ATSYanaL Publish time 10-1-2021 02:27 PM

Kenapa Pengiktirafan Pekerja Positif Sangat Penting










Memberi pengiktirafan hendaklah dijadikan sebagai budaya dalam perkhidmatan awam, malah ketua-ketua kementerian dan jabatan adalah digalakkan untuk sentiasa mengiktiraf perkhidmatan anggota organisasi agar prestasi perkhidmatan awam dapat terus dipertingkatkan.

Kajian oleh Bahagian Pengurusan Psikologi tahun lalu mendapati bahawa budaya pengiktirafan dalam organisasi perkhidmatan awam perlu ditingkatkan, di mana 45 peratus daripada 1,891 responden mendapati ia masih berada di tahap yang agak rendah.

"Satu dapatan yang turut membimbangkan ialah seramai 49 peratus responden berpendapat pengiktirafan dalam organisasi mereka tidak dilakukan secara adil.


ekspektasi pekerja juga perlu difahami dalam memastikan sistem ganjaran dan pengiktirafan yang efektif, di mana kajian sama menunjukkan penjawat awam lebih menghargai dan menginginkan pengiktirafan yang datang daripada pengurusan atasan atau ketua jabatan berbanding penyelia terdekat atau rakan sekerja.


Bagi memenuhi ekspektasi dan kehendak agar bersesuaian dengan keadaan semasa, setiap ketua dan penyelia perlu lebih bersifat kreatif dan imaginatif dalam mencari kaedah-kaedah terbaik untuk mengiktiraf pekerja dalam organisasi mereka.


Bagaimanapun berkata aspek pengiktirafan harus seiring dengan aspek hukuman, di mana penjawat awam yang disabitkan kesalahan hendaklah dijatuhkan hukuman yang setimpal.

Ia penting supaya dapat memberi pengajaran kepada penjawat awam yang lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama.







lonso Publish time 10-1-2021 02:48 PM

memang tak adil pun..

emma.giggs Publish time 10-1-2021 06:12 PM

Mcm apc, mmg x adil pun.. Kt tmpt aku, sorg pegawai ni bos nk bg apc kt dia, jd pd thn semasa bos bg la keje byk sikit, tp x buat keje gak, bila bg tugas sampingan kna bersuruh baru buat. Mgkn bos bg atas faktor dia senior tp dia mls buat keje..... :dizzy: adakah pegawaj ni rajin baca surah alwaqiah?

ATSYanaL Publish time 12-1-2021 01:57 PM

emma.giggs replied at 10-1-2021 06:12 PM
Mcm apc, mmg x adil pun.. Kt tmpt aku, sorg pegawai ni bos nk bg apc kt dia, jd pd thn semasa bos bg ...

Atau dia kuat main politik ofis?:P

lattehazelnut Publish time 15-1-2021 04:48 AM

I nak reward duit boleh x.. or naikkan gaji ke..

AceHand Publish time 16-1-2021 02:38 AM

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Zamang sekarang ni iktiraf jer takde makna kalau gaji statik jer... Bonus pulak yilek...!


Jizzz... Klong! Klong!

ATSYanaL Publish time 17-1-2021 12:19 PM

AceHand replied at 16-1-2021 02:38 AM


Zamang sekarang ni iktiraf jer takde makna kalau gaji statik jer... Bonus p ...

Itulah sebab org kata work smart but dont work hard :D

AceHand Publish time 18-1-2021 02:51 AM

Hmmm...

ATSYanaL replied at 17-1-2021 12:19 PM
Itulah sebab org kata work smart but dont work hard

[AceHand SPECTaceLAR]

Bekerjalah dengang ikhlas sepatotnya...


Jizzz... Klong! Klong!

Pages: [1]
View full version: Kenapa Pengiktirafan Pekerja Positif Sangat Penting


ADVERTISEMENT