Aking Publish time 6-1-2021 10:53 AM

Vaksin Covid-19 Tiada Cip Pengesan - Dr Amalina - Harian Metro

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1culTY.img?h=630&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f&x=854&y=102
Dr Nur Amalina berkongsi gambar dia mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dan menasihati mereka yang membuat konspirasi mengenai vaksin itu. FOTO IG DR AMALINA.

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Vaksin Covid-19 tidak mengandungi cip yang boleh mengesan kedudukan manusia.

Pelatih pakar bedah Kolej Imperial London, Dr Nur Amalina Che Bakri ketika menjawab soalan di Instagram Story miliknya berkata, mustahil untuk memasukkan cip di dalam vaksin dan jarum.

"Tengok betapa kecilnya jarum dan sangat mustahil untuk memasukkan cip dalam vaksin berkenaan.

"Tambahan lagi, kalau betul ingin mengesan kedudukan manusia, hanya boleh dikesan melalui telefon pintar serta media sosial anda," tulisnya.

Dia turut memaparkan gambar sedang disuntik dengan vaksin Covid-19 di United Kingdom.

Menurutnya, ramai tidak faham ilmu Sains dan percaya kepada teori konspirasi.

"Ada yang mempunyai agenda tersendiri dengan menjual barang. Ramai hanya baca tajuk yang kontroversi.

"Tetapi tidak pula membaca kertas penyelidikan, saya dan doktor lain akan terus mendidik selagi kami mampu," katanya.

Scheherazade Publish time 6-1-2021 11:16 AM

Kdg2 terlalu ikut sgt conspiracy theories ni pun x elok. Mula overthinking pastu jd paranoid. Klu rasa x yakin, xyah la ambik vaksin ni.

harkktuih Publish time 6-1-2021 11:37 AM

Takut cip pengesan pelbagai tapi tiap masa update socmed siap location..

Normabaru Publish time 7-1-2021 03:57 PM

Dia ni senyum nmpk pelik:$
Pages: [1]
View full version: Vaksin Covid-19 Tiada Cip Pengesan - Dr Amalina - Harian Metro


ADVERTISEMENT