Aking Publish time 27-12-2020 04:32 PM

Harga Murah Khasiat Mahal - Harian Metro

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1cfDAQ.img?h=690&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Ubi kayu tinggi kanji rintang.

Nor ‘Asyikin Mat Hayin
asyikin.mat@hmetro.com.my

DI sebalik harga ubi kayu yang murah dan kurang popular berbanding kentang, sumber karbohidrat ini sebenarnya mahal daripada segi khasiatnya.

Antara bahan rahsia yang paling tinggi ada dalam ubi kayu ialah kanji rintang.

Pakar antioksidan, Dr Suri Roowi berkata, kanji rintang bertindak sebagai serat.

Ia tidak membentuk glukosa dalam usus kecil, tetapi dibawa ke usus besar dan diuraikan oleh bakteria di dalam usus berkenaan.

Beliau berkata, pengambilan kanji rintang menjadikan individu kurang berisiko obesiti kerana keupayaannya mengawal berat badan dan tidak meningkatkan paras gula dalam darah.

"Lebih menakjubkan kanji rintang ini membantu mencegah penyakit barah usus besar.

"Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) mendapati kanji rintang berpotensi membantu mengurangkan risiko kencing manis jenis dua," katanya.

Menurut Dr Suri, kandungan kanji rintang dalam ubi kayu ialah 9.7 gram (gm)/100gm, keledek (3.2gm/100gm), keladi (4.3gm/100gm), nasi (2.1gm/100gm) dan jagung (1.1gm/100gm).

"Kajian diterbitkan dalam jurnal 'The Lancet' pada 1986 mendedahkan, tiada seorang daripada 1,381 individu yang mengambil ubi kayu setiap hari menghidap kencing manis.

"Laporan kajian dalam jurnal 'Diabetes Care' pula menunjukkan, individu yang kerap makan ubi kayu kurang risiko kencing manis berbanding mereka yang jarang mengambil ubi berkenaan," katanya.

Namun kata Dr Suri, ada juga individu yang 'alah' makan ubi kayu ini mengalami kembung dan angin dalam perut.

"Ini kerana ubi kayu mengandung sejenis bahan toksik yang dikenali sebagai linamarin.

"Bahan ini terdapat banyak dalam daun dan akar ubi kayu. Bagaimanapun, kepekatan linamarin lebih tinggi pada kulit dan daun berbanding isi ubi," katanya.

Menurut Dr Suri, ada laporan mendedahkan, 95 peratus bahan linamarin ini wujud dalam ubi kayu.

"Walaupun jumlahnya tinggi, bahan ini agak stabil dan tidak berubah walaupun ubi kayu direbus.

"Kajian oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati linamarin ini mempunyai sifat antibarah, tetapi kesan linamarin ke atas haiwan atau manusia belum dikaji," katanya.

Beliau berkata, makan ubi kayu yang tidak diproses dengan cara yang betul boleh menyebabkan kesan toksik.

"Ini kerana mikroflora dalam usus besar manusia akan mengubah linamarin kepada bahan kimia yang dikenali sebagai hidrogen sianida iaitu sejenis gas beracun.

"Mikroflora ialah bakteria dalam usus besar manusia atau haiwan yang berperanan memecahkan bahan berkhasiat seperti polifenol untuk dibawa masuk ke dalam darah," katanya.

Katanya, pembentukan hidrogen sianida yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan beguk dan masalah saraf.

Selain itu, katanya, keracunan sianida yang tinggi juga boleh mengakibatkan lumpuh dan kesan paling teruk adalah kematian.

Menurut Dr Suri, bagi pesakit yang mengalami masalah hati, ubi kayu mesti diproses dengan betul untuk mengelakkan penyakit bertambah mudarat.

sarah82 Publish time 27-12-2020 04:42 PM

bengkang ubi kayu... Fuh... Sedapnya

MissyMolly Publish time 27-12-2020 05:58 PM

sarah82 replied at 27-12-2020 04:42 PM
bengkang ubi kayu... Fuh... Sedapnya

Kepek ubi la cheq.. sedap!!

sarah82 Publish time 27-12-2020 05:59 PM

MissyMolly replied at 27-12-2020 05:58 PM
Kepek ubi la cheq.. sedap!!

lama x makan... Susah nak cari kerepek ubi kayu kat sini selalu jumpa kerepek pisang saja.

adila39 Publish time 27-12-2020 06:08 PM

ketuk ketuk ubi.. sedapnya

MissyMolly Publish time 27-12-2020 06:08 PM

sarah82 replied at 27-12-2020 05:59 PM
lama x makan... Susah nak cari kerepek ubi kayu kat sini selalu jumpa kerepek pisang saja.

Hahahaa iols beli kat psar pagi/mlm yg juai kepek2 tuh...rambang mata beb!tunjuk sana tunjuk sini kohkoh

sarah82 Publish time 27-12-2020 06:48 PM

MissyMolly replied at 27-12-2020 06:08 PM
Hahahaa iols beli kat psar pagi/mlm yg juai kepek2 tuh...rambang mata beb!tunjuk sana tunjuk sini...

Lama tak pi market.. Lagi satu tapai ubi kayu.. Fuh.

MissyMolly Publish time 27-12-2020 07:23 PM

sarah82 replied at 27-12-2020 06:48 PM
Lama tak pi market.. Lagi satu tapai ubi kayu.. Fuh.

Weee sarah penah makan tapai goreng dak?tu pun sedapppp... adeh... payoh nih nak carik.. ne g sskjp sinun!

MissyMolly Publish time 27-12-2020 07:24 PM

adila39 replied at 27-12-2020 06:08 PM
ketuk ketuk ubi.. sedapnya

Ubi ketok yg bulat2 tu kan mod?? Sudap tahap super saiyaaa.. tp ubi rebus mkn dgn kelapa parot bergaram pon sedap juaaaa

sarah82 Publish time 27-12-2020 07:41 PM

MissyMolly replied at 27-12-2020 07:23 PM
Weee sarah penah makan tapai goreng dak?tu pun sedapppp... adeh... payoh nih nak carik.. ne g sskj ...

Tak pernah.. Suka makan cendol tapai.. Sedap.

adila39 Publish time 27-12-2020 07:54 PM

MissyMolly replied at 27-12-2020 07:24 PM
Ubi ketok yg bulat2 tu kan mod?? Sudap tahap super saiyaaa.. tp ubi rebus mkn dgn kelapa parot ber ...

klu kat rumah x bulat, lenyek, gaul kelapa and gula and biar kat tray.. sejukkan.. pastu potong... haihhh nak cari ubi la.. jom!

MissyMolly Publish time 27-12-2020 08:14 PM

sarah82 replied at 27-12-2020 07:41 PM
Tak pernah.. Suka makan cendol tapai.. Sedap.

Hahahaaa g klate try deh... dap ker cendoi tapai.. penah tgk tp xpenah teringin nk rasa ahahaa seketoi2 ke ubi tu ke

sarah82 Publish time 27-12-2020 08:16 PM

MissyMolly replied at 27-12-2020 08:14 PM
Hahahaaa g klate try deh... dap ker cendoi tapai.. penah tgk tp xpenah teringin nk rasa ahahaa sek ...

Sedap. Yum.. Lama x makan... Nanti kena pi Kelantan juga

MissyMolly Publish time 27-12-2020 08:17 PM

adila39 replied at 27-12-2020 07:54 PM
klu kat rumah x bulat, lenyek, gaul kelapa and gula and biar kat tray.. sejukkan.. pastu potong... ...

Oooo ingat ubi ketok tu ala2 cucuq ubi + tepung garam gula goreng dlm minyak.. tp kalau org juai tu boh tepong byk keraih kekong cabut gigi palesu molly hakhak..

Scheherazade Publish time 6-1-2021 01:22 PM

Aiyaiyai, sedapnya semua food berkaitan ubi kayu yg chuols mentioned. Den pun suka getuk ubi @adila39. Tp lama dah x mkn semua ni sejak covid melanda
Pages: [1]
View full version: Harga Murah Khasiat Mahal - Harian Metro


ADVERTISEMENT