admin6 Publish time 8-1-2021 01:10 AM

Setuju Tak Kalau PKP Dijalankan Sekali Lagi?




https://scontent.fkul14-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/135273570_10157624390386237_1660486706947880605_o.jpg?_nc_cat=1&ccb=2&_nc_sid=730e14&_nc_eui2=AeG3FYDzAsU4sQsQHbsKOb8NHiHmwCS6sqMeIebAJLqyozT4Z67nPbOpkeUAKR61nFI&_nc_ohc=QUEssI7d7yMAX8VrPw0&_nc_ht=scontent.fkul14-1.fna&oh=fc7a28435473a04e14a64ddb3e644cbe&oe=601D1AE0


Memandangkan kes harian terbaru jangkitan Covid19 di negara kita meningkat kepada 3 ribu lebih pada 7 Januari 2021 ini, ia amat membimbangkan semua pihak terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ramai mendesak agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan sekali lagi bagi membendung penularan yang kian membimbangkan namun difahamkan pelaksanaan untuk PKP sekali lagi masih lagi dalam kajian.

https://img.astroawani.com/2020-04/41586249018_PKPDMasjidIndia.jpg

Jadi korang setuju PKP lagi sekali atau tak perlu dan teruskan je hidup macam biasa?

anakjiran Publish time 8-1-2021 01:11 AM


tak tau nak cakap apa. yang aku hairan terang2 kes boleh turun kalau PKP balik masa lepas pru sabah tapi kenapa tak buat dan biar naik sampai banyak macam sekarang??

ip_lepat Publish time 8-1-2021 01:16 AM

buat je, kali ni jgn kira rakyat biasa ke, org politik ke, menteri menda ke...

jojie Publish time 8-1-2021 01:22 AM

Setuju .. tapi tulah ekonomi pula makin parah.. so setelah fikir baik buat pkp

KIM.K Publish time 8-1-2021 01:41 AM

menggelupur nak hantar barang dari labuan
brake gasket beli taobao tak sampai lagi
ada la empat kali lori kena stop tepi jalan baru sampai KK :'(
merangkak pon hanta jugak takut pkp lagi

trunks Publish time 8-1-2021 02:24 AM

agak setuju juga min.hehe sebab iyala jumlah yang kena makin meningkat

cuma,kalau ada hal nak keluar daerah susah sikit terpaksa kena pergi balai

tapi tak adala masalah besar.

rocksteady Publish time 8-1-2021 02:45 AM


terbaca kat mana ntah yang nwo plan 2021 ada orang sebar hari tu. bulan 1 lockdown. macam betul pulekkk :funk:

kimsa-ra Publish time 8-1-2021 03:10 AM

Bila pkp mslhnya kesian kt peniaga kecil yg ramai tu. Bnyk juga benda yang tertangguh. Bila pkp ni blh mental sbb risau dgn kerja.

Bila tak pkp perasaan takut tu. Rasa sakit tekak dh risau. Mental juga. Tgk mak bapa kalau kena mcm mana. Ntah la confuse di buatnya.

lattehazelnut Publish time 8-1-2021 03:12 AM

Susah dah.. nak2 musim hujan n banjir lg..

Bangbot Publish time 8-1-2021 07:43 AM

Tak PKP pun ok kalau semua orang ikut SOP. Ini tak, ramai yang penting kan diri, nak ikut kehendak sendiri. Tak jaga jarak, tak pakai mask, bersentuhan, buat majlis ramai2.

AbukRokok Publish time 8-1-2021 07:58 AM

buatlah sampai 2 bulan ;P
#rindupkp4000%
hidup miskin lbh baik daik mati kena korbaid :2lol:

TomyamPuteh Publish time 8-1-2021 08:30 AM

Blh buat. Silakan. Tp pastikan mekanisma yg terbaik. Jgn smpai memberi kesan kpd marhaen.

MadameOnion Publish time 8-1-2021 08:30 AM

PKPB should be okay dah...kalau PKP kesian kat org yg terkesan dari segi kewangan..ni sbb boleh rentas negeri ni yg kes naik mencanak

isseliparjepun Publish time 8-1-2021 09:39 AM

Buat poll nanti ada la bunyi orang gomen seronok la pkp..cikgu seronok la pkp..emmm

msdummy.2018 Publish time 8-1-2021 10:00 AM

Pkp bersasar udahlah....kawasan kritikal jer..ni ko into pkpbb tp bkh rentas negeri? Hapoooo

msdummy.2018 Publish time 8-1-2021 10:00 AM

Pkp bersasar udahlah....kawasan kritikal jer..ni ko into pkpbb tp bkh rentas negeri? Hapoooo

AverageJoe Publish time 8-1-2021 10:18 AM

sampai bila nak ulang buat lock down.
awal2 dulu yes memang setuju sebab kita pun tak sure apa benda yang kita hadap.
tapi sekarang dah dekat setahun berlalu.

memang PKP terbukti berkesan untuk kawal penularan virus ni.
tapi kenalah consider faktor lain terutamanya ekonomi.

masa PKP lepas kerajaan sertakan dengan moratorium and bantuan2 pada rakyat.
agaknya kali ni boleh dapat ke bantuan2 macam sebelum ni?

yang gaji tak terkesan walaupun PKP memanglah setuju.
tapi majoriti yang terkesan ni macam mana.

seeloknya kerajaan perkasakanlah infrastruktur untuk kesihatan.
buka lebih banyak pusat kuarantin. buat lah macam mana pun.
KKM pun janganlah rigid sangat suggest buat PKP. ambil jalan mudah je.
sementara tunggu vaksin apa langkah2 yang boleh buat.

PKP sekali lagi bukanlah penyelesaian terbaik.
menjahanamkan balik ekonomi yang baru nak start pulih ni.
so lepas PKP 2.0, kes reda sekejap lepas tu PRU pulak.
lepas tu kes mencanak naik pulak. so nak PKP 3.0 pulak ke.

little_sis Publish time 8-1-2021 10:32 AM

Buat 2 minggu mcm pkp yg memula tu, nak turunkan lengkungn je kan.. sbb virus ni tetap akan ada.. cuma nak bagi kurang mcm lps pkp yg bulan jun- sept.. yg tu je dah rasa cukup baik dan selamat utk org ramai pegi sana sini jalan2, melancong semua tapi kena berkorban 2 minggu tu la.. kerajaan kena tolong sikit.. aku x kisah dgn org2 yg kata covid ni xde apa2, demam biasa je dan seumpamanya, korg yg ckp mcm tu kalo korg tak kisah kena covid, silakan je la.. asalkan jgn jangkitkan dgn aku dah la..

jeruklimau Publish time 8-1-2021 10:39 AM

Entah.. Dia x buat betul2.. Susah.. Penguatkuasaan main2.. Ahli politik kebal undang2.. Nak jaga ekonomi punya pasal bg rentas negeri. Eksperimen apa x tau la

EvieWanKenobi Publish time 8-1-2021 10:46 AM

half setuju half tak setuju..

tak setuju kalau dobi DIY kena tutup..
tak sanggup handwashing..:'(
Pages: [1] 2 3
View full version: Setuju Tak Kalau PKP Dijalankan Sekali Lagi?


ADVERTISEMENT