Aking Publish time 29-12-2020 11:11 AM

Tak Tahu, Tak Berdosa Makan Daging Diragui Status Halal - Mufti - Berita Harian


Selepas pendedahan ini, wajib umat Islam mengelak makan daging diragui status halal - Wan Salim. FOTO NSTP

Nur Izzati Mohamad
bhnews@bh.com.my

GEORGETOWN: Umat Islam dianggap tidak berdosa jika sebelum ini termakan daging yang diragui status halalnya, kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Beliau berkata, umat Islam juga tidak perlu bimbang atau takut jika merasakan melakukan dosa kerana termakan daging tidak halal dalam keadaan tidak mengetahui statusnya.

Katanya, sebelum isu status halal daging import dibongkar pihak berkuasa dan menjadi kontroversi, semua orang tidak mengetahui apa-apa, maka orang memakannya tidak berdosa.

Berikutan itu, beliau berkata, apa yang berlaku sebelum ini adalah perkara lalu yang bukan disengajakan dan diharap memberi petunjuk kepada semua untuk meninggalkan makanan yang 'syubhah' (meragukan).

"Dulu kita tidak tahu apa-apa, maka ia tidak berdosa dan selepas ini wajib untuk kita meninggalkannya (makan daging diragui status halal) yang menimbulkan keraguan.

"Maka, dalam isu ini umat Islam tidak perlu bimbang dan takut," katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan taktik kartel menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina ke negara ini.

Kartel yang dipercayai melakukan kegiatan sejak 40 tahun lalu itu membungkus semula daging menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh negara.

Kegiatan itu terbongkar hasil serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, Johor pada 1 Disember lalu.

Wan Salim menambah, daging yang berada di pasaran itu halal kerana ia haiwan ternakan dan bukannya najis tetapi isu berkenaan timbul kerana cara penyembelihan dikatakan tidak mengikut syariat Islam.

"Bagaimanapun, umat islam diminta berhati-hati dan merujuk kepada pihak berkaitan supaya tidak terbeli benda yang syubhah (meragukan)," katanya.

Coolie Publish time 29-12-2020 12:28 PM

MashaAllah Laa haula wala quwata illa billah..

Sewajarnya perkara yang tiada pengetahuan hendaklah ditinggalkan segera tanpa keshahihannya. Umat akhirzaman ini terlalu banyak onak durinya. Tambahan pula suasana kini diselubungi dengan pelbagai fitnah terutamanya kehidupan bervirus make usinnervous.

Teringat akan kisah amirul mukminin Saidina Abu Bakr termakan daging hasil daripada amalan tilikan hamba nya yang dulu sebelum memeluk islam adalah seorang ahli nujum.. Apakah jadi atau dilakukan oleh Amirul Mukminin setelah tahu dari mana hasil daging tersebut?

bluecathaze Publish time 30-12-2020 09:24 AM

Disaat kita buat perkara tu, memang tak berdosa... tapi hati kita makin lama makin hitam... selepas hati dah hitam, susah nak berilmu dan beramal...

bakingsoda Publish time 30-12-2020 11:00 AM

ada ke yg tak tau benda basic camni,

mbhcsf Publish time 31-12-2020 06:58 AM

Edited by mbhcsf at 31-12-2020 07:01 AM

bakingsoda replied at 30-12-2020 11:00 AM
ada ke yg tak tau benda basic camni,
true, in this context , i agree with you.

i think semua muslims tahu yg benda ni tak tersengaja bagi pihak pengguna , end user kita kataso memang tak ada masalah dosa ke tak , ditanggung pihak yg mengedar dan menerima daging tu lah.

cuma kitarisau status daging sebelum ni- yg sebelum ni tu bukan bermakna 7 hari lepas atau 2 bulan lepas , kan? daging yg dijamah secara tak sedar imported ke tak , selama 7 thn sebelum ni dan sepanjang tempoh 10 tahun, sebab katanya benda ni dah berlanjutan lama.

scarry.

kita tak tahu pun status kesihatan haiwan2 ini

apa yg i takut ialahpenyakit bawaan partikel yg datang bersama daging like prions

yups

macam ni
Prion diseases or transmissible spongiform encephalopathies (TSEs) are a family of rare progressive neurodegenerative disorders that affect both humans and animals. They are distinguished by long incubation periods, characteristic spongiform changes associated with neuronal loss, and a failure to induce inflammatory response.The causative agents of TSEs are believed to be prions. The term “prions” refers to abnormal, pathogenic agents that are transmissible and are able to induce abnormal folding of specific normal cellular proteins called prion proteins that are found most abundantly in the brain. The functions of these normal prion proteins are still not completely understood. The abnormal folding of the prion proteins leads to brain damage and the characteristic signs and symptoms of the disease. Prion diseases are usually rapidly progressive and always fatal.

https://www.cdc.gov/prions/index.html







- agency vet pantau bebenda ni - dan ada kerjasama antarabidang dalam menangani implikasi dan isu ini
Additional studies are under way to identify if any prion diseases could be occurring at a higher rate in people who are at increased risk for contact with potentially CWD-infected deer or elk meat. Because of the long time it takes before any symptoms of disease appear, scientists expect the study to take many years before they will determine what the risk, if any, of CWD is to people.




Pages: [1]
View full version: Tak Tahu, Tak Berdosa Makan Daging Diragui Status Halal - Mufti - Berita Harian


ADVERTISEMENT