trunks Publish time 8-1-2021 08:16 AM

100 Juta Pengguna Masih Lagi Menggunakan Windows 7

Edited by trunks at 31-10-2021 03:44 PM



Pada tahun 2021, masih tiada lagi sebab mengapa mereka dengan PC tidak menggunakan sistem operasi Windows 10. Ia sentiasa dikemaskini setiap minggu, dan selang beberapa bulan, pengguna akan menerima kemaskini besar yang hadir dengan pelbagai ciri-ciri baru.

Walaupun begitu, terdapat sejumlah besar pengguna yang masih lagi menggunakan sistem operasi lama, khususnya Windows 7. Menjelang penghujung tahun 2020, ia telah dianggarkan bahawa sekitar 100 juta orang pengguna PC masih lagi menggunakan sistem operasi ini.ZDNet baru-baru ini telah menjalankan ujian untuk melihat seramai manakah orang masih lagi menggunakan sistem operasi tersebut, dan setelah penyelidikan melalui US Government Digital Analytics Program, mereka mendapati bahawa daripada 8.5 peratus daripada pengguna PC masih lagi menggunakan sistem operasi Windows 7 pada penghujung tahun 2020.

Apabila dibandingkan dengan data pada penghujung tahun 2019, ia nampaknya masih lagi bermakna bahawa sekitar 100 juta orang masih lagi sedang menggunakan sistem operasi lama tersebut, walaupun secara rasminya, sokongan untuk sistem operasi itu telah ditamatkan pada awal tahun 2020.

Laporan daripada satu lagi pihak penganalisa, iaitu NetMarketShare juga memperlihatkan jumlah penggunan Windows 7 yang hampir sama. Ini cukup menarik kerana walaupun jumlah pengguna Windows 10 jauh melangkaui Windows 7, 100 juta pengguna sistem operasi lama tersebut bukanlah satu jumlah yang sedikit.

Pengguna-pengguna ini mungkin masih lagi menggunakan sistem operasi tersebut kerana mereka menggunakan perisian legasi yang tidak disokong oleh sistem operasi yang lebih moden. sumber

-------------------------------------legend betul masih guna windows 7,system zaman batu dah ni ;Pdulu2 masa zaman batu windows xp,saya cuma suka wallpaper favorite sayazaman batu dulu yang inila,terang gitu,tapi itu dulu,sekarangsaya guna wallpaper plain gelap aje,tak ada perasaan gitu



AbukRokok Publish time 8-1-2021 08:32 AM

legend?

ni masih guna windows xp ;P

trunks Publish time 8-1-2021 08:47 AM

AbukRokok replied at 8-1-2021 08:32 AM
legend?

ni masih guna windows xp

serius ke wahaha

boleh payung gambar tak screenshot desktop :lol:

meah_kelabu Publish time 8-1-2021 08:58 AM

pc opis mase menggunakan windows 7 enterprise..huhu

makneng Publish time 8-1-2021 09:28 AM

Dulu masa mak join satu company di ibu kota yg kononnya gah sangat company tu.... Zaman tu dah start guna win10 company tu still guna winxp.... Tak semua pc tapi certain pc and turns out mak plak dpt winxp tu mmg chebye

AbukRokok Publish time 8-1-2021 09:31 AM

trunks replied at 8-1-2021 08:47 AM
serius ke wahaha

boleh payung gambar tak screenshot desktop

nah jgn cakap abg tak payung



trunks Publish time 8-1-2021 10:02 AM

Edited by trunks at 18-10-2021 10:00 PM

AbukRokok replied at 8-1-2021 09:31 AM
nah jgn cakap abg tak payung
ahaha syabas betty,syabas:lol:
kalau kena format,tak menahan kena cari driver2 dia.kadang dah tak
wujud kot nak cari kat website haha









trunks Publish time 8-1-2021 10:03 AM

meah_kelabu replied at 8-1-2021 08:58 AM
pc opis mase menggunakan windows 7 enterprise..huhu

pc zaman batu ke office guna ? :lol: tapi kalau takat nak buat
ringan2 macam iyala hal office,boleh lagi ni kan.. kalau kes
software berat2 pedih juga tu dengan tak ad SSD nya kot

trunks Publish time 8-1-2021 10:04 AM

makneng replied at 8-1-2021 09:28 AM
Dulu masa mak join satu company di ibu kota yg kononnya gah sangat company tu.... Zaman tu dah start ...

chebye? ;P

tak boleh request ke yang PC baru sikit awak? haha

makneng Publish time 8-1-2021 10:06 AM

Edited by makneng at 8-1-2021 10:07 AM

trunks replied at 8-1-2021 10:04 AM
chebye?

tak boleh request ke yang PC baru sikit awak? haha

Tade bajet uolls mmg sah2 menipoo.. Hujung2 mak berambus dari kompeni sangkak itu

Tapi winxp still boleh main solitaire hahaha i loike

trunks Publish time 8-1-2021 10:09 AM

makneng replied at 8-1-2021 10:06 AM
Tade bajet uolls mmg sah2 menipoo.. Hujung2 mak berambus dari kompeni sangkak itu

Tapi winxp...

haha..sengkek betul company tu,kang lama2 gaji pulak tak dapat :lol:
oh game kad,,bukan game yang masuk 10rm cuci 100rm tu ke haha

rospinki Publish time 8-1-2021 10:15 AM

aah la..win 7 dan win 10. 2 lap to work with.

rospinki Publish time 8-1-2021 10:17 AM

apa beza sgt pun win 7 to 10
yg duk guna gugel jah dan software. lain2 tu semak je

trunks Publish time 8-1-2021 10:19 AM

rospinki replied at 8-1-2021 10:15 AM
aah la..win 7 dan win 10. 2 lap to work with.

tapi sejak ada wujud windows 8 dan 10 ni,makin sedap sebab,kalau style
saya kadang2 ada juga terpksa format Laptop ni,tak payah dah susah2
sebab di built ini boleh format tanpa susah2 buat bootable pendrive
atau cd windows pelbagai nak format,dan sedapnya windows terkini
tak perlu susah2 juga cari driver2,

rospinki Publish time 8-1-2021 10:24 AM

trunks replied at 8-1-2021 10:19 AM
tapi sejak ada wujud windows 8 dan 10 ni,makin sedap sebab,kalau style
saya kadang2 ada juga terp ...

yup betul..dirver memang built in takyah pening kepala godek. prob jugak masa nak install printer kt wind 7 dulu.

mrsbob87 Publish time 8-1-2021 11:52 AM

pejabat kerajaan ramai lagi pakai windows 7... termasuk aku....

buragazz Publish time 8-1-2021 12:01 PM

Abg yang buat sound system karaoke yang selalu panggil aku pun guna Windows XP aku siap tanya.. bang.. abg pakai XP bior benor.. dia kata utk system karok katanya XP paling mudah dan stabil.. aku cakap kat dia mana ada support lagi dah XP ni.. dia tau... aku pun layan kan aja..

trunks Publish time 8-1-2021 12:07 PM

buragazz replied at 8-1-2021 12:01 PM
Abg yang buat sound system karaoke yang selalu panggil aku pun guna Windows XP aku siap tanya.. bang ...

dia malas lah tu nk upgrade,nak reinstall semua setting2 karaoke bagailah haha

superdogol Publish time 8-1-2021 01:48 PM

sekarang baru ingat apsal nyampah sangat ngan win7 dulu. sebab nak carik device driver yg ngam cam hare :lol:

awanysss Publish time 8-1-2021 02:00 PM

aku pun sama.. tak faham interface windows 8 ke atas
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: 100 Juta Pengguna Masih Lagi Menggunakan Windows 7


ADVERTISEMENT