Aking Publish time 27-12-2020 04:22 PM

Toyota GR Yaris Edisi Prestasi - Harian Metro


GR Yaris teknologi WRC.

Lizam Ridzuan
lizamridzuan@hmetro.com.my

UMW Toyota Motor (UMWT) mengakhiri 2020 dengan melancarkan empat model baharu dengan dua daripadanya adalah model ciri prestasi.

Toyota Vios dan Yaris Baharu diperkenalkan seiring dengan Vios Gazoo Racing-Sport (GR-S) dan paling mencuri tumpuan ialah GR Yaris, model yang dibangunkan daripada sukan rali.

Vroom berpeluang ke sesi prebiu media khas baru-baru ini untuk melihat dengan lebih dekat dua model yang ditawarkan.

GR Yaris terhasil daripada jentera Kejuaraan Rali Dunia (WRC) untuk kegunaan jalan raya dan dibangunkan oleh TGR dengan kerjasama Tommi Makinen Racing.

Bagi unit terhad Performance Pack Edition, hanya 25,000 unit dihasilkan dan 200 unit ditawarkan untuk pasaran Malaysia dengan setiap satu disertakan dengan nombor pendaftaran eksklusif.

Rekaan luaran dengan ciri khusus Gazoo serta 'Kefungsian Matrix' (Functional Matrix) khusus buat model barisan GR.

Model ini turut dilengkapi gril bawah bentuk radiator yang sangat menyerlah direka khusus untuk sistem penyejukan maksimum.

Bampar depan pula direka dengan lebih rendah dan lebar untuk memberi lebih kestabilan pada kereta dengan kelajuan tinggi dan bahagian belakang rekaan bumbung menirus serta dipadankan bersama spoiler GR untuk 'down force' keseluruhan lebih baik.

Selain itu, rim aloi berukuran 18 inci bersama tayar Michelin Pilot 4S, ekzos berkembar dan bahan binaan kukuh serta ringan antara elemen prestasi yang dilengkapi pada model ini.

Ruang dalaman dengan tempat duduk 'sports premium' roda stereng tiga jejari disertakan logo GR dan pedal pemijak 'sport aluminium'.

Model ini didatangkan bersama paparan meter TFT LCD berkeluasan 4.2 inci, manakala sistem hiburan diupayakan menerusi skrin sesentuh bersaiz 7 inci dengan ciri ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Sesuai sebagai elemen prestasi, model ini dikuasakan dengan enjin 1,618 cc tiga silinder DOHC liter pengecas turbo intercooler menjana 261PS pada 6,500rpm dan 360Nm pada 3,000 hingga 4,600 rpm.

Ia juga mampu memecut daripada sifar ke 100 kilometer jam (km/j) dalam tempoh 5.5 saat dengan kotak gear enam kelajuan Transmisi Manual Pintar (i-MT).

Melalui sistem GR-Four pacuan empat roda (4WD), ia kesinambungan daripada model Celica GT-Four yang kali terakhir dihasilkan pada 1999 dan diperbaharui pada model ini bagi memisahkan agihan tork untuk tiga mod pemanduan iaitu Normal, Sport dan Track.

Sistem gantungan dengan suspensi hadapan MacPherson dan belakang Double Wishbone serta empat brek cakera prestasi lebar dengan empat angkup warna merah untuk membrek dengan lebih mantap.

Model GR Yaris ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Platinum White Pearl, Emotional Red 2 dan Precious Black dijual pada harga RM299,000 (atas jalan tanpa insurans).

Untuk Vios GR-S ialah model diinspirasikan daripada perlumbaan jalanan Vios Challenge yang diadakan di Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) apabila sudah berlangsung selama tiga musim di negara ini.

Diasaskan daripada model Vios, ia juga pertama kali dibangun dan dikeluarkan di kilang pemasangan Toyota di Bukit Raja, Selangor untuk pasaran global.

Untuk rekaan luaran, ia tampil dengan bampar hadapan dan gril baharu diinspirasikan daripada model GR Yaris dan turut dipadankan dengan rim aloi 17 inci.

Pada bahagian belakang, ia didatangkan dengan spoiler hitam di atas pintu but dan bampar dengan 'diffuser' serta logo GR pada belakang.

Model ini bukan sekadar menerima kemasan baharu malah didatangkan dengan elemen prestasi seperti kerusi kulit Suede GR-S dengan butang penghidup enjin, meter optitron dan paparan pelbagai maklumat yang semuanya dengan logo GR.

Selain itu, ia juga menerima sistem gantungan dengan suspensi talaan sport bagi kestabilan dan pengendalian terbaik ketika jalan lurus atau selekoh.

Untuk prestasi Vios GR-S dengan enjin 1,496 cc, empat silinder selari DOHC, VVT-i menjana kuasa 107 PS pada 6,000 rpm dan tork 140NM pada 4,200 rpm.

Apa yang unik, model ini dilengkapi trasmisi automatik 10-kelajuan CVT yang diaktifkan melalui mod Sport.

Untuk pasaran, dua pilihan warna ditawarkan iaitu Red Mica Metallic dan Platinum White Pearl dan dijual pada harga RM97,500 (atas jalan tanpa insurans).

sadanali Publish time 30-12-2020 01:47 PM

Edited by sadanali at 2-1-2021 08:16 AM

Why buy Toyota if you can drive luxurious cars like Audi, Ferrari f8 Tributo 2020 by just renting them. Idon't hate Toyota just giving my opinion.
Pages: [1]
View full version: Toyota GR Yaris Edisi Prestasi - Harian Metro


ADVERTISEMENT