trunks Publish time 8-1-2021 08:15 AM

10 Game Mobile Multiplayer untuk Dimainkan Semasa PKP

Seperti yang anda sedia maklum, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan bagi membasmi virus tersebut dari menular di negara kita. Memandangkan anda akan mempunyai masa lapang, sudah tentu sedang mencari cara untuk menghabiskan masa lapang yang ada.

Adakah main game dapat memberi kesan yang buruk?

Ramai orang beranggapan yang game hanya akan memberi kesan buruk jika anda terlalu fokus kepadanya. Namun, terdapat kajian yan menunjukkan orang yang bermain game mempunyai koordinasi mata lebih baik, kemahiran penyelesaian masalah dan otak berfungsi dengan cerdas.

Namun begitu, anda perlulah mengawal tabiat bermain game dengan tidak bermain secara berlebihan bagi mengelakkan anda mengalami ketagihan terhadap game. Anda akan lebih terdedah kepada risiko kerosakan mata dan obesiti jika anda memainkan game secara berlebihan.

Ini kerana anda tidak langsung menggerakkan otot dan semasa bergaming sudah tentu kita mudah berasa lapar. Nah, inikan penyebabnya anda berisiko tinggi untuk naik berat badan. Ayuh lihat senarai game multiplayer yang bersesuaian;

10 Game Mobile Multiplayer untuk Dimainkan Semasa PKP



Fortnite Mobile


Game mobile dengan grafik yang cantik
Harga : Percuma - terdapat pembelian dalam aplikasi
Muat turun: Android | iOS
Fortnite Mobile adalah game yang diadaptasi daripada game PC dan konsol yang terkenal iaitu Fortnite. Genre game ini ialah battle royale yang bermaksud anda berseorangan atau berkumpulan hendaklah menewaskan pemain lain. Tarikan utama game ini ialah ia mempunyai grafik yang agak baik dan anda hendaklah mempunyai peranti yang cukup berkuasa untuk menjalankan game ini. Ianya boleh dimainkan di kedua-dua platform iaitu Android dan IOS.

Clash Royale



War game yang pasti menguji minda untuk rangka strategi
Harga : Percuma - terdapat pembelian dalam aplikasi
Muat turun: Android | iOS

Clash Royale dilancarkan pada tahun 2016 oleh Supercell dan mempunyai persamaan dari segi sesetengah karakter diinspirasi daripada Clash of Clans. Cara permainannya juga cukup ringkas, anda perlu menewaskan musuh dengan merosakkan kubu mereka menggunakan tentera-tentera anda.

Untuk menaik taraf tentera anda, anda perlu mengumpul kad-kad yang boleh didapati daripada chest yang diberi secara percuma. Jika anda mahu tentera menjadi lebih baik dalam masa yang pantas, anda boleh membeli chest.

Playerunknown's Battleground (PUBG) Mobile



Game terkenal dengan bilangan multiplayer yang ramai
Harga : Percuma - terdapat pembelian dalam aplikasi
Muat turun: Android | iOS
PlayerUnknown’s BattleGround Mobile atau PUBGM adalah versi mudah alih bagi PUBG yang terkenal untuk PC. Game ini dilancarkan pada 2018 dan game ini seringkali menjadi bualan ramai orang. Ianya adalah antara game yang paling terkenal di dunia dengan jumlah pemain keseluruhan melebihi 600 juta orang.

Game jenis battle royale ini amat sesuai dimainkan bersama rakan-rakan anda untuk memburu kemenangan. Winner, winner…Chicken dinner!

Call Of Duty Mobile



Game dengan pemain aktif yang ramai
Harga : Percuma - terdapat pembelian dalam aplikasi
Muat turun: Android | iOS
Call of Duty Mobile atau COD adalah game yang baru sahaja dilancarkan pada tahun lepas. Ia adalah antara game daripada francais Call Of Duty khas untuk telefon pintar. Terdapat pelbagai jenis mod yang anda boleh pilih seperti 5 vs 5 dan Battle royale. Kualiti grafik juga tidak mengecewakan. Jika anda suka akan game multiplayer shooting, game ini sememangnya tidak menghampakan.

Plato



Game mobile multiplayer dengan variasi mainan di dalamnya
Harga : Percuma - terdapat pembelian dalam aplikasi
Muat turun: Android | iOS
Plato adalah game multiplayer yang mempunyai pelbagai game kasual seperti catur, mini golf, bankroll, poker, Big 2, Werewolf dan pelbagai jenis game lagi. Kesemua game ini diadaptasi daripada game multiplayer yang terkenal. Anda juga boleh berbual dan mengenali sahabat baru samada dari dalam negara atau luar negara melalui group yang disertai sambil memilih pelbagai jenis game.

Crossy Road



Game yang sesuai dimainkan bersama pasangan
Harga : Percuma - terdapat pembelian dalam aplikasi
Muat turun: Android | iOS
Crossy Road adalah game ringkas dimana pemain hendaklah mengawal watak yang dipilih untuk mengelak daripada sebarang halangan. Game ini juga mempunyai mod untuk 2 orang, membolehkan dua orang bermain pada satu skrin, sesuai dimainkan oleh pasangan ketika kuarantin ini. Rating game ini juga agak baik dengan rating stinggi 4.6/5.0 serta dimainkan oleh lebih 4 juta pemain.

Minecraft : Pocket Edition



Game survival dengan komuniti pemain yang ramai
Harga : RM 28.12 untuk Android - terdapat pembelian dalam aplikasi
Harga : RM 30.55 untuk App Store - terdapat pembelian dalam aplikasi
Muat turun: Android | iOS
Minecraft Pocket Edition dilancarkan oleh Mojang pada tahun 2011 dalam versi mobile bagi produk Minecraft. Ia adalah game pengembaraan serta menguji kreativiti anda kerana ianya membolehkan anda membina pelbagai jenis bangunan serta monumen mengikut kreativiti masing-masing.

Anda juga boleh mengikuti pelbagai server yang membolehkan anda berjumpa dengan pemain-pemain lain. Jika anda berminat untuk mendapatkan game ini, anda perlu membayarmengikut kadar yang ditetapkan dalam aplikasi tersebut.

Clash Of Clans



Game untuk telefon yang mempunyai RAM 1GB
Harga : Percuma - terdapat pembelian dalam aplikasi
Muat turun: Android | iOS
Clash of Clans adalah game yang dibina oleh syarikat Supercell yang telah dikeluarkan pada tahun 2012 dan merupakan antara game yang paling terkenal. Anda perlu membina kubu terkuat dan mempunyai clan yang terkuat sambil merangka strategi bersama rakan-rakan anda. Anda juga perlu bersaing dengan clan-clan lain dalam peperangan.

Scrabble Go



Game untuk telefon yang mempunyai 512MB RAM
Harga : Percuma - terdapat pembelian dalam aplikasi
Muat turun: Android | iOS
Anda mungkin pernah mendengar permainan Scrabble. Ia adalah permainan papan yang membabitkan pemain perlu membina perkataan melalui beberapa huruf secara rawak. Anda boleh memainkan game ini dalam aplikasi Scrabble Go.

Jika hendak memuat turun, anda tidak memerlukan telefon pintar dengan spesifikasi yang tinggi untuk memainkan game ini. Ianya juga mempunyai lebih 5 juta pemain serta mendapat penilaian yang tinggi iaitu 4.5/5.0.

Mario Kart



Game Racing dengan saiz yang tidak terlalu besar
Harga : Percuma - terdapat pembelian dalam aplikasi
Muat turun: Android | iOS
Anda mungkin pernah mendengar syarikat Nintendo yang menghasilkan Nintendo Switch dan Nintendo 3DS. Syarikat tersebut telah mengeluarkan game yang pada mulanya khas untuk platform Nintendo sahaja iaitu Mario Kart. Apa yang lebih menarik ianya adalah game yang percuma untuk dimainkan.

Grafik yang berwarna-warni serta comel boleh menarik perhatian semua golongan masyarakat tidak mengira umur. sumber


------------------------------------------------------------
bolehla nak main dengan geng2,okla daripada korang
kira bulu kambing kat rumah tu.tu lagi bosan gila ;P


ip_lepat Publish time 8-1-2021 11:08 PM

hellcopter.... layan:lol:

https://i.ytimg.com/vi/ACnxkYsXV50/maxresdefault.jpg

ip_lepat Publish time 8-1-2021 11:09 PM

tapi bukan multiplayer:loveliness:

trunks Publish time 10-1-2021 03:32 AM

ip_lepat replied at 8-1-2021 11:08 PM
hellcopter.... layan

helicopter pun asal ada je bolehla layan dari cabut bulu ayam di rumah ;P
Pages: [1]
View full version: 10 Game Mobile Multiplayer untuk Dimainkan Semasa PKP


ADVERTISEMENT