Teh Hitam Banyak Kelebihan - Harian Metro
https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cv2ij.img?h=743&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=fTeh hitam minuman yang turut memberi kebaikan dalam kesihatan.
Nurul Husna Mahmud
nurul_husna@hmetro,com.my
TEH adalah minuman cukup klasik apabila ia menjadi pilihan untuk dinikmati setiap pagi dan petang.
Rasa kelat dan beraroma membuatkan minuman ini suatu yang cukup mengasyikkan dan varietinya pelbagai mengikut kesukaan masing-masing.
Salah satunya teh hitam yang dipercayai mempunyai kelebihan jika pengambilan dijadikan rutin setiap hari.
Berdasarkan beberapa kajian dilakukan mendapati kandungan kimia semula jadi dalam teh membantu memberikan kebaikan kepada tubuh kita.
Berikut lima kebaikan diperoleh jika sering menikmati minuman berkenaan setiap hari.
1. Kebaikan pada usus
Dalam satu penemuan mengenai kebaikan teh hitam mendapati kandungan polifenol yang terdapat dalamnya membantu menjaga usus yang sihat dengan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dan menghalang pertumbuhan bakteria 'jahat' seperti salmonella.
Sifat teh hitam anti-mikrob yang membunuh bahan berbahaya dan meningkatkan bakteria usus serta imuniti dengan memperbaiki lapisan saluran pencernaan.
2. Boleh mengurangkan risiko strok
Strok masih menjadi penyebab utama kematian penduduk dunia dan semestinya langkah pencegahan pilihan terbaik dalam menangani masalah berkenaan.
Satu kajian mengenai kebaikan teh hitam dilakukan terhadap 74,961 sampel selama 10 tahun berdasarkan tabiat minum teh berkenaan sebanyak tiga hingga empat cawan boleh mengurangkan risiko strok sehingga 32 peratus.
Dalam satu kajian berasingan terhadap lebih 190,000 peserta pula, mendapati mereka yang mengambil tiga cawan teh boleh mengurangkan risiko 21 peratus untuk menghidapi strok berbanding mereka minum kurang satu cawan teh sehari.
3. Kurangkan kandungan gula dalam darah
Bagi mereka yang mengamalkan teh hitam kosong kebaikan menyamai pengambilan teh hijau apabila dikatakan mampu menurunkan kandungan gula dalam darah.
Teh hitam dikatakan dapat meningkatkan penggunaan insulin dalam badan dan satu kajian tabung uji mendapati teh hitam meningkatkan aktiviti insulin 15 kali ganda.
4. Kurangkan risiko kanser
Polifenol dalam teh hitam membantu mencegah kelangsungan hidup sel barah. Berdasarkan satu kajian mendapati kesan kandungan bahan itu membantu mengatur pertumbuhan sel barah dan mengurangkan pengembangan sel baru.
Satu penemuan lain mendapati polifenol membantu mengatasi penyebaran tumor payudara.
5. Meningkatkan fokus
Kandungan asid amino, L-theanine meningkatkan aktiviti alfa di otak yang mana membantu memberi fokus yang baik. Meskipun teh mengandungi kafein seperti kopi namun kombinasi bahan itu dengan L-theanine memberi konsentrasi yang lebih stabil. Beli black tea aritu brand Ahmad..sighpunyalah tak sedap compare teh tarik..but yeah banyak benefit tu kan TT. TQ for the info{:thumbo Den mmg tea drinker, hehe. Cuma kurang sikit sbb dah kena minum susu la, pastu milo la. Thx for sharing tt {:1_149:} adila39 replied at 6-1-2021 10:59 AM
Beli black tea aritu brand Ahmad..sighpunyalah tak sedap compare teh tarik..but yeah banyak benefi ...
Tu la den nk tau, which tea under ahmad brand yg mod minum x sedap ni? Klu teh tarik dibanding dgn teh kosong, mmg la berbeza rasa. Mod minum which one? English breakfast? Earl grey? Darjeeling? English tea no. 1? Ceylon tea? Evening tea (decaf)? Scheherazade replied at 6-1-2021 11:09 AM
Tu la den nk tau, which tea under ahmad brand yg mod minum x sedap ni? Klu teh tarik dibanding dgn ...
Ni yg i minum..utk tekak i ni x sedapla..tho gitulah rasanya kan...i seldom minum black tea or green tea..paksa minum..sbb tawar...letak madu...still x enjoy adila39 replied at 9-1-2021 02:30 PM
Ni yg i minum..utk tekak i ni x sedapla..tho gitulah rasanya kan...i seldom minum black tea or g ...
Ini fruity tea. Mana leh banding dgn teh tarik. Dah tentu la berbeza jauh rasanya. Teh ni mana leh campur susu pun. Ni adik den nye fave. Dia boleh minum without sugar even. Maybe u r not used to the tea taste yet. Or perhaps you shld try a different flavour. Kdg it is in your mind jgk. Klu dlm mind dah set tea x sedap, minum la apa jenis tea pun, xkn jumpa yg sedap. Scheherazade replied at 9-1-2021 09:35 PM
Ini fruity tea. Mana leh banding dgn teh tarik. Dah tentu la berbeza jauh rasanya. Teh ni mana leh ...
tu la sche...its more to my tekak ni... tapi will not give up on tea.. akan try brand lain lak... i mean kalau teh biasa I ok je... green tea or black tea yg payah sikit ni adila39 replied at 9-1-2021 09:38 PM
tu la sche...its more to my tekak ni... tapi will not give up on tea.. akan try brand lain lak......
Apa kata try English breakfast tea ahmad ni? Scheherazade replied at 9-1-2021 10:02 PM
Apa kata try English breakfast tea ahmad ni?
nak brand twinnings tuu la adila39 replied at 9-1-2021 02:30 PM
Ni yg i minum..utk tekak i ni x sedapla..tho gitulah rasanya kan...i seldom minum black tea or g ...
Ni favourite anak kedua akak ni. Nak Ahmad pech Tea juga. Akak kata, oii! Mahal teh ni oii!! Ummi minum teh lipton atau boh aje. Tu pun xde gula.
Dan dia pun senyum sambil kenyit mata dan jari buat small love.. Akak surrender..
Sesekali sedap gak teh ni ditekak akak bila sip dia punya dlm flask cup tu.. Tp akak still prefer green tea @ teh kosong je.
adila39 replied at 9-1-2021 10:28 PM
nak brand twinnings tuu la
Twinning vanilla please.. Jenuh cari tp x jumpa. Susah nak jumpa. Dlm Shoppee pun selalu xde stock.
Scheherazade replied at 9-1-2021 10:02 PM
Apa kata try English breakfast tea ahmad ni?
EBT sedap pada tekak akak. Plain.
Tekak ni suka teh & kopi.
Akak dulu ada masalah pembuangan dan sembelit yg chronic. Lepas operation, surgeon pesan minum teh utk bantu usus bekerja lebih baik selain amalkan pemakanan yg lebih berserat. Akak jarang sangat minum teh tarik walau teh tarik ni sedap lemak manis dan kelat teh. Tp hari2 minum teh kosong & green tea sejak lebih dua puluh tahun ni. X perlu dah ducolax @ fibreall dah. Akak rasa lebih kepada pemakanan dan teh ni pun saling membantu.
Wah.. Baru tahu boleh kurangkan risiko kanser, stroke & membantu utk turunkan glucose..
Zaman dulu akak tahu teh kelat utk stopkan cirit birit je. Bila dah kahwin, tahu ia bagus utk usus pula. Ni tahu mengurangkan risiko penyakit2 yg memang antara akak risaukan..Thanks @Aking for thhis sharing!
Kak-Leen replied at 12-1-2021 10:57 AM
Twinning vanilla please.. Jenuh cari tp x jumpa. Susah nak jumpa. Dlm Shoppee pun selalu xde stock ...
Susah nak jumpa online maybe ada
Saya dah try yang ni...dah habis 1 kotak...rasanya sedap...
https://www.facebook.com/391571571015329/posts/1676278142544659/
adila39 replied at 6-1-2021 10:59 AM
Beli black tea aritu brand Ahmad..sighpunyalah tak sedap compare teh tarik..but yeah banyak benefi ...
sy pon ada lagi ni satu tin ahmad tea
best
Scheherazade replied at 9-1-2021 10:02 PM
Apa kata try English breakfast tea ahmad ni?
https://www.linkpicture.com/q/IMG_20210126_110942.jpg
okay... ni i boleh terima. Sedap pulak ipes2 replied at 25-1-2021 05:50 AM
sy pon ada lagi ni satu tin ahmad tea
best
ohhh... ahmad tea ni u beli kat sana la ek? i think mmg manufacturing kat europe brand tea ni.. cuma xpasti mana.. teh cap lain xde? adila39 replied at 26-1-2021 11:14 AM
ohhh... ahmad tea ni u beli kat sana la ek? i think mmg manufacturing kat europe brand tea ni.. cu ...
ya di UK
tapi ada je diimport oleh malaysia rasanya
tapi sure mahal lebih2
byk jugakbrand lain tapi sy tetapi Lipton lah :)
ni pon minum teh lipton kat rumah
UK kan byk teh2 gini eg Lipton, PG Tips etc
ipes2 replied at 21-2-2021 09:45 PM
ya di UK
tapi ada je diimport oleh malaysia rasanya
tapi sure mahal lebih2
enjoy your tea Sir. adila39 replied at 21-2-2021 11:35 PM
enjoy your tea Sir.
thank you, Miss; I believe I will.
Pages:
[1]