SenangMaju Publish time 4-1-2021 06:33 PM

Berjimat Cermat Dalam Berbelanja Itu Tuntutan Dalam Beragama

Edited by SenangMaju at 4-1-2021 07:27 PM

Assalammualaikum w.b.t kepada semua.

Masya'allah, tajuk kali ini simple aje, cumanya jika diperhatikan hari ini, berbagai perkara yang sedang terjadi. Maklumlah, hari ini, ada yang sudah berjaya untuk mengeluarkan wang kwsp akaun 1, ada yang dalam proses dan sebagainya.

Dalam kita asyik dengan apa yang dimaksudkan, kepada yang berjaya, nasihat saya, berjimat cermatlah dalam berbelanja. Disarankan kepada yang mahu berniaga, agar merencanakan duit yang diperolehi untuk tujuan perniagaan, dalam erti-kata sistematik, jujur dan amanah, langsung berpandangan jauh untuk menambahkan prasarana dan peluang-peluang kerja (sekalipun kecil-kecilan), moga-moga, diredhai-Nya. Ketahuilah, ini adalah peluang untuk memperkembangkan perniagaan alaf baru, dan ingatlah! Jangan disia-siakan peluang yang Allah s.w.t berikan menerusi kwsp dan seumpamanya..

Kepada yang sekadar mahu menjadi pengguna, nasihat saya, gunakanlah wang yang diperolehi sambil mencari keredhaan-Nya. Jangan membazir dan jangan pula bergaduh sesama sendiri kerananya. Mudah-mudahan, Allah s.w.t memberkati kehidupan di dunia maupun akhirat.

Jika ada yang mahu memberikan sebarang pandangan dan nasihat, jangan ragu-ragu untuk kongsikan disini ya!!

iman_kasih Publish time 4-1-2021 09:15 PM

Terima kasih..nasihat yg baik

Supersirap Publish time 5-1-2021 07:44 AM

Terima kasih TT, nasihat dan peringatan yang berguna, yang penting kena jaga dan melawan hawa nafsu dalam berbelanja

SenangMaju Publish time 5-1-2021 10:12 AM

Supersirap replied at 5-1-2021 07:44 AM
Terima kasih TT, nasihat dan peringatan yang berguna, yang penting kena jaga dan melawan hawa nafsu...

Alhamdulillah
Pages: [1]
View full version: Berjimat Cermat Dalam Berbelanja Itu Tuntutan Dalam Beragama


ADVERTISEMENT