Aking Publish time 31-12-2020 08:45 AM

PDRM Bakal Lancar Operasi Fokus Motosikal Ubah Suai - AKT

Edited by Aking at 14-1-2021 12:54 PM


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. - FOTO BERNAMA

Berita Harian

Safeek Affendy Razali
bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal melancarkan operasi besar-besaran ke atas penunggang motosikal melakukan kesalahan lalu lintas, dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) itu akan menumpukan motosikal berkuasa tinggi dan bawah 150cc.

Beliau berkata, ia akan memfokus kepada penunggang yang melakukan pengubahsuaian terhadap motosikal sehingga mengganggu ketenteraman awam.

"Ramai orang mengadu bahawa golongan itu mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi ekzos terlalu bising apabila menghidupkan motosikal yang diubah suai.

"Golongan terbabit juga didakwa mengganggu lalu lintas sehingga menyebabkan pengguna jalan raya lain terpaksa memberi laluan kepada mereka kerana berkonvoi dalam jumlah yang ramai," katanya pada sesi wawancara khas, di sini, hari ini.

Malah, Abdul Hamid menegaskan, penunggang motosikal menyumbang angka kemalangan yang tertinggi di negara ini.

"Sudah-sudahlah mereka memulas pendikit motosikal yang diubah suai sehingga mengganggu orang ramai dengan bunyi bising itu.

"Saya sudah mengarahkan JSPT untuk melancarkan operasi besar-besaran. Tiada kompromi lagi.

"Motosikal yang diubah suai akan dirampas, dan pihak terbabit mesti mengubah kenderaan mereka itu seperti asal semula," katanya.

blue_blur Publish time 31-12-2020 08:04 PM

alhamdulillah...
gigih banteras geng superbike yang heavy mod..
dah la bunyi memekak pecah cermin..
konvoi sorang2 nak tunjuk skill sampai bahayakan orang lain..

Aking Publish time 13-2-2021 04:13 PM

blue_blur replied at 31-12-2020 08:04 PM
alhamdulillah...
gigih banteras geng superbike yang heavy mod..
dah la bunyi memekak pecah cermin. ...

Mereka memng bingit saja
Pages: [1]
View full version: PDRM Bakal Lancar Operasi Fokus Motosikal Ubah Suai - AKT


ADVERTISEMENT