypochino at 10-1-2021 11:39 PM

KIM.K replied at 10-1-2021 10:50 PM
Idak sis iols belum sampai. Derang kawan iols jadi tolong pomot je kebun dia di bucu banjaran

Belah2 Perak ni mmg best.. tp tula.. jgn pembangunan berlebihan sgt..

Apa jadi dgn The Banjaran Resort Tambun yg tanah runtuh hrtu ye? Dah bukak balik ke

KIM.K Publish time 10-1-2021 11:30 PM

keypochino replied at 10-1-2021 11:06 PM
Belah2 Perak ni mmg best.. tp tula.. jgn pembangunan berlebihan sgt..

Apa jadi dgn The Banjaran ...

Iols kurang cakna

tapi air tasik Royal Belum naik sampai banjir parking lot jeti tu. Tenggelam air paras peha, kereta2 duk dalam air
Maka orang keliling berdoa air tak menyimbah ke Lenggong/Gerik

keypochino Publish time 10-1-2021 11:41 PM

KIM.K replied at 10-1-2021 11:30 PM
Iols kurang cakna

tapi air tasik Royal Belum naik sampai banjir parking lot jeti tu. Tenggelam ...

Ooyeke.. dahsyat gak banjir kali ni.. moga dipermudahkan lah semua nya.Dah la ada covid.. mesti mangsa banjir pun risau nk pergi pusat perpindahan..

pxlbb Publish time 11-1-2021 08:17 AM

KIM.K replied at 10-1-2021 06:25 PM
Jangan lupa pegi kebun D'Banjaran Farm kat Slim River. Betul2 kat kaki banjaran

Tolong share kat mana nak cari location miss @KIM.K, puas iols cari dalam map tak jumpa{:kisso

keypochino Publish time 11-1-2021 10:39 AM

pxlbb replied at 11-1-2021 08:17 AM
Tolong share kat mana nak cari location miss @KIM.K, puas iols cari dalam map tak jumpa

betul tu.. ce share location @KIM.K

kebun tu tanam apa? org ramai boleh just dtg ke atau kne by booking ke acaner

KIM.K Publish time 12-1-2021 11:31 AM

keypochino replied at 11-1-2021 10:39 AM
betul tu.. ce share location @KIM.K

kebun tu tanam apa? org ramai boleh just dtg ke atau kne b ...

@pxlbb @keypochino
Boleh contact Cik Maria owner D'Banjaran Farm Slim River tu. No.hp iols sertakan dalam gambar
Dia tinggal di Klang tengok kebun hujung minggu. Kat kebun ni takda line

Diorang tanam durian MK dan duri hitam :loveliness:

keypochino Publish time 12-1-2021 12:08 PM

KIM.K replied at 12-1-2021 11:31 AM
@pxlbb @keypochino
Boleh contact Cik Maria owner D'Banjaran Farm Slim Ri ...

Wah.. durian kayangan ni.. Nice! Kne tnya la nnt kalau musim durian.. tq Kim.. muahh

seribulan Publish time 10-2-2021 11:11 AM

keypochino replied at 12-1-2021 11:08 AM
Wah.. durian kayangan ni.. Nice! Kne tnya la nnt kalau musim durian.. tq Kim.. muahh

Nampak seller jual durian...nak musim le ni :)

keypochino Publish time 12-2-2021 01:09 PM

seribulan replied at 10-2-2021 11:11 AM
Nampak seller jual durian...nak musim le ni

haah dah start tapi belum byk lagi buah nya..so still mahal

seribulan Publish time 12-2-2021 01:10 PM

keypochino replied at 12-2-2021 12:09 PM
haah dah start tapi belum byk lagi buah nya..so still mahal

Setakat ni RM25 sekilo....

adila39 Publish time 26-2-2021 12:07 AM

KIM.K replied at 12-1-2021 11:31 AM
@pxlbb @keypochino
Boleh contact Cik Maria owner D'Banjaran Farm Slim Ri ...

ohhh kim ada sini lama xnampak... durian?? now klu makan x boleh tido laa panas!!
Pages: [1] 2
View full version: MOSTI cadang wujudkan trek kembara di Banjaran Titiwangsa


ADVERTISEMENT